Soalan Kuiz Alam Maya sempena Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim~ *This is sticky post from 20 February till 27 February. For new post, please scroll down.


Salam kepada semua pembaca. Insyaallah, ini 10 soalan kuiz yang para peserta perlu menjawab. Untuk menjawab anda boleh menjawab di ruangan 'comment (s)' di bawah ini. Sila sertakan nama dan unit untuk memudahkan kami menjejak anda. Terbuka HANYA pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. =) Juga boleh dijawab di pautan facebook kami.


*Untuk soalan 1-4, it's MCQ -Multiple choice question. Diberi 4 pilihan jawapan. Untuk soalan 5 hingga 10 dijawab secara subjektif. Soalan 8-10 memerlukan jawapan berbentuk pandangan anda.






1- Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?
A. 10 Rejab Tahun Naga
B. 12 Rabiulakhir Tahun Gajah
C. 12 Rabiulawal Tahun Gajah




2- Siapa wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah SAW?
A. Nurul Halimah
B. Siti Aminah
C. Halimatus Saadiah






3- Dimanakah tempat kewafatan ibu baginda SAW?
A. Padang Midin
B. Mut'ah
C. Abwa'






4- Sila namakan nama bapa saudara Nabi SAW yang menjaga Nabi SAW?
A. Abu Tamim
B. Abu Bakar
C. Abu Talib
D. Abdul Muttalib






5- Namakan isteri Rasulullah SAW yang pernah jadi isteri kepada anak angkat.


6- Apakah 3 peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul Awal?




7- Apakah punca berlakunya peristiwa Baiah Ridhwan?




8- Isu penghinaan kepada Rasulullah SAW semakin menjadi-jadi. Apakah cara terbaik bagi mengatasi isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW? Jelaskan.




9- Dewasa ini, kita lihat gaya hidup kita mula berubah ke arah lebih moden. Perlukah kita mengikuti sunnah Nabi walaupun kita sudah menjalani era globalisasi?




10- Adakah kita layak menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah kepada kita walhal kita sendiri mempunyai Rasul Melayu? Sila nyatakan pandangan anda. 



Insyaallah soalan tak susah. selamat menjawab~ =) 


p/s: Jawapan menjadi kerahsiaan kami, kami hanya akan mengapprove jawapan anda setelah 27 hb. Kepada yang tak dapat jawab di sini, sila jawab di page facebook kami, jawapan anda akan kami semak dari semasa ke semasa. 

Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Pada 27 Februari ini insyaallah akan diadakan perarakan sempena Maulidur Rasul. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari itu selain perarakan, antaranya persembahan nasyid dan juga ceramah. Para pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Bersama-samalah kita menyemai cinta kepada Baginda dengan apa jua cara sekalipun. =) Rasulullah kekasihku...







p/s: selawat ke atas Nabi s.a.w.

Malam Manifestasi Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim~


 Binnabil huda; Unique ft Inteam


Alhamdulillah, semalam bersamaan 22 Februari 2011, Malam Manifestasi Cinta Rasul telah berjaya dijalankan anjuran Biro Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Lajnah Usrah & Tarbiyyah BADAM. Pelbagai persembahan telah diadakan pada malam itu antaranya persembahan nasyid oleh 3 kumpulan terkemuka, persembahan puisi oleh pelajar muslimat dan YDP sendiri, serta persembahan selawat di akhir program.



Semoga majlis seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang cinta Rasulullah itu sendiri. Bukan sekadar berhibur tapi semoga kita sendiri sentiasa mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar suka-suka, tapi intipati dan isi majlis itu sendiri membawa kita kembali menyemai cinta kepada pencinta kita sejak dari dahulu kala lagi. Dari saat kita masih belum dilahirkan di dunia ini, cinta Baginda telah pun tersemat rapi menjadi milik kita walau direntasi oleh zaman. Bukan sekadar menyatakan rasa cinta melalui lisan semata, tapi zahirkan dengan perbuatan dan ketaatan. Cintailah Baginda s.a.w, cintakan perjuangan Baginda s.a.w, dan segala-galanya tentang idola kita yang satu ini.






Aku pun rindu; YDP, Nor Hafizu Adha

Subhanallah

Jika inilah rindu
Maka tekakku terlalu haus
Untuk dibasahi dengan kenikmatan
Kerana terlalu rindu padanya
KekasihMu jua

Pada pipi yang bercabang merah
Di situ mengalir mutiara yang cair
Saat termanggu dan termenung
Ada masalah mengikat belikat
Rindunya aku pada nasihat
Dari insan semulia Muhammad


Rasanya ingin sahaja aku berlari
Mendapatkan susuknya yang kekar
Peluk dengan kejap
Dan bertanya
“Ya Rasulullah..
ajarkan daku ketabahan,
ajarkan daku kesabaran,
ajarkan daku kekuatan,
ajarkan daku kehidupan,
ajarkan daku perjuangan,
ajarkan daku cara mengubat kerinduan.”


Kalau boleh
Aku ingin menjadi si Samurah
Pohon yang taat pada perintahmu
Merengek merinduimu


Kalau boleh
Aku ingin menjadi Uwais al Qarni
Hidup untuk merinduimu
Setiap saat
Hamburan debu padang pasir
Tidak mungkin mengilangkan
Rintih dan kesayuan
Degup cintanya padamu
Maka citra mengenai ingatan
Pada kisah yang membuatkan pipiku basah
Suaraku bersedu sedan


Sabda mu:
Saudaraku ialah ialah mereka yang belum pernah melihatku
tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan
mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku
melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.


Dan
Dikau ditanya oleh sahabatmu lagi
Siapakah yang benar-benar beriman
Malaikat pun bukan
Sahabatpun bukan
Maka siapa yang benar-benar beriman?


Sabda mu:
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku
tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap dirimu bernada sayu.


Demi Allah
Hari ini daku menjawab
Aku pun rindu
Ya Rasulullah
Jangan tinggalkan kami di Mahsyar nanti
Pada saat harta bumi tidak berharga
Kauthar dan kemurahanmu
Menjadi peneduh
Buat kami sekalian ummatmu



Persiapan tempat

YDP tersenyum gembira

Kumpulan nasyid

Para muslimin yang hadir semalam

YDP berucap

Kumpulan Nasyid Harmony

Solo Harmony

Sesi soal jawab bersama penonton yang hadir


Pelajar yang  membuat persembahan

Pembacaan puisi oleh saudari adibah dan Farah Syahirah

Kumpulan nasyid serba hitam

Menyanyi dengan bersemangat sekali







YDP membaca puisi dengan penuh penghayatan

sekali lagi membuat persembahan






p/s: sebarang penambahan gambar akan ditambah dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini. Semoga diberkati Allah. Insyaallah~

Malam Apresiasi BADAM

Bismillahirrahmanirrahim~






Alhamduillah, Malam Apesiasi sudah pun selesai dijalankan dengan jayanya untuk menghargai jasa-jasa kepimpinan BADAM yang lepas. Bertempat di BKU dan dihadiri oleh kepimpinan BADAM yang baru dan juga lama, suasana tetap meriah dalam kesederhanaan.




YDP BADAM memberi ucapan








Ustaz Sabawi


Ustaz Hazwan menyampaikan pengisian dengan begitu semangat


Upacara penyampaian sijil penghargaan kepada ahli BADAM yang lama













Jutaan syukur dipanjat ke hadrat Illahi akhirnya majlis yang serba ringkas tapi sederhana ini dapat berjalan dengan jayanya. Akhir kata, kepada pimpinan baru, memegang satu tanggungjawab dan amanah itu sangat berat dan hendaklah sebaik-baiknya segala-galanya dilakukan hanya kerana Allah. Sertakan Allah dalam setiap perjuangan, biarpun banyak ujian dan halangan yang akan menimpa dalam jalan dakwah ini, pastikan niatmu tetap utuh dan tidak akan goyah sekalipun ada yang mencucuk atau mengganggu.




Wallahu'alam~

Tayangan Video 'The Last Prophet Muhammad'

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Alhamdulillah, pada malam Khamis lepas telah selamat dijalankan satu lagi aktiviti sempena Maulidur Rasul. Tayangan video tentang 'The Last Prophet Muhammad' bertempat di hadapan Balau Islam. (Sorry for the photo's quality)









Pada esok malam bersamaan 19 Februari 2011, akan diadakan Malam Apresiasi BADAM sempena menghargai jasa dan pengorbanan pimpinan BADAM yang lepas serta nak memperkenalkan pimpinan BADAM yang baru. =)

Sambutan Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim~




Salam Maulidur Rasul buat semua warga IPG KDRI.












Tentatif Program



17 Feb (Khamis)


Persembahan Selawat 
  • Selama 10 minit di Perhimpunan
  • Sebagai simbolik pembukaan
Majlis Bacaan Yasin & Selawat -Bacaan Yasin Perdana & Selawat
  • Di Balai Islam selepas solat maghrib


18 Feb (Jumaat)

Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) 

  • Qiamullail bermula pada jam 4.30pg
  • Solat subuh berjemaah

Liqa’ An-Nisa’ 
  • Bertempat di Balai Islam pada waktu Zohor

Bacaan Sirah (Ta’lim) 
  • Selepas solat Asar



19 Feb (Sabtu)
 

Alunan selawat 

  • Alunan selawat dipasang di Balai Islam untuk diperdengarkan kepada guru pelatih di kolej kediaman pada waktu pagi. 

Kuliyah Maghrib 
  • Akan disampaikan oleh ustaz yang bertugas (JAPIM).


20 Feb-27 Feb (Ahad)


Kempen Cinta Rasulullah s.a.w.
  • Mengedarkan risalah tentang Rasulullah kepada warga IPG.
Pertandingan Kuiz Alam Maya 
  • Pertandingan kuiz melalui internet.

Pertandingan menulis artikel. 
  • Pertandingan menulis artikel melalui internet.

Pertandingan graphic design (testi)
  • Pertandingan reka cipta design mengikut tema yang telah diberikan.


21 Feb (Isnin)

Bacaan Sirah (Ta’lim) 
  • Disampaikan selepas solat Asar.


22 Feb (Selasa)

Kuliyah Maghrib 
  • disampaikan oleh ustaz yang bertugas (JAPIM)

23 Feb (Rabu)

Kuliyah Maghrib 

  • Disampaikan oleh ustaz yang bertugas (JAPIM)

24 Feb (Khamis)

Bacaan Yasin & Selawat 
  • bacaan Yasin Perdana dan selawat.

Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT ) 
  • Tayangan video‘’ Muhammad the Last Prophet ’’

25 Feb (Jumaat)


Alunan selawat

  • Alunan selawat dipasang di Balai Islam untuk diperdengarkan kepada guru pelatih di kolej kediaman pada waktu pagi.


Liqa’ an-Nisa’ 
  • bertempat di Balai Islam pada waktu Zohor.

 26 Feb (Sabtu)

Alunan selawat

  • Alunan selawat dipasang di Balai Islam untuk diperdengarkan kepada guru pelatih di kolej kediaman pada waktu pagi.
27 Feb (Ahad)

Perarakan Maulidur Rasul dan ceramah Maulidur Rasul

Tentatif Majlis




07.15 pg:
Semua guru pelatih dan pelajar SK. IPG berkumpul untuk perarakan menuju ke Dewan Al-Farabi (guru pelatih) dan Dewan Ungku Omar (pelajar SK. IPG).




08.00 pg :
  • Persembahan Nasyid
  • Ceramah Maulidur Rasul (1) bagi guru pelatih di al-Farabi.
  • Ceramah Maulidur Rasul (2) bagi pelajar SK. IPG di Dewan Ungku Omar.
  • Selawat beramai ramai & Bersurai


28 Feb – 1 Mac (Isnin - Selasa)


Pertandingan Pameran dan Jualan Buku. 
  • Pertandingan pameran diadakan di Dataran Ilmu.
  • Jualan buku bertempat di Dataran Ilmu.




Pertandingan:



Pertandingan Multimedia:

  • Kuiz Alam maya
  • Menulis artikel
  • Mereka Grafik (Graphic Design)

Pertandingan sepanduk antara batch

Pertandingan pameran antara warga kolej kediaman


Antara aktiviti yang dijalankan:

  • Selawat selama umur hidup kita
  • Tayangan Muhammad the Last Prophet.
  • Qiamullail perdana- jemput masyarakat luar.
  • Alunan selawat (dari balai)
  • Liqa’ an-nisa’
  • Kuliyah maghrib
  • Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT)
  • Bacaan Yasin perdana.

p/s: Insyaallah, semoga cinta kepada Rasulullah sentiasa terletak di tempat yang teratas dalam hati kita. =)

Ketua Lajnah Penerbitan: Jom Berkenalan MT/AJK Muslimin BADAM Sesi 2011




PERHATIAN: Gambar MT/AJK Muslimat adakan disiarkan pada keluaran akan datang...



Kubah Masjid Nabawi: Simbol perjuangan Islam senantiasa menjadi matlamat kami. Kontra pada warna ungu dan hijau membuktikan bahawa perjuangan Islam sentiasa beroleh halangan (sebelum beroleh kemenangan).

Pintu Maqam Nabi SAW: Simbol perjuang
an Islam yang diwarisi daripada Rasulullah SAW tetap berterusan dan kami mewarisi perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.


2 Menara masjid: Simbol bayangan asas perjuangan kami tidak lari daripada rujukan 
al-Quran dan as-Sunnah

Jata Khilafah Uthmaniyyah: Kesinambungan perjuangan mengembalikan khilafah diteruskan oleh kami
.

Tulisan Berwarna Merah: Sumpah berjuang menegakkan Islam sehingga titisan darah terakhir!