Dalam menongkah kehidupan
dunia yang semakin mencabar, ayuh kita singkap kembali isu semasa yang melanda
dunia hiburan kita.
Marilah kita
bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan di dalam jiwa kita. Ketaqwaan kepada
Allah SWT yang menuntut kita melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi
segala yang laranganNya. Semoga dengan taqwa yang mantap, kita berjaya meraih kebahagiaan
hidup kita di dunia dan kesejahteraan yang abadi di akhirat kelak. Sesungguhnya
kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat hanya akan terhasil bila mana kita
berada di bawah naungan rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Berhibur adalah fitrah
semulajadi manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri
insan. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan
keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan
kegembiraan.
Sebagai agama yang menepati keperluan
fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam
perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.
Sebagai seorang muslim,
kita hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan
pasti dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam diturunkan
bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal
dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan
hidup yang berpanjangan.
Hiburan dalam Islam adalah
suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa.
Melihat kepada realiti hiburan
kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita
gagal mencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi
ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan
masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan. Ini kerana hiburan tersebut tidak
berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Ia hanya bertujuan
memenuhi runtunan nafsu semata-mata. Hiburan yang ada bukan sahaja tidak
mendidik jiwa, malah mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas
yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan
hidup umat Islam.
Marilah kita imbas kembali
intipati penting perbahasan khutbah hari ini. Antaranya :
Pertama : Islam adalah
agama fitrah. Justeru, Islam mengharuskan hiburan sebagai memenuhi tuntutan
fitrah yang bersesuaian dengan garis panduan syariat.
Kedua : Hiburan di dalam
Islam adalah sesuatu yang dilakukan bertujuan mendidik jiwa dan menghasilkan
ketenangan sanubari di samping melahirkan kegembiraan dan keseronokan berhibur.
Ketiga : Kita perlu
memastikan dan memilih hiburan yang berlandaskan syariat untuk menjamin
kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Jelas, hiburan itu tidak
salah, tetapi yang salah bila kita tersalah memilihnya..
Anda bijak untuk
memilihnya.=)
JOM JADI MUSLIM SUPER !
ANDA BOLEH DAN PASTI BOLEH.
Betulkan yang biasa,
biasakan yang betul! J
No comments:
Post a Comment