Aktiviti-aktiviti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim~



Alhamdulillah, tibanya bulan Rabiulawal kini untuk menyambut kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w. Baginda merupakan contoh terbaik yang sangat wajar kita teladani. Jadikan Baginda sebagai role model dalam membentuk peribadi diri. Semoga kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w semakin bertambah seiring dengan bertambah baiknya peribadi dan keelokan adab kita. InsyaAllah. 

InsyaAllah, dalam bulan Rabiulawal ini, terdapat beberapa aktiviti yang bakal berlansung.


 AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG RABIULAWAL:


HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KDRI

Dijemput semua pelajar-pelajar IPG KDRI untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di samping meningkatkan lagi kualiti iman dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. 

InsyaAllah. Waallahu'alam.