Perutusan YDP BADAM sempena Maal Hijrah 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat2 sekalian,

Mendahului perutusan ini, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita masih diberikan kesempatan menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M pada tahun ini dalam suasana kesederhanaan dan penuh kerahmatan.



Hari ini, seluruh umat Islam sedang memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang penuh barakah itu. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t



Hijrah yang telah berlaku dalam sejarah kehidupan RasullulLah lebih 1400 tahun lalu, telah membawa era baru dalam perjuangan menegakkan Islam itu sendiri. Kita tahu sebelum peristiwa hijrah ini Rasulullah saw telah membuat pelbagai usaha untuk menegakkan islam dibumi Mekah namun disebabkan kepayahn yang perlu dihadapi terlalu berat maka Allah swt telah memerintahkan Rasulullah saw berhijrah ke Madinah sebagai langkah stratergi lain yang akhirnya membuahkan kejayaan kepada kebangkitan Islam.


Jika kita soroti peristiwa Hijrah yang berlaku, ianya mengaitkan peristiwa bagaimana tekanan yang diterima oleh RasulLah saw dan para sahabat dalam usaha mereka menerangkan agama yang mentauhidkan Allah kepada kaum musyrikin Mekah. Usaha yang dijalankan selama 10 tahun itu menerima pelbagai rintangan. Bukan sekadar 'lebam biji mata', tetapi lebih hebat daripada itu. RasululLah saw pernah dihempap dengan perut unta, dibaling dengan najis dan batu hingga tubuhnya berdarah.


Dalam peristiwa yang lain pula hijrah RasululLah saw adalah disebabkan Islam tidak dapat disempurnakan secara keseluruhannya kerana tentangan yang diterima. Kaum musyrikin Mekah amat kuat berpegang kepada ajaran jahiliyyah dan menolak semua fahaman yang lain. Justeru itu nabi mendapat perintah supaya berhijrah agar dengan hijrah, Islam itu dapat dilaksanakan secara keseluruhannya.


Hijrah juga memperlihat kita kita semua bagaimana penyatuan kaum muhajirin dan ansar. Walau pun mereka baru berkenalan selepas peristiwa hijrah, namun mereka sanggup korbankan apa yang ada pada diri mereka untuk kebaikan Islam dan penganutnya. Mereka bukan sahaja korbankan harta benda, wang ringit, masa dan tenaga tetapi ada yang berkorban isteri untuk membolehkan kaum muhajirin yang kehilangan isteri dalam peristiwa hijrah menikmati kehidupan yang lebih sempurna.


Antara pengajaran yang diambil dari peristiwa di atas ialah bahawa perjuangan menegakkan Islam itu bukan olok-olok atau kerja main-main. Sebaliknya perjuangan Islam itu pasti ada rintangan dan cabarannya seperti mana yang telah dihadapi oleh Rasulullah saw dan sahabat2. Oleh itu, sempena tahun hijrah yang akan datang ini marilah kita sama-sama meletakkan matlamat untuk terus memperjuangkan dakwah dan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw. Rugilah kita jika hanya meletakkan matlamat hidup ini hanyalah untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan tanpa sedikit pun menghiraukan dakwah dan perjuangan Islam. Disini kita diharapkan moge2 meletakkan kembali matlamat yang paling utama dalam hidup kita ini adalah perjuangan yang telah Rasulullah saw tinggalkan kepada kita. Moge kita kuat dalam menghadapi cabaran yang bakal muncul tiba dalam dakwah dan perjuangan kita.


Hijrah juga membawa pengajaran kepada kita hari ini bahawa Islam perlulah dilaksanakan dalam bentuk keseluruhannya. Bukan sekadar mendirikan masjid, bank Islam, ekonomi Islam, pajak gadai Islam itu ertinya kita sudah menjalankan hukum Islam. Itu baru sebahagian dari tuntutan Islam. Hijrah membawakan maksud bahawa kita perlu laksanakan Islam secara keseluruhan, samada dari segi perundangannya, politiknya, sosialnya serta eknominya semuanya harus dalam bentuk Islam. Dalam erti kata yang lebih mudah, peristiwa hijrah ini menghendaki kita supaya meletakkan setiap perkara dalam hidup kita ini ada kaitannya dengan Islam ( agama ) tanpa satu pun yang terlepas bermula dari sekecil2 perkara sehinggalah yang paling besar. Jika ada perkara yang kita pisahkan ia dengan agama maka perbuatan itu perlu kita ubah dan hijrah daripadanya serta merta sebelum mendapat murka daripada Allah swt.



Selanjutnya iktibar dari peristiwa hijrah kita perlu mengorbankan apa yang kita miliki dan sayangi sebagai sandaran menegakkan perjuangan Islam. Umat Islam perlu berkorban kerana nilainya di sisi Allah swt amat tinggi. Daripada perisitwa hijrah juga kita ketahui banyak pergorbanan yang telah dibuat oleh Rasulullah saw dan sahabat2 semata-mata untuk melihat Islam tertegak di bumi Mekah dan Madinah ketika itu. Segenap perkara mereka pertaruhkan supaya Islam itu dapat ditegakkan tanpa sebarang rasa ragu-ragu dan kecewa dalam diri mereka. Inilah iktibar yang perlu kita ambil daripada peristiwa hijrah ini iaitu sanggup berkoran apa yang yang ada pada diri ini samada masa, wang, tenaga, idea dan semuanya supaya dakwah dan perjuangan Rasulullah saw ini terus terlaksana.



Akhir sekali, dikesempatan ini, ingin saya mengajak sahabat-sahabat supaya berhijrah daripada matlamat hidup kita yang sementara kepada matlamat hidup yang hakiki iaitu memperjuangkan Islam supaya ia tertegak dalam diri kita, masyarakat sekeliling dan seterusnya diseluruh dunia. Oleh itu, sepanjang cuti ini sama-samalah kita membuat usaha yang mampu menjayakan matlamat hidup hakiki kita ini supaya masa cuti kita ini tidak disia-siakan dengan perkara yang melalaikan dan tidak langsung dapat menjadi hujah kepada kita ketika dihisab dihadapan Allah swt kelak.





~ Selamat bercuti dan Salam Maal Hijrah buat semua, sama-samalah kita berhijrah daripada kesyirikan, kekufuran dan kejahilan, moge2 kita kembali mendapat nilaian disisi Allah swt ~

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, setelah selesai kita berhari raya eidul adha, kini peperiksaan pula yang menjelang tiba. Pastinya, sahabat-sahabat sedang gigih berusaha. Berusaha untuk meraih kejayaan. =) Semoga kita tenang menghadapi minggu peperiksaan ini, seminggu berbaki gunakanlah sebaiknya. Belajarlah selagi mana kita mampu. Timbalah ilmu bukan sekadar untuk peperiksaan tapi sepanjang hayat. 



Untuk berjaya perlu berusaha. Tanpa usaha, kejayaan hanya mampu jadi bayangan. Untuk mencapai kejayaan perlu bersusah payah bukan bersenang lenang. Tanpa usaha, berdoalah macam mana pun, kejayaan tak datang bergolek. Ingat sifir; 

doa + usaha + tawakal = kejayaan. 

Sifir kejayaan mudah di dunia. Macam-macam gaya belajar dah kita praktik untuk terus berjaya kekalkan pointer. Each semester, wajib 3.5 ++ but adakah kita terlepas pandang sesuatu? 



Siapa yang memberi kita kejayaan? Siapa yang membenarkan kita untuk mendapatkan kejayaan? Siapa yang benarkan kita sihat lalu kita berusaha bersungguh-sungguh? Siapa yang memberikan berbagai-bagai kenikmatan, kemudahan dalam pembelajaran? Dan jangan dilupa Dialah penentu takdir kamu. =’) 




Yes, pointer, grade keimanan dengan Allah, sewajarnya A ++. 4 flat. Sayang, seribu kali sayang, pointer dengan Allah diabaikan. =’) Siapa kita untuk melupakannya? Pesanan terakhir, biar macam mana hardwork pun kita berusaha, serahkan semuanya pada Dia. Berusahalah selagi mampu. Pointer dengan Allah juga mesti kena jaga. Thumbs up dekat muslimin dan muslimat yang tetap menjaga hubungan dengan Allah. Berusaha, berdoa, bertawakal. Bukan kerja mudah nak kekalkan hubungan dengan Allah like A ++. Agak senang nak berjaya get straight A’s masa exam. 



Kalau kita sangat senang nak stay up untuk study so, apa kata kita stay up untuk qiam pula? =) Pilihan di tangan kita. 


Buat terbaik masa exam nanti! Moga Allah membantu seiring dengan usaha kita. Amin! =)