TALK SHOW IMAM MUDA AMMAR : "The great Teacher Inspiration"

Bismillahirahmanirahhim..

ASSALAMUALAIKUM :)

Insyaallah pada minggu hadapan pada 3/02/2013 akan diadakan satu 

"TALK SHOW IMAM MUDA AMMAR" 


bersempena menyambut bulan maulidur Rasul.Semua adik2 abg2 kakok2 dijemput hadir lakew ke dewan 

al-farabi bagi sama- sama kita menyemarakkan sambutan hari kelahiran Kekasih Agung kita Nabi 

Muhammad S.A.W.

Tentatif Program adalah seperti yang terpampar di poster :



nak tahu lebih lanjut tentang program talkshow yang bertajuk "The great Teacher Inspiration", jom saksikan !
Jumpa anda di sana untuk memeriahkan majlis.

“Sesiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling 

dekat kedudukannya denganku.”  ^^,


syukran :)

Program Lantunan Mahabbah 22 Jan 2013



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan berkatNya, Badamd Ipg Kdri telah berjaya dengan izinNya menganjurkan program Lantunan Mahabbah bersempena dengan sambutan Maulidurrasul yang akan disambut pada 12 RabiulAwal ini. Program yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelajar. Program Lantunan Mahabbah diadakan pada 22 Januari 2013 bertempat di Balai Islam Al-Muttaqin.
Pihak Badamd telah mengundang tetamu khas daripada Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong iaitu Al-Fadhil Baba Suplar Bin Yahya dan Kumpulan Qasidah Soutul Muhibbin. Banyak kisah-kisah yang diceritakan oleh Al-Fadhil Baba tentang kelebihan memuji Nabi Muhammad SAW dan kelebihan bulan Rabiu'l Awal / Rabi'ul Anwar.
Objektif program adalah untuk menanamkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mencintai qasidah iaitu puji-pujian kepada Nabi Sanjungan SAW dan menambahkan ilmu dan pengetahuan berkenaan kelebihan memuji dan selawat kepada Habibullah Safiullah, Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, program ini juga mampu membawa pelajar-pelajar Ipg Kdri untuk lebih mendekati Balai Islam yang mana merupakan satu langkah yang sangat baik.
Tentatif dan poster program adalah seperti berikut :




Lantunan-lantunan qasidah yang dialunkan oleh Kumpulan Qasidah Al-Mursyidin dan Qasidah Soutul Muhibbin sangat menyentuh lubuk hati kami. Beberapa pelajar dilihat menitiskan air mata kerinduan kepada Habibullah yang Mulia, Nabi Muhammad SAW. Ya Rasulullah, sesungguhnya kami merinduimu. Antara bait-bait qasidah yang dialunkan ialah Solatun Bi ssalamil Mubin, Ya Rabbama, Ya Thoybah, Khairul Bariyyah dan lain-lain.




Lensa kamera sempat merakamkan pelbagai memori dan gaya para pelajar sepanjang program berlangsung. Program ini merupakan satu momentum yang sangat baik untuk diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.











Alhamdulillah, sambutan yang amat baik diterima dan semoga program seperti ini dapat menumbuh dan menguatkan lagi rasa kecintaan kita kepada Rasullullah SAW. 

Video Program Lantunan mahabbah

Sollu ‘ala nabi…

Malam Jasamu Dikenang anjuran BADAMD 2012/2013


Bismillah.

InsyaAllah pada hari Isnin bersamaan 7 Januari 2013 pada jam 9 malam, akan diadakan Malam Jasamu Dikenang untuk menghargai jasa bakti ahli-ahli BADAMD yang telah memberikan khidmat sepanjang dalam biro agama. InsyaAllah, semoga Allah redha. :)