Ibrah Seorang Pemimpin





Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah tidak lama, kira-kira dua setengah tahun sahaja. Namun begitu pemerintahan Khalifah Umar memberikan impak yang besar kepada rakyat dan negara. Malah kepimpinan yang ditunjukkan Umar menjadi contoh kepada pemimpin masa kini dalam kekehidupan bernegara.

Dia meninggalkan dunia ini dalam kemiskinan setelah memakmurkan dan meninggalkan rakyatnya dalam keadaan senang, sehingga dikatakan pada zaman pemerintahannya sukar dicari orang yang layak menerima zakat.

Pernah suatu ketika, salah seorang puteranya meminta untuk berkahwin kali kedua dan pembiayaan perkahwinan diambil dari khazanah kewangan negara. Dengan nada yang agak marah, beliau mengutus surat kepada puteranya itu,
" Demi Allah, aku telah membaca permintaanmu yang amat bodoh itu. hendaklah kamu tahu masih ramai lagi anak cucu sahabat muhajirin yang belum bersiteri kerana ketidakmampuan mereka. Kamu jual sahaja sebahagian tanah yang kumiliki, lalu wangtersebut kamu gunakan buat memenuhi keperluanmu itu. pantang bagiku mengambil harta Allah buat kepentingan peribadi mahupun keluarga!"

Khalifah Umar juga menentang sebarang bentuk pembaziran, bermula daripada kegiatan peribadi dan keluarga beliau yang berorientasikan anti pembaziran. Beliau pernah mengungkapkan kata - kata..

"aku lebih suka membiayakan wang untuk membantu fakir miskin yang sedang kelaparan daripada membiayainya untuk memperindah dinding - dinding dan perabot - perabot itu"

SubhanAllah.
Moga akan lahir pemimpin yang hebat seperti beliau ini.

Jom renovate hati

Bismillah.


-Kertas putih or Kertas hitam?-

sebuah analogi

Ambik sehelai kertas putih, 2 helai yang baru ek.

Satu biar je putih.

Yang lagi satu, titik dengan marker hitam sampai jadi banyak. Pastu conteng dengan marker kaler hitam sampai hilang kaler putih. Bagi jadi macam kertas hitam, jadi gelap pekat sangat2. Pastu ambik pen hitam.


 
Eh, ambik.. bukan suruh baca je la.. Isk, Isk..

Mula-mula, tulis kat kertas putih, pastu tulis kat kertas hitam.

Emm.. tulis kat kertas tue.. Nak tulis apa ye?..

Tulislah..

"Suka melambatkan sembahyang".

Ataupun apa-apa perkara yang membawa kepada dosa. Atau kita sendiri buat Terpulanglah ye.

Tengok dua-dua kertas. Eh, kenapa yang putih nampak jelas apa yang kita tulis. Yang hitam x nampak pun? Pelik jugak.. Macam tak ada apa-apa je.. Kan? kalau yang putih, mesti nampak walaupun terconteng sikit je..

=)

Itulah perumpaan kita. Yang putih, atau hitam. Perumpamaan apa? Perumpamaan hati dan iman.

Hati kita bila suci, bersih. Bercahaya. Bila terbuat dosa sikit je, pasti terasa.. tersedar, dan kita nampak dosa tu.. kan? Tapi, kalau hati kita.. yang putih tu kita buat dosa.. sampai ada banyak titik hitam.. dan last sekali jadi gelap.. kita tak akan perasan jika kita buat dosa. macam kertas tadi. Kita x akan rasa macam ada yang tak kena. Tak akan rasa tak sedap hati, tak akan rasa pelik, takut. Sebab, kita dah tak nampak dosa tu.. kan?

"Kebaikan itu akhlak yang baik, dan dosa itu ialah apa yang bergetar di hatimu, dan kamu benci bila ia dilihat oleh orang lain"-Hadis 40.

Jadi..
"Renovate Hati!!" =)

21 hari lagi Ramadhan (Jadikan diri akrab dengan al-Quran)

Bismillah. Alhamdulillah, semakin hampir :')


Tanam azam untuk jadikan Ramadhan tahun ini bermakna. Jadikan puasa yang biasa-biasa (hanya menahan lapar dan dahaga) kepada puasa yang luar biasa (berpuasa kerana kecintaan kepada-Nya) Tak dilupa, latih diri untuk menjadikan Ramadhan sebagai medan latihan untuk anjakan paradigma. Moga Allah redha.


Jadikan diri semakin akrab dengan al-Quran. Bersahabatlah dengan al-Quran. kawan mana lagi yang nak teman kamu dalam kubur, al-Quran bukan? kalau dulu, kamu sedar yang kamu dalam sehari tu lansung tak bukak al-Quran, sekarang, cubalah berjinak-jinak membaca al-Quran. kalau dulu kamu tak rajin berjemaah di masjid/surau/balai islam, rajin-rajinkan mengunjungi rumah Allah. kamu tak suka datang ke rumah Allah? Jadikan diri sebagai tetamu Allah :') bagi yang muslimin, latih diri untuk memimpin diri sendiri dahulu sebelum terfikir untuk memimpin pasangan kamu satu hari nanti. Jadilah pemuda bervisikan Akhirat. Ini penting kerana kalau kita punya visi Akhirat yang jelas, kita tak akan malas beribadah. Sangat suka untuk mengikut perintah Allah. Ya, itulah keindahan cinta yang sebenar.


Selamat melatih diri pada bulan Ramadhan ini ^^






22 hari lagi Ramadhan

Bismillah. Ramadhan makin menghampiri :')


Peristiwa Israk Mikraj 27 Rejab

Bismillah.

Peristiwa hebat dalam hidup kita sendiri, selalu dikenang-kenang, apa salahnya peristiwa Kekasih Agung kita kenang-kenangkan juga ^^ Rasulullah SAW kekasih Agung yang selalu merindui kita, kalau kita tak kenang macam mana mahu jatuh sayang. ❤


More about Israk Mikraj (CLICK HERE)