Bulan Indahnya Hidup Bersyariat


Bismillahirrahmanirrahim~ 

Tema pada bulan ini: Indahnya Hidup Bersyariat. Ya, memang indah jika hidup dalam peraturan Ilahi, sangat indah jika hidup kita teratur mengikut syariatnya. Peraturan bukan untuk menyekat tapi untuk menyelamat. Sebagai contoh, adakah lampu isyarat merah di jalan raya berfungsi untuk menghalang dan menyusahkan? Akal waras pasti menyatakan ianya untuk menyelamatkan dan membantu untuk menghalang kesesakan lalu lintas. Setiap sesuatu yang tercipta pasti ada munasabahnya. 


Syariat Allah penuh hikmah cuma kadang-kadang kita tidak mengerti. Maka, pada bulan ini, tema yang difokuskan ialah Ikhtilat, aurat dan etika pemakaian. Tema setiap minggu adalah berbeza dan pada minggu ini temanya ialah Ikhtilat. InsyaAllah, sedikit peringatan bagi kita yang mungkin terlupa.



Oleh itu, antara objektifnya ialah:

-Melahirkan guru pelatih yang berprofesionalisma.
-Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan guru pelatih khususnya dari segi pergaulan sosial dan etika pemakaian seorang guru.
-Menerapkan elemen yang terdapat di dalam rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan dan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan guru pelatih.

Antara cadangan aktiviti-aktiviti yang bakal berlansung ialah: 

-Memperkasakan papan kenyataan di seluruh institut dengan menampal poster-poster dan artikel berkaitan .
-Majlis perasmian di Balai Islam al-Muttaqin (BIAM)
-Mewujudkan page di facebook “Indahnya Hidup Bersyariat”
-Memasang bunting di sekitar institut.



Semoga kita dapat sentiasa mempertingkatkan kesedaran tentang peraturan-peraturan Allah ini. Jangan hanya tahu mengikut perauturan sekolah/institut atau duniawi semata-mata sedangkan peraturan Allah terabai. Ingatlah, Allah itu sentiasa menilai setiap perbuatan yang kita lakukan. Setiap detik dan ketika. 

Wallahu'alam.

Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu!

Bismillahirrahmanirrahim~  



“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.

Saya memahaminya.

Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.  
Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.
 
DUNIA ASING


Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.

“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan.Muslimah itu mendiamkan diri seketika.

“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.

Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.

Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.
Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.
Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH


Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.
“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.
“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.


PAKAIAN ITU SEKUNDER


Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.

Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.

Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!

Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula. Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.

AKHLAK PENENTU
Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?
Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.


Mengharap Ma’sum dari Orang yang tidak Ma’sum?

Bismillahirrahmanirrahim~

Anda Pernah Dikutuk?
Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?
Tersenyumlah. Tak perlu marah-marah.



Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama' juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah. Allah SWT juga pernah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An'am: 108). 

Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram? Tersenyumlah. 

Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma'sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.


Bicaramu Menusuk Kalbu 


Berkata Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi, "Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci-maki kebatilan." 


Damainya kata-kata ini. Beliau berkata lagi, "Manhaj saya sepanjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan, dan menghimpun bukan mencerai beraikan. Akan saya biarkan setiap orang memilih sesuai pilihannya. " Lebih menyejukkan hati, beliau berkata, " Saya tidak akan pernah memaksa orang lain untuk melakukan apa yang menjadi pendapat dan ijtihad saya."

Sebagaimana mereka juga jangan sampai menyuruh saya mengambil pendapat dan ijtihad mereka. Jika Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk berkata kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya, "Untuk kalian agama kalian. Untukku agamaku." (Al-Kafirun: 6), maka mengapa tidak saya katakan kepada saudara-saudara saya kaum muslimin, "Bagi kalian ijtihad kalian dan bagi saya ijtihad saya. Bagi saya amal saya dan bagi kalian amal kalian." 


Di mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh? 
Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar, dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat. 

Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama'. 

Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, "Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. 


Sebab mereka menuntut kema'suman dari orang yang tidak ma'sum (terpelihara dari kesalahan). Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? Di mana ada bendera yang terus berkibar?"Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama' itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka 'meraikan' ini diaplikasi, dada kita sentiasa lapang dan berbahagia. 


Pesan Syeikh Dalam Mensikapi Golongan Muda 

Berkata Syeikh Al-Qaradhawi, "Sesungguhnya kekerasan tidak harus dihadapi dengan kekerasan. Hendaknya kita memperlakukan anak-anak muda yang penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yang menyejukkan. Jauh dari kata-kata kasar dan keras. Tidak banyak menyalahkan mereka. Jangan menghina mereka. Jangan pula kita berbicara dengan mereka dari menara-menara yang tinggi menjulang dengan perasaan membanggakan diri kepada mereka atau berlepas diri dari mereka sehingga hanya akan menimbulkan jurang lebar antara kita dan mereka. Sehingga mereka tidak menaruh kepercayaan kepada kita dan tidak mahu mendengarkan perkataan kita." 


Ayuh, ciptakan sejarah! Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah. Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah. Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah. Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya. Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah. 


Maka: Jangan buat salah! Jangan terlalu kecewa andai tersalah. Jangan takut nanti salah. Jangan ulangi perkara salah. Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah. Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah. Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah. 


Syeikh al-Qaradhawi berpesan agar memenuhi kalbu kita dan anak-anak kita dengan iman, cita-cita dan tekad serta percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepada diri kita sendiri. Kita harus membebaskan dari dari mengharap adanya seorang pemimpin yang mendapat wahyu, seorang pemimpin yang tidak pernah salah. Sedangkan bersandar kepada kekuatan rakyat itulah yang akan melahirkan sejarah. Ayuh!!!

Penjana Jati diri Mukmin

Bismillahirrahmanirrahim~ 



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil” (Surah al-Muzammil ayat 1-4) 

MUQADDIMAH 

Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah. Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada. 

PENGERTIAN 

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah. 

SEJARAH QIAMULLAIL 

Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10) Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20) 

SEBAB NUZUL AYAT 

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu. 

HIKMAH QIYAMULLAIL

• Meningkatkan keimanan individu 
• Meninggikan darjat disisi Allah 
• Dapat beribadah dengan lebih khusyuk 
• Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang 
• Melatih diri menjadi insan bertakwa 
• Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat • Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan 
• Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah 
• Melatih diri mengharap keredhaan Allah 
• Memberi ketenangan jiwa (emosi) 
• Memberi kesihatan (fizikal) 
• Menajamkan akal fikiran 
• Meneguhkan kekuatan rohani 
• Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya. 
• Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah . 
• Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah 

KELEBIHAN QIAMULLAIL 

• Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
• Tenang hati dan fikirannya 
• Dimurahkan rezeki 
• Dihormati masyarakat 
• Dilindungi Allah daripada khianat manusia. 
• Jika dia pemimpin ,dia akan disegani 
• Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya) 

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL 

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika. Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir. “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari” H.R. Jamaah selain At-Tarmizi 

PANDUAN BANGUN AWAL 

• Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
• Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang. 
• Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat 
• Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah 
• Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan 
• Mematuhi adab-adab tidur 


ADAB-ADAB QIYAMULLAIL 

• Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail “Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya” H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A. 
 • Tidur mengikut adab-adab yang digariskan 
• Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur 
• Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran 
• Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai 
• Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
 “Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah” H.R. Abu Daud Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A. 
• Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk 
• Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
 • Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari. 


AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIAMULLAIL

• Solat sunat tahajjud “dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.” Al-Isra’ 79 “Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam” H.R. Muslim 
• Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain. • Solat witir 
• Berzikir, bertasbih dan bertahmid 
• Membaca al-Quran 
• Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah 

PENUTUP 

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T. Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu? Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul. Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi 


RUJUKAN//• Al-Quran terjemahan Ar-Rahman • Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd. • Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise • Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man • Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor. • Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail . • Jabatan Agama Johor . Himpunan solat –solat sunat .

Bahagia duniawi vs Bahagia ukhrawi

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Assalamualaikum wbt salam penuh mahabbah buat semua. Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dirafakkan buat Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Kuasa. Dengan rahmat dan kasih dariNya, kita masih lagi kekal dalam nikmat teragung iaitu nikmat iman dan Islam yang tiada gantinya. 

Kebahagiaan sejati. 

Sejauh manakah kita melihat makna kebahagiaan itu? Apakah sebenarnya bahagia? Adakah dengan dapat menikmati juadah yang sedap lagi menyelerakan dikatakan satu kebahagiaan? Adakah dikatakan kehidupan mewah yang serba lengkap dikatakan bahagia? Atau adakah dengan timbunan wang yang melebihi segala keperluan yang dikatakan sebagai bahagia? 

Atau, Adakah ketenangan yang dirasai di sudut hati itu merupakan satu kebahagiaan? Walau dalam keadaan tiada juadah yang menyelerakan, atau tanpa kehidupan yang penuh kemewahan mahupun tanpa wang yang bertimbunan? Walau dalam keadaan penuh kesibukan dengan kerja di keliling pinggang? 

Apakah sebenarnya bahagia? Bagaimanakah untuk meraih bahagia? 

Kunci Kebahagiaan. 

Ingin saya berkongsi sedikit isi daripada buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karangan Dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah al-Qarni, 

Jika anda mengenal Allah, mensucikanNya, beribadah kepadaNya dan menempatkanNya sebagai Tuhan sementara anda berada di dalam sebuah pondok, nescaya anda akan mendapatkan kebaikan, kebahagiaan, ketenangan dan rasa damai. 

Namun jika anda menyimpang, walaupun tinggal di dalam istana yang paling megah, di rumah yang paling luas dan memiliki semua yang anda sukai maka ketahuilah bawah akhir kehidupan adalah pahit sekali dan dalam erti yang sebenarnya, penderitaan. Dan, itu bererti bahawa anda masih belum memiliki kunci kebahagiaan. 

Ukuran kebahagiaan itu ada dalam kitab Allah yang agung, takaran dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasanNya kepada hamba, baik ketika masih di dunia mahupun di akhirat kelak. Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 33 hingga 35 yang bermaksud, 

“Dan sekiranya bukan kerana menghindarkan manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah sudah Kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada (Allah) Yang Maha Pengasih, loteng-loteng rumah mereka daripada perak, demikian pula tangga-tanga yang mereka naiki, dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (perak) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan tempat mereka bersnadar, dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan daripada emas. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat di sisi Tuhanmu disediakan bagi orang-orang yang bertakwa” 


Ketika Umar r.a memasuki rumah Rasulullah saw, baginda sedang berada di tempat minumnya. Dilihatnya kesan-kesan bekas tikar di belakang baginda dan hanya ada karung gandum yang tergantung di rumahnya. Tanpa disedari, air mata mengalir membasahi pipi Umar. Sebuah pemandangan yang sangat menyentuh perasaannya kerana saat itu baginda Rasulullah saw adalah seorang teladan dan pemimpin bagi seluruh umat manusia, tetapi hidup dalam keadaan yang sederhana seperti ini. Tercetus ucapan dari bibirnya, “Wahai Rasulullah saw, engkau telah mengetahui pola hidup Kisra dan Kaisar.” Rasulullah saw menjawab, “Wahai Ibnu al-Khattab, apakah engkau masih meragukanku. Tidakkah engkau redha jika kesenangan akhirat menjadi milik kita, sedang mereka hanya memperoleh kesenangan dunia.” 


Firman Allah dalam surah Hud ayat 15 dan 16:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” 

Bahagia duniawi vs bahagia ukhrawi. Buat sidang pembaca, Sama-sama kita renungkan. Bahagia manakah yang menjadi sasaran kita? Adakah bahagia dunia yang sementara atau bahagia akhirat yang kekal selamanya? Sanggupkah kita menggadaikan harga sebuah bahagia hakiki dengan hanya bahagia duniawi? Dan sejauh manakah telah kita usaha demi bahagia sebenar yang dicari? 


Bahawa bukan kesenangan dunia itu bahagia dan bukan kepayahan dalam mencari akhirat itu derita. Wallahu’alam.

10 Muwasafat Tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim~



10 Muwasafat Tarbiyah 

1) Aqidah Sejahtera 

Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur 
Tidak berhubung dengan Jin 
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin 
 Tidak menenung nasib 
Tidak mendekati tukang tilik 
Tidak mengusap kubur 
Tidak meminta bantuan dari si mati 
Tidak bersumpah dengan selain Allah 
Tidak mempercayai adanya sial 
Mengikhlaskan amal kerana Allah 
Mengimani rukun-rukun Iman 
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat 
Sentiasa sedar syaitan adalah musuh 
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt 

2) Ibadah Yang Sahih 

Tidak menolak untuk azan 
Bersuci dengan sempurna 
Sangat menghargai solat berjemaah 
Sangat suka berjemaah di masjid 
Memperbaiki mutu solat 
Qiamullail seminggu sekali 
Menunaikan zakat 
Berpuasa wajib 
Berpuasa sunat sehari setiap bulan 
Ada niat untuk menunaikan haji 
Beriltizam dengan adab-adab tilawah 
Khusyuk ketika membaca al-Quran 
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran 
Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan 
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar 
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat 
Menjauhi dosa-dosa besar 
Sentiasa membaca zikir pagi 
Sentiasa membaca zikir petang 
Mengingati Allah swt pada setiap situasi 
Menunaikan nazar 
Menyebarkan salam 
Menahan anggota dari perkara haram 
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak 
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin 

3) Akhlak Yang Mantap 

Tidak takabbur 
Mempunyai pendirian 
Tidak menipu 
Tidak mencaci 
Tidak mengadu domba 
Tidak mengumpat 
Tidak berdusta 
Tidak mengejek 
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan 
Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk 
Mengasihi orang yang lebih muda 
Menghormati orang yang lebih tua 
Menunaikan janji 
Menundukkan pandangan 
Menjaga rahsia 
Menutup dosa orang lain 
Cemburu terhadap isteri 
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya 

4) Mampu Bekerja 

Menjauhi pekerjaaan yang haram 
 Menjauhi riba 
Menjauhi judi 
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat 
Membuat simpanan walaupun sedikit 
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yang diamanahkan 
Memelihara harta awam 
Memelihara harta peribadi 


5) Berpengetahuan luas 

Mampu membaca dan menulis dengan baik 
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran 
Memelihara hukum-hukum tilawah 
Menghafaz setengah dari hadith 40 
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin 
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting 
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan syurga 
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci 
Mengetahui hukum-hukum solat 
Mengetahui hukum-hukum puasa 
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu 
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden 
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam 
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng 
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga 
Mendengar dengan baik 
Mampu memberikan pandangan 
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif 
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan ke atas kita 



6) Tubuh Yang Cergas 

Bersih tubuh badan 
Bersih pakaian 
Tempat tinggal yang bersih 
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum 
Tidak berjaga malam berlebihan 
Iltizam dengan senaman 2 jam seminggu 
Bangun sebelum terbit fajar/subuh 
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan 
Meninggalkan tabiat merokok 
Menjauhi tempat-tempat kotor 
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit 


7) Mujahadah (Menguasai Diri) 

Menjauhi perkara-perkara haram 
Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan 
Meninggalkan tempat-tempat maksiat 


8) Teratur urusannya 

Penampilan yang elok 
Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam 

9) Sangat Menghargai Masa 

Bangun awal 
Menggunakan masa tertentu untuk belajar 


10) Bermanfaat kepada Orang Lain 

Menunaikan hak ibu bapa 
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yang memerlukan 
Membimbing orang yang sesat 
Berkahwin dengan pasangan yang sesuai 


"Adobe Photoshop Class for beginner"

Assalamualaikum. InsyaAllah Lajnah Penerbitan & Multimedia akan mengadakan 

"Adobe Photoshop Class for beginner" 

hanya untuk 15 ahli BADAMD terawal sahaja. InsyaAllah, jika berkesempatan kami akan membuka class ni untuk 2nd or maybe 3rd session jika mendapat permintaan.



Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa kepada peserta. InsyaAllah. ^__^

Dosa di Facebook

Assalamualaikum. 

Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar. 

Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook. Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja. 

Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita. 

Baiklah. Mari kita mulakan kiraan. 

Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita. 

Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain. 

 Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, 

maka, 100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A) 

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula. 



Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh. 

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B) (A) + (B) = 30 000 300 - (C) 

Baiklah. Mari kita teruskan. Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.) 

Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada. 

Ultraman : 783 friends 
Pikachu: 1339 friends 
Keluang Man: 1565 friends 
Doraemon: 953 friends 
Hang Tuah: 3210 friends 
Donald Duck: 678 friends 
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends 
Tasmania: 653 friends 
Vampire : 1922 friends 
Harry Potter: 2831 friends 
Kerengga: 2101 friends 
Kambenk: 1217 friends 

Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang) 

Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D) 

Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar. 

Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar. 

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta 

Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan. 

Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai. 


Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu. Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya. 


Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr. 

Serabut? Pening? Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan? Cik wanita, its time to wake up! Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook. Ehh, sekejap. 



Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay! Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya. 523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung. Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat. Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat. 

Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.^__^