'Kerana Mu, Aku dan Dia bertemu'. Apa yang tersirat di sebalik tajuk ini?



Panel Pertama oleh Ustaz Luqman Daud

Tafsiran pertama:
Kerana Rasulullah, aku dan Allah bertemu dalam erti kata melalui pengorbanan Rasulullah kita dpt mengenali Allah.

Tafsiran kedua:
Sepasang kekasih,lebih kepada hubungan antara manusia. :)

Tafsiran ketiga:
Pertemuan dengan haiwan kesayangan.

Panel memilih tafsiran pertama:
Rasulullah dan para sahabat telah berkorban spenuh harta dan jiwa mereka dalam menyampaikan Islam sehingga agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia hingga ke hari ini. Banyak sirah yang menceritakan tentang pengorbanan mereka.
 



Panel Kedua oleh Ustazah Nurul Atiliana

Menafsirkan tajuk dengan erti kata 'Bulatan gembira' atau Usrah kerana di dalam bulatan tersebut hati-hati yang ingin memahami Islam bertemu. Dalam bulatan gembira tersebut, hati-hati disatukan, ikatan ukhuwah terjalin, dan banyak ilmu yang dipelajari.

Kedua - kedua panel menyentuh mengenai usrah yang merupakan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semasa permulaan dakwah baginda, usrah merupakan wasilah untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Institusi usrah yang pertama adalah di rumah al-Arqam
 
Antara kepentingan usrah yang di kupas:

1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur islam.
2.Meningkatkan penghayatan 'amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam.
3.Menjalinkan dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekrja secara jemaah.

 


Usrah bosan? Tidak menarik? Apa puncanya?

- Ahli-ahli dlm usrah tersebut mempunyai peranan untuk menjdikan usrah tersebut mnarik.
- Ahli usrah boleh mencadangkan kepada naqib atau naqibah untuk melaksanakn aktiviti-aktiviti menarik seperti futsal, masak-masak dan sebagainya.


Kesimpulan:

Usrah merupakan wasilah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t ;)


Cinta Allah dan Rasul

CINTA ALLAH DAN RASUL
NAMA: NUR ZULAIKHA BT. MAT ROPI,
UNIT: PPISMP PSV SEM 2

Maafkan aku Tuhan…
Sungguh ujian yang mendatang
Sangat berat untuk kutatang
Meskipun ku hampir tumbang
Takkan ku mengalah sebelum berjuang!

Pinjamkan aku semangat Khalid
Galak berjuang menegakkan tauhid
Resapkan aku berani Umar
Gagah bertempur memacakkan syiar

Biarpun musuh hebat menggempur
Biarpun iblis kuat mengguntur
Imanku takkan cepat tersungkur
Biar islam jadi pengukur!


Bangkitlah aku menapak gagah
Bertunjang keyakinan takkan tergugah
Melawan hasutan yang kuat menyergah
Cinta ALLAH dan rasul jadi penanggah

Biarpun perit menanggung derita
Takkan sesekali kupamerkan sengsara
Kerana ku tahu mahalnya syurga
Nikmatnya hebat tiada terkira

Ingatlah…
Dunia ini satu persinggahan
Kampung akhirat jadi tujuan
Sebelum nyawa bercerai badan

Cinta ALLAH dan rasul jadi impian!