Kelas Jom Mengaji

Bismillah.


Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudara Luqman dan saudari Atiqah. Selamat menambahkan ilmu ^^

Agama: Ramadhan – Bulan Kerehatan


Kerehatan yang dimaksudkan disini bukanlah kerehatan yang sering kita gambarkan. Berehat tanpa melakukan apa-apa atau bercuti ke mana-mana destinasi. Tetapi kerehatan di sini adalah kerehatan rohani (jiwa) mengabdikan sepenuhnya pada ILahi daripada kesesakan dunia.
Bagi manusia biasa mereka menganggap ramadhan sebagai bulan puasa. Tiada yang istimewa. Sekadar berputar masa lalu pergi begitu sahaja. Berlainan pula bagi pencinta ibadah mengambil ia sebagai peluang untuk  mereka mempertingkatkan amalan.

Pengabdian diri pada Allah, arah keluar dari masalah
Manusia sering kali resah. Acapkali gundah. Banyak masalah-masalah yang bertimbunan yang perlu diselesaikan. Bagai jatuh ditimpa tangga. Namun bagi orang yang beriman, ia bukan suatu kesusahan bahkan ianya peluang mendekati diri pada Rabbnya. Bahkan merasa senantiasa bahawa Allah itu dekat malah lebih dekat daripada yang lain untuk mendengar doanya.
Oleh itu, bersempena Ramadhan yang mulia, Allah membuka peluang itu seluas-luasnya bagi mendekatkan diri hamba pada tuannya. Di siang hari berpuasa, di malam hari pula disunatkan untuk bersolat tarawikh. Seperti hadis baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah s.a.w inign melaksanakan qiam dalam bulan Ramadhan tanpa memerintahkannya kepada mereka (para sahabat) secara wajib. Baginda bersabda: ‘Barangsiapa melakukan qiyam ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala maka diampunkan untuknya apa yang telah berlalu dari dosanya”. (riwayat Muslim)
Asal dari makna tarawikh itu adalah kerehatan . Setelah berhempas pulas melaksanakan ibadah puasa, maka tiba waktu malam untuk merehatkan diri dan juga hati dari kesibukan dunia dengan mengabdikan diri kepada-Nya. Inilah kerehatan sebenar di dunia. Adapun kerehatan yang kekal abadi hanyalah di alam barzakh sana bila tiba masanya kerana hakikat seorang hamba tidak pernah selesai dalam melakukan kerja-kerja untuk menegakkan deen-Nya.

Sunat vs Wajib
Tarawikh atau berehat dinamakan kerana setiap kali selepas empat rakaat akan berhenti rehat sementara. Tetapi perlaksanaannya adalah dua rakaat beserta salam hingga tamat bilangan rakaat. Selain itu, dinamakan tarawikh juga bermaksud berulang-ulang dalam perbuatan tersebut. Dari sudut waktu melaksanakannya ialah selepas fardu isya’ hinggalah terbit fajar. Tambahan, menurut Dr Wahbah Zuhaili dalam  kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu menyatakan makruh tarawikh diselangi dengan solat sunat yang lain melainkan tawaf sunat.
Walaupun ibadah tarawikh hanyalah sunat, tetapi ia amat dituntut (muakkad) kerana tarawikhlah yang membezakan ia dengan bulan-bulan islam yang lain di mana manusia boleh melakukannya mengikut keselesaan masing-masing sama ada untuk melaksanakannya sebanyak lapan rakaat ataupun dua puluh rakaat. Adapun khilaf antara keduanya bukanlah khilaf yang melibatkan benar atau batil tetapi khilaf yang mana yang lebih tepat berdasarkan hadis.
Sudut  perlaksanaannya pula kita amat dituntut untuk berjemaah meskipun ia ditetapkan pada zaman saidina Umar namun ia mempunyai asal di mana Nabi juga turut melaksanakan secara berjemaah. Namun akibat khuatir ia difardukan jadi nabi hanya melaksanakannya hanya beberapa kali berdasarkan maksud hadis yang diriwayat oleh Al-Bukhari oleh saidatina Aisyah. Bagaimanapun , jika dilaksanakan bersendirian tetap sah dan tidak menjadi masalah.
Dari sudut yang lain, nilai pahala sudah tentu ibadah wajib mendahului. Namun segalanya pada Allah juga untuk menilai kesempurnaan segala ibadah. Namun dari sudut martabat ketinggian seseorang itu di sisi Allah, ibadah sunat mendapat tempat kerana manusia dapat melaksanakan yang wajib atas sebab arahan namun untuk perkara yang sunat ia merupakan pilihan. Sebagai contoh manusia boleh berpuasa ramadhan kerana diwajibkan tetapi berapa ramai yang mampu puasa sunat pada hari lain tanpa arahan. Jadi adakah relevan jika  malam-malam kita berlalu pergi tanpa diisi?

Hati-Hati
Kelebihan tarawikh yang jelas adalah seperti hadis di atas iaitu pengampunan. Tambahan lagi, sifat Allah (ghaa faa raa) biasa diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dengan maksud pengampunan. Namun, sifat ini lebih dari itu iaitu Allah menutup aib-aib kita di hadapan manusia lain. Bayangkan jika Allah buka setiap aib kita, nescaya tiada seorangpun dari kita yang mampu berjalan di atas muka bumi ini. Justeru, dalam keghairahan kita mempelajari tentang ibadah ini perlu diketahui bahawa terdapat hadis palsu mengenainya. Sebagai contoh kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a:
•          Malam Pertama: Keluar dosa-dosa mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
•          Malam Keempat: mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
•          Malam Keenam:  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma’mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang  yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
•          Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
•          Malam Kelapan:  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
•          Malam Kesembilan:  Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.
•          Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke tiga puluh….

Ibadat atau Adat?
Kebiasaan pada permulaan malam ramadhan, kebanyakan masjid atau surau dibanjiri dengan lautan manusia. Namun bila tiba dipenghujung ramai yang alpa dek kesibukan bersedia untuk berhari raya. Sepatutnya bila tiba dipengakhiran harus kita lebih berlumba-lumba membuat pahala bukan sahaja kerana madrasah ramadhan akan pergi meninggalkan kita bahkan malam yang lebih baik dari seribu bulan juga dijanjikan pada ketika itu.
Dalam hal tarawikh lebih-lebih lagi, kerana tarawikh tidak terdapat dalam bulan-bulan islam yang lain. Oleh itu, perlu kita muhasabah semula adakah kita menjadikan ibadah tarawikh kita sebagai adat kerana kebanyakan manusia melakukannya atau menganggap ia sebagai ibadat yang perlu kita sempurnakan hingga keakhirnya. . Oleh itu, seharusnya kita mengekalkan atau lebih baik kita meningkatkan momentum keimanan kita dengan menggandakan ibadah kita dari hari ke hari hingga ramadhan melabuhkan tirainya.



Mencari Semangat Ramadhan




Siyam ataupun puasa dalam bahasa Melayu bermaksud menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkannya dalam waktu yang ditetapkan. Dari segi makan minum, perbezaan bulan Ramadan dibandingkan selainnya ialah bulan Ramadan muslim dilarang makan dan minum serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Ertinya, syiar ataupun suasana Ramadan bukanlah suasana pesta makan, sebaliknya ia adalah suasana muslim tidak makan melainkan hanya pada waktu malam. Namun, keadaan yang sebaliknya kadang-kala berlaku dalam kehidupan kita dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Jika seseorang bukan muslim yang tidak tahu menahu tentang Ramadan, datang ke negara kita dan melihat kemeriahan makan dan minum yang wujud, lalu kita memberitahu dia bahawa ini bulan puasa bagi muslim, tentu sukar dia mempercayainya. Ertinya, dia akan gagal melihat suasana puasa yang sebenar.

Jangan Berlebihan


Kita seakan mengujudkan satu keadaan yang mengurangkan ataupun melonglaikan syiar ataupun semangat Ramadan (ruh Ramadan/the spirit of Ramadan) yang patut dibina. Orang berpuasa yang tidak makan dan minum, bukan kerana dia sakit sehingga tidak dapat makan dan minum, ataupun kerana ketiadaan makan. Sebaliknya, kerana dia mematuhi arahan Allah. Kita yang berpuasa ini sebenarnya dididik oleh syariat Islam untuk menahan diri melakukan sesuatu yang dilarang sekalipun kita berkemampuan melakukannya. Inilah antara tarbiyyah Ramadan kepada jiwa insani. Maka, semangat ini sepatutnya dibawa terus apabila kita berbuka. Kita makan dan minum dengar kadarnya. Tidak berlebihan. Bukan kerana kita tidak mampu terus makan, ataupun tidak mampu membeli, tetapi kerana mematuhi arahan Allah: (maksudnya)

“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan”. (Surah al-`Araf:31).

Moga semangat ataupun roh Ramadan ini dapat dibawa ke dalam amalan hidup kita. Kita cuba menahan diri dari melakukan larangan Tuhan, sekalipun kita mampu. Bukan kerana tidak berpeluang tetapi kerana roh yang dididik dan nafsu yang ditundukkan. Demikian juga agar kita tidak berlebihan ataupun melampaui batasan yang patut dalam sesuatu perkara. Tidak fanatik. Tidak berlebihan menghukum pihak yang berbeza. Tidak berlebihan dalam kemewahan. Tidak berlebihan dalam hiburan dan seterusnya.


 

Jangan Bid’ah


Demikian juga tidak berlebihan dalam ibadah sehingga terkeluar batasan yang patut, ataupun melakukan bid’ah dalam ibadah. Justeru, kita berpuasa dan berbuka. Sesiapa yang terus ingin berpuasa selepas masuk berbuka dia telah melakukan bid’ah. Dia tidak mendapat pahala sekalipun niatnya baik ingin mendapat pahala. Sebaliknya dia mendapat dosa kerana telah melanggar batasan yang ditetapkan, ataupun kaifiyat (cara) ibadah yang telah Allah tentukan. Dia menokok tambah apa yang tidak ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Seakan ajaran Allah dan RasulNYA itu tidak memadai. Ia seakan sikap tidak puas hati terhadap Islam yang asal.

Demikianlah sepatutnya roh ini dihayati dalam ibadah yang lain agar kekal cara yang asal yang ditunjukkan Nabi s.a.w. Sehingga baginda Nabi s.a.w mengingatkan kepada mereka yang ingin beribadah melebihi kadar yang baginda tunjukkan bahawa dia akan terkeluar dari menjadi pengikut baginda. Lihat reaksi Nabi s.a.w kepada mereka yang berkata:

 “Adapun aku, maka akan bersolat malam selama-lamanya.” Berkata yang lain: “Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka.” Berkata yang lain lagi: “Aku akan menghindari wanita dan tidak akan bernikah selama-lamanya.” Maka Rasulullah s.a.w datang kepada mereka dan bersabda: “Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu? Ketahuilah! Demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa kepadaNya dalam kalangan kamu. Namun, aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, serta aku menikahi wanita. Maka sesiapa yang berpaling dari sunnahku maka dia bukan dari kalanganku.”  (Riwayat al-Bukhari).

                                                                       Jaga Pahala


Demikian semangat Ramadan juga menuntut untuk kita berusaha menjaga pahala puasa kita agar tidak berkurangan. Demikian sepanjang hidup kita patut berusaha mengelakkan ucapan dan perbuatan yang mengurang pahala. Ini kerana ramai orang yang beramal tetapi kehilangan pahala kerana terbabit dengan dosa terhadap orang lain. Nabi s.a.w mengingatkan kita dalam hadis baginda:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Perasmian Ihya' Ramadhan

Bismillah.




[MAKLUMAN] 

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1433H 

Tarikh : 16/7/2012 (ISNIN) 
Masa : 2.30 Petang 
Tempat : Dewan Al-Farabi
*Semua guru pelatih muslim DIWAJIBKAN hadir. 
** Guru pelatih non-muslim turut dijemput hadir. 
Kerjasama Biro Kerohanian Moral dan Disiplin bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KDRI 2012/2013

Aper persiapan kiter untuk Ramadhan nie??????



Biler time raye kiter sibuk buat persiapan.. buat kuih smpai  x tido, sdgkan qiam kan lebih elok.. pasang langsir smpai lupa nak mengaji, shoping2.. asyik dengn baju baru.. sampai lupe diri.. adakah kiter lebih suke menyambut syawal berbanding ramadhan??? mereka yang cintakan akhirat akan  menangis kesedihan mengenangkan ramadhan yg bakal pergi, takut seandinya ini ramadhan yang terakhir..  Ya Allah, tempatkanlah ak dikalangan hamba2 Mu yg soleh... jgnlh Kau jadikan ini Ramadhan terakhir untukku.. 

Ayuh sahabat2... sambutlah Ramdhan ini dengan pertingkatkan amal kebajikan, beribadah kepada Allah... Mungkin ini Ramdhan terakhir untuk kita.. beribadahlah seolah2 kita melihat Allah dan seolah2 kita akan mati keesokan harinya.......

"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada bulan Rejab, saya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan ramadhanMu yang suci...kabulkanlah ya Allah..."

Ungkapan di atas merupakan untaian doa yang dilantunkan oleh para sahabat enam bulan sebelum orang-orang yang di cintai Allah tersebut bertemu dengan bulan Ramadhan. Boleh kita bayangkan betapa berharga dan istimewanya Ramadhan bagi mereka sehingga kedatangannya sangat dinanti-nanti dan dirindukan, hingga Rasulullah
menyatakan: "Sekiranya ummatku mengetahui akan kandungan yang dibawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar sepanjang tahun berisi hanya bulan Ramadhan".

Bagaimana dengan kita, apakah Ramadhan merupakan satu perkara yang istimewa
di hati kita ?

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ketika bulan saya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang,
Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan
suci Ramadhan.

Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan
amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat
gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan
sekali untuk memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang
berpuasa kerana bagi orang tersebut
akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa
mengurangi pahala orang tersebut.

Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang
berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya
sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.


Keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan
adalah:

i. Ramadhan merupakan bulan yang permulaannya penuh rahmat,
pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan
dari api neraka.

ii. Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang
melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan
Allah.

iii. Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

iv. Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan
nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan
ibadah wajib.

v. &nb! sp;Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang
dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam
tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.


Sebelum Ramadhan

Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan
diantaranya:

i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan.
Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum,
qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.

ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari
dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan
puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang
melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang
rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang
yang menjalankan
puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan sholat lima waktu
yang merupakan rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari
menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman
musik, asap rokok dan minuman beralkohol.

Untuk mengantisipasi semua itu maka jauh-jauh sebelum memasuki Ramadhan
setiap muslim harus segera bertaubat dan berhenti dari segala apa saja yang
dapat merosak nilai-nilai kesucian bulan tersebut.

iii. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan saya'ban
terutama sekali puasa. Ini sangat bermanfaat untuk pembukaan dan pengantar
sebelum memasuki arena yang lebih besar ( Ramadhan ). Bulan Ramadhan
merupakan bulan dibukanya seluruh kebaikan dan rahmat, hanya mereka yang
memiliki kesungguhan, daya tahan dan semangat tinggi yang mampu menuai
pahala sebanyak-banyaknya.
Berpuasa di bulan saya'ban ini dicontohkan oleh Rasulullah
Shallallaahu 'alaihi wasallam.

iv. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan
shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum
memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya,
pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan,
sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain
yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan
perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan
keluarganya ketika bulan Ramadhan.

v. Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan.
Diantara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an,
mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah
Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh
yang lain secara um! um.


Beberapa petunjuk berkenaan dengan puasa Ramadhan

i. Seseorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa,
meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar ( Shubuh ).

ii. Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba ( bulan Ramadhan ),
maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.

iii. Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengouati
luka atau menggunakan obat titisan mata/telinga ( eye / ear dtrops ).

iv. Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk menggosok gigi baik
diwaktu pagi mahupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah nabi.

v. Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga diperbolehkan
membasahi kepala dengan air dingin.

vi. Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan
menyembur mulut dengan sesuatu ( berupa udara/gas ) yang dapat melonggarkan
pernafasan.

vii. Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air
bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan
syarat tidak tertelan.

viii. Disunnahkan mengakhirkan sahur ( melambat-lambatkan ) hingga
menjelang fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam ( Maghrib ).
Diutamakan berbuka dengan kurma rutab ( hampir masak ), jika tidak ada
rutab dengan kurma masak, dan jika tidak ada boleh berbuka denga apa saja
yang halal atau cukup dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.

ix Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk
memperbanyak amalan sunnah, seperti sholat sunnah, membaca Al Qur'an,
berzikir dan bersedekah.

tak. Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan
kewajipan-kewajipan yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram.
Hendaklah ia menjaga sholat lima waktu dengan menjalankan tepat pada
waktunya dan dengan berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.

xi. Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela
yang dapat menghapus pahala puasa seperti: berdusta, berbuat curang,
menipu, riba, berbicara yang haram dan sebagainya.


Aktiviti di bulan Ramadhan

i. Berpuasa

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam telah bersabda, ertinya: " Setiap
amal baik manusia akan dibalas sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat."

Allah Ta'ala berfirman: "( Kecuali puasa ), amal ibadah ini khusus untuk-Ku
dan Akulah yang akan membalasnya. Kerana ia telah meninggalkan nafsu makan
dan minumnya kerana Aku."

Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka
dan kebahagiaan ketika menemui Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang
berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi."
hari Al Bukhari dan Muslim

ii. Qiyamullail

Ia merupakan tradisi Rasulullah Shallallaahu 'alaihi w sallam dan para
sahabat. Dalam sebuah riwayat, Nabi pernah bersabda: " Barangsiapa sholat
malam dibulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka
diampunilah dosanya yang telah lalu."
hari.Al Bukhari dan Muslim

Aisyah Radhiallaahu 'anha pernah menceritakan bahawa Rasulullah
Shallallaahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan sholat malam, dan
jika sakit atau keletihan beliau sholat dengan duduk.

Qiyamullail ( tarawih ) di bulan Ramadhan ini sebaiknya dilakukan dengan
berjemaah agar tercatat sebagai orang yang melakukan qiyamullail ( secara
sempurna ), sebagaimana disebutkan dalam hadith, ertinya: "Barangsiapa yang
mendirikan sholat malam bersama dengan imam sampai selesai maka dicatat
baginya sholat satu malam."
hari penulis As-Sunan

iii. Bersedekah

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam adalah orang yang sangat dermawan,
terutama sekali pada bulan Ramadhan. Beliau pernah bersabda: " Sebaik-baik
sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan."
hari At Tirmidzi

Bentuk sedekah dibulan suci ini ialah dengan memberi makan kepada saudara
kita sesama muslim terutama sekali kepada para fakir miskin dan lebih
khusus bagi mereka yang taat dalam beragama. Disebutkan bahawa Abdullah
Ibnu Umar Radhiallaahuma'anhu tidak berbuka kecuali bersama anak-anak yatim
dan fakir miskin.

Cara lain bersedekah di bulan Ramadhan ialah dengan memberi buka puasa
kepada orang-orang yang berpuasa secara umum, mengundang mereka berbuka
bersama dan lain sebagainya.


Bersungguh-sungguh dalam membaca Al Qur'an

Dalam hal ini ada dua point penting iaitu :

i. Memperbanyak bacaan Al-Qur'an.

Supaya lebih cepat atau lebih banyak dalam mengkhatamkannya, namun tetap
harus memperhatikan kaedah bacaan yang benar. Memperbanyak bacaan Al Qur'an
ketika bulan Ramadhan merupakan amalan Rasulullah, sahabat dan para Imam
kaum musl! imin.

ii. Menangis ketika membaca Al-Qur'an

Hal ini dapat tercapai dengan cara benar-benar meresapi, merenungkan dan
memahami makna dari ayat-ayat yang kita baca sehingga akhirnya tenggelam
dalam pengaruh keagungan Al-Qur'an yang menggetarkan hati. Nabi
Shallallaahu 'alaihi wasallam pernah memberi pandangan mengenai para ahli
shuffah ( kaum Muhajirin yang tinggal di Masjid
Nabawi ) yang menangis kerana mendengarkan Al-Qur'an surat An Najm 59-60,
beliau bersabda, ertinya: " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis
kerana takut kepada Allah."
hari Al Baihaqi


Duduk di masjid hingga terbit matahari

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda, ertinya: " Barangsiapa
sholat fajar dengan berjema'ah lalu duduk berzikir ( mengingat ) Allah
sampai terbit matahari, kemudian sholat dua raka'at baginya pahala seperti
haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna."
hari. At-Tirmidzi dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani


Pahala sebesar ini adalah pada hari-hari biasa, maka bagaimana halnya jika
itu dilakukan dalam bulan Ramadhan?

i. I'tikaf ( Berdiam di Masjid dalam rangka ibadah )

I'tikaf merupakan ibadah yang merangkum berbagai macam ketaatan seperti
membaca Al Qur'an, sholat, zikir, doa dansebagainya. Ibadah ini sangat
ditekankan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan untuk mendapat
lailatul qadar. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam
selalu melakukan i'tikaf pada setiap sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan,
dan pada tahun kewafatannya beliau beri'tikaf duapuluh hari.
Al Bukhari

ii. Umrah di bulan Ramadhan

Tentang umrah dibulan ini Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam pernah
bersabda, ertinya: " Umrah di bulan Ramadhan menyamai ( pahala ) haji. "
dalam riwayat lain, " menyamai ( pahala ) haji bersamaku."
hari Al Bukhari dan Muslim

iii. Berusaha meraih lailatul Qadar

Keutamaan malam ini sungguh amatlah besar, sebagaimana difirmankan oleh
Allah dalam surat Al Qadr, ertinya: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al
Qur'an pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan."
QS Al Qadr 1-3


Nabi juga berusaha untuk mendapatkan lailatul qadar dan memerintahkan para
shahabat dan keluarganya agar berusaha meraih malam itu.

i. Memperbanyak zikir, doa dan istighfar

Diantara waktu-waktu yang mustajab untuk dikabulkannya doa adalah:

Ketika berbuka.

Sepertiga malam terakhir, ketika Allah turun ke langit dunia dan berfirman,
ertinya: " Sesiapa yang memohon akan Aku beri dan siapa yang minta ampun
nescaya akan Aku ampuni."

ii. Beristighfar di waktu sahur.

Hari Jumaat terutama di akhir siangnya ( menjelang Asar ).

LTTK (BADAMD)



Majlis Sanah Helwah

Bismillahirrahmanirrahim. 

Pada 4 Julai 2012, Majlis Sanah Helwah telah berjaya dilaksanakan untuk meraikan sahabat-sahabat yang lahir pada bulan Januari - Jun. Semoga semakin bertambahnya usia, semakin bertambah juga kualiti ibadah dan amal kebajikan yang dilakukan. InsyaAllah :)

Majlis dimulakan dengan Qasidah.



Amanat yang disampaikan oleh YDP JPP, Ustaz Rushdan. Sangat berguna.



Sahabat-sahabat yang diraikan


Hidangan pada malam tersebut :')



Suasana pada malam itu cukup meriah walaupun disambut dengan sederhana



Semoga ukhuwah ini berpanjangan biar sampai Jannah, InsyaAllah. Terima kasih untuk jamuan yang sedap ^__^

Hukum Puasa, Solat & Doa pada Nisfu Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim.

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.



Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik  (yang menyekutukan Allah)  dan dosa orang yang bermusuhan."
[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]

Seterusnya,

وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar."
[Riwayat Ibnu Majah]



Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.


Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata :


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .
"Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan." [Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.]

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

"Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan." 

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :

"Ulama' di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

 Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan 'Alim."

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh. Oleh itu, digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Sumber : Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya'ban 1430, m/s 136.
- Artikel iluvislam.com