Malam Sejuta Mahabbah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah… Minggu lepas kami baru sahaja melaksanakan program yang dipanggil sebagai Malam Sejuta Mahabbah. Program ini merupakan salah satu program dibawah kendalian Lajnah Usrah dan Tarbiyyah atau ia lebih dikenali di IPG KDRI sebagai Lajnah KAZOKU. Program seperti ini merupakan salah satu cabang usrah umum. Objektif utama program ini dijalankan ialah untuk merapatkan ukhuwah sesame nuqaba dan 
mad’u Semester 1.


Adapun usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).


Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.



 Manakala al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah: 

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.”

Ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat. Ia diikat oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya.
Perpecahan pula adalah saudara kepada kekufuran.




Ade sesi masak oleh pimpinan ljnah dan naqib.. Yer…
Selepas itu, usai solat Isyak berjemaah ada disediakan makanan.




Waallahu'alam.

Perbahasan penting ibadah korban

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Bulan Zulhijjah dan Hari Raya Eidul Adha adalah salah satu bulan dan hari yang penting kepada umat Islam kerana terdapat padanya satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t iaitu ibadah haji dan korban. Bagi mereka yang ingin melaksanakan korban maka di sini saya ingin berkongsi beberapa perbahasan hukum korban semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.


Ibadah korban dalam bahasa Arab dipanggil sebagai Udhiyyah (أضحية). Ia adalah satu nama untuk binatang yang disembelih pada hari raya Eidul Adha. Di sisi syara’ ia bermaksud satu penyembelihan binatang yang khusus dengan niat ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah pada hari-hari yang khusus.

Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan melakukan ibadah korban ini. Antaranya ialah hadis yang berbunyi:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا


Yang bermaksud:
Daripada Aisyah R.A sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Tidaklah seorang anak Adam melakukan amalan pada hari Raya yang lebih disukai oleh Allah s.w.t daripada menumpahkan darah (melakukan korban) kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat dengan tanduk-tanduknya dan kaki-kakinya serta bulu-bulunya dan sesungguhnya darah tersebut akan berada satu tempat di sisi Allah (diterima olehNya) sebelum ia mencecah bumi maka jadikanlah dirimu suka akannya (korban)”

(Riwayat Al-Hakim, Ibn Majah dan At-Tirmizi dengan kata beliau: Ini hadis Hasan Gharib-lihat Nailul Authar 5/108)



Diantara hikmah Ibadah Korban ialah :

1. Mensyukuri nikmat Allah yang amat banyak.
2. Menghargai nikmat diberi kehidupan oleh Allah dari tahun ke tahun.
3. Menghapuskan dosa-dosa.
4. Melakukan kebaikan kepada anggota keluarga dan masyarakat.


Hukum Ibadah Korban

Hukumnya adalah sunat muakkad (amat dituntut) secara kifayah (sunat kifayah) untuk setiap rumah atau keluarga yang ramai dengan maksud memadai hanya seorang ahli keluarga melaksanakannya manakala yang lainnya tidak dituntut untuk melakukan ibadah sunat ini. Sekiranya tidak maka ia adalah sunat ‘aini yang mana individu tersebut dituntut melakukannya sekali seumur hidup. Sekiranya ditinggalkan dalam keadaan dia berkemampuan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al-Imam Syafie (lihat Al-Iqna’ syarah Abi Syuja’)



Ibadah korban juga boleh menjadi wajib disebabkan seseorang itu bernazar untuk melakukan ibadah korban seperti juga ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga sekiranya pemilik binatang ditanya untuk apakah binatang ini lalu dijawabnya, “Ini adalah untuk korban” maka berkata setengah ulama hukumnya itu sama dengan nazar juga maka haram ke atasnya memakan daging binatang tersebut dan susunya. Namun sekiranya hanya meniatkan bahawa binatang tersebut untuk korban tetapi tidak melafazkannya maka tidak menjadi wajib korban. Sekiranya seseorang itu berkata, “Ini adalah untuk korban InsyaAllah/ korban sunat” maka tidak menjadi wajib. Oleh itu maka mereka yang ada binatang dan pada mulanya ingin melakukan ibadah korban tetapi masih belum pasti maka hendaklah dia berhati-hati.




Syarat Ibadah Korban

1. Syarat Orang yang melakukan ibadah korban:
a. Islam
b. Merdeka (bukan hamba)
c. Mempunyai kemampuan dan belanja yang melebihi hajatnya dan keluarga yang     
    ditanggungnya pada hari raya dan hari Tasyriq.

2. Syarat sah binatang korban:
a. Binatang ternakan iaitu:
- biri-biri yang masuk umur dua tahun atau yang sudah bersalin gigi walaupun belum genap setahun.
- Kambing atau lembu atau kerbau yang cukup umur dua tahun dan masuk pada tahun ketiga.
- Unta yang cukup umur lima tahun dan masuk pada tahun keenam.
- Binatang paling utama mengikut turutan adalah unta, lembu atau kerbau kemudian kambing atau biri-biri. Yang paling afdal untuk dikorbankan ialah binatang yang paling sihat dan banyak dagingnya.

b. Binatang ternakan seperti unta, lembu dan kerbau setiap ekor boleh dibuat tujuh bahagian walaupun untuk tujuan lain-lain seperti akikah, korban dan sebagainya manakala selainnya hanya dikira satu bahagian untuk seekor.

c. Selamat daripada cela yang mencacatkan dan mengurangkan dagingnya seperti buta sebelah matanya, sakit, tempang atau patah kakinya,kurus atau gila. Namun sekiranya hanya patah giginya, kudung ekornya sejak asal atau patah tanduk dan terbelah telinganya maka tidak mengapa tetapi makruh sahaja.


3. Waktu sah melakukan korban ialah bermula setelah berlalunya dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang ringkas selepas naik matahari pada pagi hari raya itu. Disunatkan melambatkan sembelihan selepas solat dan harus sembelih sebelum solat. Waktu tersebut kekal sehingga terbenam matahari akhir hari tasyriq (13 zulhijjah). Sembelihan sah tidak kira malam atau siang tetapi makruh pada waktu malam.



Perkara yang disunatkan dalam ibadah korban

Perkara yang disebutkan di bawah hampir menjadi kesepakatan semua fuqaha’. Perkara-perkara tersebut adalah seperti:

1. Mengikat binatang korban (tidak melepaskannya merata-rata) untuk menzahirkan kesediaan tuannya untuk melakukan korban dan syiar agama Islam.
2. Menggantung sesuatu pada tengkuk binatang tersebut atau membuat tanda agar diketahui bahawa ia untuk dikorbankan.
3. Tidak memerah susunya, mengambil bulunya atau menggunakannya seperti menunggangnya.
4. Menariknya ketempat korban dengan cermat dan baik tanpa berkasar seperti menendangnya atau memukulnya.
5. Menyembelih sendiri binatang korban sekiranya ia mampu kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang menyembelih sendiri lebih 60 ekor binatang korban dengan tangan baginda yang mulia sebagaimana hadis riwayat Imam Ahmad (lihat Nailul Authar 5/505).
6. Menyembelih dengan menghadap qiblat, membaca bismillah, selawat, bertakbir serta berdoa supaya diterima.
7. Orang yang melakukan korban hadir ke tempat sembelihan dan melihat sendiri binatang tersebut semasa disembelih.
8. Disunatkan berdoa seperti doa:

وجهت وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين اللهم منك ولك



Kemudian dia berkata:
بسم الله, والله أكبر, اللهم تقبل مني

9. Tidak memotong kuku dan rambut setelah masuk bulan Zulhijjah kerana hadis yang berbunyi:
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya :

Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )



Hal-hal lain berkaitan individu yang melakukan korban :

1. Memadai niat korban pada ketika sembelih (bagi orang yang hadir ke tempat sembelih) atau sebelumnya ketika mana telah ditentukan binatang yang hendak disembelih. Tidaklah wajib niat pada ketika sembelih sahaja.
2. Memadai juga niat korban dan sembelihan diwakilkan kepada orang lain. Niat korban boleh dibuat ketika mewakilkannya manakala wakil hanya sembelih sahaja.
3. Tidak sah niat selepas sembelihan berlaku.
4. Niat adalah seperti berikut: Aku jadikannya (binatang ini) sebagi korbanku kerana Allah s.w.t.
5. Sah juga ia menyerahkan (wakilkan) niat kepada orang lain yang muslim lagi mumayyiz.
6. Dibenarkan melantik seorang pengurus untuk membeli binatang korban, meniatkan untuknya, menyembelih, membahagikan daging dan segala urusan yang berkaitan.
7. Tidak harus korban untuk orang lain tanpa izinnya dan tidak harus korban untuk si mati tanpa ada wasiat darinya. Namun para ulama mazhab Hanafi dan Maliki membenarkannya dan pahala tersebut adalah kepada si mati tetapi haram di sisi Hanafi memakan daging korban itu.



Hukum berkaitan daging korban
1. Korban yang sunat adalah disunatkan untuk dimakan tidak melebihi satu pertiga untuk mendapat keberkatan darinya manakala yang wajib pula wajib disedekahkan kesemuanya dan haram dimakan.
2. Mengikut pendapat yang paling kuat (Al-asoh) di sisi mazhab Syafie daging korban adalah wajib disedekahkan walaupun sedikit kepada faqir miskin sekalipun seorang sahaja. Paling baik disedekahkan semuanya dan dimakan sedikit sahaja oleh tuan empunya korban.
3. Mazhab Hanafi dan Hanbali dan pandangan muktamad dalam mazhab syafie pula berpandangan sunat membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan sendiri, satu bahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu bahagian terakhir dihadiahkan kepada mereka 
yang berada atau kaya.
4. Haram menjual kulit binatang korban, daging, anggotanya, kepalanya dan lain-lain samada korban wajib atau sunat.
5. Tidak harus memberikan tukang sembelih kulit atau daging korban sebagai UPAH kepadanya namun sekiranya disedekahkan kepadanya atas dasar orang miskin atau berhajat maka dibenarkan.
6. Haram memindahkan daging korban yang dikorbankan di sebuah negeri ke negeri yang lain.
7. Dibenarkan untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
8. Ulama berbeza pendapat dalam hal memberi sedekah daging korban kepada orang kafir, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedeqah wajib. Sekiranya korban wajib maka ia adalah haram di sisi mereka. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.


Wallahu ‘Aalam

Sumber :

The Kite Runner


there is a way to be good again......

tagline dari cerita ini menarik......pasti ada cara untuk menjadi baik lagi

TAYANGAN FILEM ISLAMIK
'THE KITE RUNNER'

HARI : SELASA 
TARIKH : 11 OKTOBER 2011
TEMPAT : DEWAN UNGKU OMAR

Sepintas lalu: Cerita ini membawa tema persahabat antara Hassan dan Amir yang berlatarkan Kabul, Afghanistan pada tahun 70 an sebelum Soviet Union menguasai Afghanistan dan juga masa sekarang. Hassan merupakan orang suruhan Amir dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Amir walaupun menyakiti dirinya sendiri. Tema persahabatan dalam cerita ini sangat kukuh.

Hassan tetap mengenang Amir sebagi sahabatnya walaupun Amir memfitnahnya mencuri jam tangan yang dihadiahkan oleh ayah Amir tujuannya, untuk mengelakkan Hassan disakiti kerananya lagi kerana itulah Amir menggunakan cara tersebut untuk menghalau Hassan dari rumahnya.

Kemasukan Soviet Union ke Afghanistan menyebabkan Amir terpaksa berpindah hingga ke Amerika. Amir membesar dan menjadi seorang penulis dan kembali ke Kabul untuk mencari anak Hassan demi menebus rasa bersalahnya....adakah dia berjaya?

 Kisah persahabatan dua sahabat

 Muslimat 

Muslimin 



'part' yang membuatkan muslimat ada yang menangis

Nilai yang dibawa dalam cerita ini sangat tinggi. Yang mana baik, ambillah, yang mana buruk, tinggalkan.

Lajnah Publisiti &Promosi Usrah BADAM