Dia Imamku~


Assalamualaikum :))

alhamdulillah Lajnah Usrah dan Tarbiyyah BADAMD telah berjaya mengadakan satu forum yang agak menarik. melihat dari tajuknya "DIA IMAMKU".

mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah konsep yang ingin dibawa oleh Lajnah ini. adakah mengenai cinta? ya, cinta itu merupakan fitrah manusia. Tetapi yang penting ialah bertanggungjawablah dengan cinta yakni  Pemimpin. 

ahli panel dan moderator bagi forum "dia Imamku"
definisi imam itu sendiri ialah pemimpin. pemimpin yang mempunyai ilmu amat penting untuk memimpin orang lain. boleh dibuat analogi seperti pemandu teksi, dimana pemandu teksi itu perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang jalan untuk menghantar penumpangnya ke tempat yang dituju dengan tepat dan betul. jika pemandu teksi itu tidak tahu selok belok jalan, pasti akan sesatlah mereka. 

begitulah juga dengan pemimpin. andai seseorang pemimpin itu tidak mempunyai ilmu atau kurang nya ilmu, bagaimanakah beliau boleh memimpin? nampak kan..

imam juga boleh didefinisikan dengan maksud lain iaitu suami. ramai wanita impikan suami yang baik. tipulah jika ada yang ingin bersuamikan seorang lelaki yang tidak berakhlak. jika ketua keluarga, mereka (wanita) inginkan yang baik-baik supaya keluarga aman dan bahagia, begitu juga dengan pemimpin yang mentadbir alam ini, pasti kita semua inginkan keamanan dan kebahagiaan bukan? jom renung-renungkan :)

dan banyak lagi perkongsian yang disampaikan oleh mereka-meraka ini..


 

"amanah itu satu taklifan bukan tasyrifan"

waallahua'lam
jzkk..



 

MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA

Assalamualaikum :)

Ingat tak lagi tentang majlis pelancaran solat dhuha. 


di sini kami bawakan apa kaitan solat dhuha dengan rezeki?

Allah tu sayang semua hamba-hambaNya.
Dia turunkan Rezeki dalam pelbagai bentuk.
Ada yang dalam bentuk wang ringgit, ada yang dalam bentuk makanan, ada juga yang dalam bentuk berjaya cemerlang dalam pelajaran..dan pelbagai lagi bentuk lah..
Kadang-kadang manusia ni, nampak Rezeki tu hanyalah 'wang ringgit' semata-mata.. tapi Rezeki tu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit,tapi meliputi semua segala nikmat yang Allah beri pada kita..

Ada orang mempersoalkan kenapa setiap manusia berbeza-beza dalam penerimaan Rezeki dari Allah? kenapa ada yang Rezeki nya luas, ada yang rezeki nya sempit, bukankah Allah Maha Adil? Nauzubillah.. 

Sebenarnya kita perlu sedar yang menyebabkan rezeki seseorang itu menjadi sempit kerana mungkin dia sering melakukan dosa besar atau pun dia sering melakukan dosa kecil secara berterusan. Jadi, Allah hendak menguji sejauh mana hati dan keimanan dia kepada Allah..

Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.”
 (Al-A’raf: 96)


Allah juga berfirman: "Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha : 1-5 )

Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat. Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya.


dengar nasyid sikit :)




JOM SAMA-SAMA KITA AMALKAN :)
Jzkk..





Majlis Pelancaran Kempen Dhuha

Assalamualaikum :)

Baru-baru ini pihak BADAMD telah mengadakan majlis Pelancaran "KEMPEN DHUHA" di dewan Al-Farabi.





pembahagian kad doa waktu dhuha kepada guru pelatih yang hadir. :)



Pada hari tersebut juga, penyampaian hadiah kepada pemenang "Voice of Calliph" dan kepada pemenang "Sweet Ladies Talk"






terima kasih :)