Video Terakhir Pimpinan BADAM Sesi 2011/2012



Segala puji bagi Allah yang mentadbir langit dan bumi. Kami, Biro Agama Kerohanian dan Moral (BADAM) yang memegang tampuk kepimpinan sepanjang 2011/2012 meneruskan legasi dakwah Rasul SAW di bumi IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Tarbiyyah, pemahaman fikrah Islam yang jelas dan perpaduan sesama warga IPG termasuk bukan Islam juga ditekankan melalui aktiviti yang dijalankan oleh kami.

Antara program yang dilaksanakan oleh kami sepanjang sesi 2011/2012 ialah Bedah Buku yang dikarang Ustaz Afif Yahya daripada IPG Kampus Perlis, Hari Keluarga BADAM, Lawatan BIAM Ke Muzium al-Quran dan Muzium Kesenian Islam, Lawatan Ke IPG Perlis, Sambutan Mawlid Rasul SAW, Malam Kesenian Islam, Kursus Perkahwinan, Kursus Imam dan Bilal, Ceramah Khas Sempena Isra' Mikraj, dan Kem Kefahaman Islam.

Lagu Latar: Suara Tajdid Kami - Algebra Aku Rela - Algebra Yang Benar Tetap Benar - Algebra

by: Lajnah Penerbitan Dan Multimedia BADAM, IPG KDRI.




Ibnu Khalid Production




Pengurusan marah dalam Islam

Bismillahiraahmanirrahim~

Apa yang dimaksudkan dengan marah? Emosi yang kadang-kadang mengganggu kita rite? Definisinya ialah:

Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut  al-Ghazaliyy ibarat api dalam sekam. Kita tahu ianya merupakan salah satu aspek negatif namun Islam ada pandangan khusus tentang elemen marah ni. 

Kamus Dewan pula menakrifkan bahawa marah ialah berasa panas hati (kerana ditipu, dihina and so on), berang, gusar dan murka. Perkataan murka dalam kebudayaan Melayu kebiasannya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan Sultan. 

Dalam bahasa arab pula, Ghadab, merupakan sifat lawan bagi reda. Ibnu Qayyim menakrifkan marah adalah kehilangan pertimbangan akal (seolah-olah) seperti keadaan serigala mahu membunuh kambing.


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

So, jom kita reflect kembali, marah ada 2 jenis:


@ Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan kerana Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pengajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan bukan melemmpiaskan emosi dan hawa nafsu.

@ Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak memberikan pengajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor, bertujuan melampiaskan emosi dan hawa nafsu.


Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmudah (terpuji) ada yang madzmumah (tercela) (apabila) bukan pada tempatnya manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran. (Lisan al-'Arab:1999)
Kemurkaan Allah adalah yang Maha hebat mengatasi segala amarah yang ada dalam dunia ini. Namun, kemurkaan Allah hanyalah untuk mereka yang ingkar dan meninggalkan larangan-Nya. Al-Quran telah merekodkan kemurkaan Allah. Antara golongan yang dimurkai oleh Allah ialah bangsa Isra'il. Boleh rujuk surah al-Baqarah:61)

... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur(mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu՚jizat- mu՚jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Namun, hendaklah kita mengerti satu perkara, keampunan Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya.

dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi, ia mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ingatlah (bahawa) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

@ Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya 

So, anda kategori yang mana? =)

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redakemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003) 

Yup, kita bukan hanya perlu tahu macam mana nak marah, definisinya apa jenisnya. Jom kita ambik tahu sikit tentang alngkah-langkah pencegahan. 


Langkah-langkah pencegahan marah 

@ Niat yang ikhlas

First of all, kita sendiri perlu ada kesedaran mengenai  kawalan marah ni memandangkan ia merupakan tuntutan agama dan sedar tentang keburukannya jika kita tidak bijak mengawal.

@ Sabar

Kesabaran merupakan salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang bersabar ialah mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Hud ayat 11:


kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. 

@ Sifat pemaaf

Sikap pemaaf melambangkan ketinggian akhlak seseorang seperti peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jika ia diserap dalam diri seseorang, proses mengawal marah akan ternyata lebih mudah! Tak percaya? Mari cuba. =) Boleh rujuk surah asy-Syura' ayat 37.


@ Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan

Kemarahan melampau bukanlah lambang kekuatan ataupun kegagahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Malah ianya merupakan lambang kelemaha seseorang individu. Kenapa? Kerana dirinya sendiri gagal membendung diri dari bisikan syaitan.

@ Membayangkan wajah yang hodoh ketika marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazaliyy adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh ketika marah. Ia sesuatu yang memalukan dan wajar dihindari. So, kalau ada orang kata, 'awak nampak comel masa marah.' Menipu je tu.

@ Tawaddu'

Bermaksud merendah diri means bila kita merendah diri, hilanglah kemegahan jiwa dan akan selamat dari keburukan amarah.

@ Istighfar dan banyakkan amal soleh

Mungkin juga punca sifat amarah ini ialah dari sifat-sifat mazmumah yang juga merupakan dosa seperti takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan sebagainya, perlulah kita meningkatkan lagi amal ibadah, kualitinya.

Sesungguhnya, amal-amal kebajikan (terutamanya solat) menghapuskan kejahatan. Demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud:114)

Langkah-langkah pengawalan ketika marah


@ Membaca taawuz

Dalam satu hadis diriwayatka, terdapat dua lelaki sedang bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya naik berang sampai merah mukanya, lalu  Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan) sekiranya, dia berkata; a'udzubillahi minasy syaiton nirrajim (Hadis riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan Tarmidziyy)

@ Mengubah posisi

Kauselor sendiri ada berpendapat seperti ini. Jika seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, if tak reda juga, baring supaya dapat melegakan sikit emosi. Menurut Imam al-Ghazaliyy posisi diubah sedemikian kerana untuk mendekatkan jarak ke bumi , diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi, tambahan pula manusia ni diciptakan dari tanah.


Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akanhilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.(Hadith riwayat AbuDawud dan Ahmad)

@ Berwudhu' dan mandi

Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marahibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendungkemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)

@ Diam
...dan hendaklah apabila seorang dari kamu merasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Ahmad)

@ Ingat kepada Allah
..ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa...(al-Kahfi 18: 24)
ՙ
Ikrimahberkata maksud jika Engkau lupa adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy, Ali bin Muhammad, al-Imam, 1985)

@ Bersederhana

Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah.


Begitulah serba sedikit mengenai pengurusan marah menurut Islam yang dapat dikongsi, diharap kita dapat sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi akhlak kita. Insyaallah =)

Waallahu'alam.

Jom Solat Jemaah

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, kita masih lagi dalam mood cuti. Masih dalam pertengahan cuti. Semoga pada waktu cuti ini, kita dapat memanfaatkannya. Insyaallah. =)

Maka hari ini jom kita recall seketika apa itu solat jemaah.


Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.



Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

@Fardhu ain pada solat Jumaat;

@Fardhu kifayah pada solat fardhu lima waktu; dan

@Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.



Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.


Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.


Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.



Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Sedikit peringatan kembali kepada yang telah lupa, betapa banyaknya fadhilat solat berjemaah yang kebanyakan kita tahu. So, kawan-kawan masa cuti ni, jom tingkatkan lagi amalan dan kualiti ibadah! Jom solat jemaah! =)

Wallahu a’lam.


sumber