Hiburan itu salah ke??

Dalam menongkah kehidupan dunia yang semakin mencabar, ayuh kita singkap kembali isu semasa yang melanda dunia hiburan kita.

Marilah kita bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan di dalam jiwa kita. Ketaqwaan kepada Allah SWT yang menuntut kita melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala yang laranganNya. Semoga dengan taqwa yang mantap, kita berjaya meraih kebahagiaan hidup kita di dunia dan kesejahteraan yang abadi di akhirat kelak. Sesungguhnya kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat hanya akan terhasil bila mana kita berada di bawah naungan rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan kegembiraan.


Sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.



Sebagai seorang muslim, kita hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan pasti dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan.

Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa.

Melihat kepada realiti hiburan kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita gagal mencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan. Ini kerana hiburan tersebut tidak berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Ia hanya bertujuan memenuhi runtunan nafsu semata-mata. Hiburan yang ada bukan sahaja tidak mendidik jiwa, malah mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan hidup umat Islam.

Marilah kita imbas kembali intipati penting perbahasan khutbah hari ini. Antaranya :

Pertama : Islam adalah agama fitrah. Justeru, Islam mengharuskan hiburan sebagai memenuhi tuntutan fitrah yang bersesuaian dengan garis panduan syariat.

Kedua : Hiburan di dalam Islam adalah sesuatu yang dilakukan bertujuan mendidik jiwa dan menghasilkan ketenangan sanubari di samping melahirkan kegembiraan dan keseronokan berhibur.

Ketiga : Kita perlu memastikan dan memilih hiburan yang berlandaskan syariat untuk menjamin kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Jelas, hiburan itu tidak salah, tetapi yang salah bila kita tersalah memilihnya..
Anda bijak untuk memilihnya.=)

JOM JADI MUSLIM SUPER ! ANDA BOLEH DAN PASTI BOLEH.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! J