Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan berkatNya,
Badamd Ipg Kdri telah berjaya dengan izinNya menganjurkan program Lantunan
Mahabbah bersempena dengan sambutan Maulidurrasul yang akan disambut pada 12
RabiulAwal ini. Program yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat baik
daripada para pelajar. Program Lantunan Mahabbah diadakan pada 22 Januari 2013
bertempat di Balai Islam Al-Muttaqin.
Pihak
Badamd telah mengundang tetamu khas daripada Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong
iaitu Al-Fadhil Baba Suplar Bin Yahya dan Kumpulan Qasidah Soutul Muhibbin. Banyak
kisah-kisah yang diceritakan oleh Al-Fadhil Baba tentang kelebihan memuji Nabi
Muhammad SAW dan kelebihan bulan Rabiu'l Awal / Rabi'ul Anwar.
Objektif
program adalah untuk menanamkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW, mencintai qasidah iaitu puji-pujian kepada Nabi
Sanjungan SAW dan menambahkan ilmu dan pengetahuan berkenaan kelebihan memuji
dan selawat kepada Habibullah Safiullah, Nabi Muhammad SAW. Di samping itu,
program ini juga mampu membawa pelajar-pelajar Ipg Kdri untuk lebih mendekati
Balai Islam yang mana merupakan satu langkah yang sangat baik.
Lantunan-lantunan qasidah yang dialunkan oleh Kumpulan Qasidah
Al-Mursyidin dan Qasidah Soutul Muhibbin sangat menyentuh lubuk hati kami. Beberapa
pelajar dilihat menitiskan air mata kerinduan kepada Habibullah yang Mulia,
Nabi Muhammad SAW. Ya Rasulullah, sesungguhnya kami merinduimu. Antara
bait-bait qasidah yang dialunkan ialah Solatun Bi ssalamil Mubin, Ya Rabbama,
Ya Thoybah, Khairul Bariyyah dan lain-lain.
Lensa
kamera sempat merakamkan pelbagai memori dan gaya para pelajar sepanjang
program berlangsung. Program ini merupakan satu momentum yang sangat baik untuk
diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.
Alhamdulillah,
sambutan yang amat baik diterima dan semoga program seperti ini dapat menumbuh
dan menguatkan lagi rasa kecintaan kita kepada Rasullullah SAW.
Video Program Lantunan mahabbah
Sollu
‘ala nabi…
4 comments:
Alhamdulillah....syukran kpd smua yg terlibat..:)
Alhamdulillah...syukran kpd smua yg terlibat mjayakannya..Suburkan cinta kpd baginda..:)
Alhamdulillah...syukran kpd smua yg terlibat..suburkan sunnah baginda dlm kehidupan kita..:)
siiru 'ala barakatillah.. ameen
Post a Comment