Khamis, 2009 November 05




RAPAT UKHUWWAH- BIRO USRAH ANJUR FUTSAL







Isnin, 2009 Ogos 17

Doa H1N1 yang Syirik..Hati2..

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian tentang doa yang mengandungi unsur-unsur syirik yang dikatakan sesuai dibaca waktu H1N1.

Saya menasihatkat kepada mereka yang telah terlanjur memforwardkan doa ini untuk menghantar posting ini kepada orang-orang yang telah diforward doa yang boleh membawa kepada syirik tersebut.

Doa tersebut ialah ini:

http://al-fikrah.net/web_data/uploads/doa-h1n1-syiah-ke.png

Doa tersebut selah-olah menyatakan bahawa kerana lima orang ini -Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, Fatimah Radiallhu 'anha, serta Hasan dan Husain- maka Allah memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.

Kenyataan ini adalah penipuan ke atas nama Allah. Jika benar Allah menghilangkan kesan penyakit berjangkit kerana lima insan mulia ini:

a) Sila datangkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang hal ini.

b) Pereka doa ini, serta penyebarnya telah menipu menggunakan nama Allah. Ini kerana tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang mana Allah menyatakan Ia akan mengurangkan penyakit berjangkit kerana lima insan ini.

c) Bercakap tentang Allah Tabaraka Wa Taala tanpa dalil adalah satu pembohongan dan pendustaan. Apakah tok shaikh yang mereka doa ini menyangka beliau adalah Rasul yang menerima wahyu, lalu Allah memberitahu beliau?

Nasihat saya: Sebarkan posting di atas demi memurnikan akidah umat Islam daripada dinodai kesesatan dan penyelewengan akidah. Sesungguhnya dosa apakah yang lebih besar daripada syirik dan bercakap tentang Allah tanpa bersandarkan dalil?

Bertaubatlah kita semua seandainya kita telah mem forward doa yang merosakkan akidah ini.

Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wassalam telah mengajar banyak doa untuk kita.

Antara doa yang sesuai dibaca ialah:

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

sumber: http://lobaitampin.blogspot.com/

Selasa, 2009 Ogos 11

KURSUS IMAM DAN BILAL

Yusof: " aku kagum la dengan Ust Musa...dapat jadi imam..kalu die imam solat jemaah kat balai kan, aku suka dengar cara dia baca surah dalam solat tu..menusuk kalbu"

Darwish: " memang la...name lagi ustaz...tapi x semestinya Ustaz je yang bleh jadi imam..orang biase pun boleh jadi imam, tapi kene menepati syaratnya lah..huhu"


Yusof: "habis tu ape syaratnye.. kalu menepati syarat, aku pun nak jadi Imam jugak..."


Darwish: " haaa..kalau enta nak jadi Imam,, sonang jo..jom la join program ni.."


Yusof: "program pe?"

Darwish: " ni, program kat bawah ni.."

p/s: perbualan diatas tiada kena mengena samada yang hidup atau yang sudah mati..




KURSUS IMAM DAN BILAL

Tarikh: 14 ogos 2009 bersamaan 23 Syaaban 1430H
Masa: 8.30 - 12.15 pagi
Tempat: Balai Islam Al-Muttaqin IPGM KDRI
Penceramah: 1) Ustaz Ahmad Tarmizi (UDM)
2) ustAzhar Abd Ghani

Anjuran: Lajnah Musolla dan Ibadah BADAM IPGM KDRI


Para pelajar , muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi menyertai kursus ini...jangan ketinggalan..belajarlah selagi masih ada masa..waAllahua'lam..




Pasca Mutthaq & pertandingan Nasyid..

alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurni-Nya Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MUTTHAQ) dan Pertandingan Nasyid berlansung jua di peringkat IPGM KDRI..
walaupun kebanyakan pelajar-pelajar institut ini sangat sibuk dengan urusan masing-masing dan H1N1 pula mula menular dikalangan kami, ia mendapat sambutan yang agak baik dikalangan para guru pelatih...

pada hari pertama iaitu 3 hb ogos 2009, pertandingan Nasyid (muslimat) telah diadakan dan telah mendapat sambutan yang hangat daripada guru-guru pelatih..termasuk guru pelatih Non-Muslim yang turut menyertai pertandingan ini..








pada hari keduanya telah berlangsung pula nasyid kategori muslimin



SMART CIRCLE TRAINING IN MEMORY..


penceramah dan ahli jawatankuasa


para peserta khusyuk mendengar ceramah

bismillahirahmanirrahim..
pada 30 & 31 julai 2009 baru2 ini, biro tamrin dan kegiatan luar telah melaksanakan satu program iaitu Smart Circle Training yang disasarkan kepada adik-adik comel kami, PPISMP sem 1 ambilan Julai 2009..alhamdulillah dan syukur kehadratIlahi kerana ianya dijalankan dengan jayanya...

Isnin, 2009 Ogos 03

MUTTHAQ DAN PERTANDINGAN NASYID

MUTTHAQ??

Kepada semua muslimin dan muslimat, anda semua dijemput hadir beramai-ramai ke MUTTHAQ dan PERTANDINGAN NASYID peringkat IPGM KDRI.
semua acara akan di jalankan seperti berikut:

3 OGOS 2009
: Nasyid (P) di Dewan Ungku Omar



4 OGOS 2009 : Nasyid (L) di Dewan Al-Farabi


5 OGOS 2009 : MUTTHAQ

1) TILAWAH AL-QURAN (L) & (P) di Bilik Kuliah Utama
2) HAFAZAN (L) & (P) di Dewan Ungku Omar
3) TAFSIR (L) & (P) di Dewan Al- Farabi

anda berbakat??
ingin mencuba bakat bertaranum?
penyertaan masih dibuka...dapatkan borang penyertaan di Balai Islam...
penyertaan tersebut mestilah diserahkan kepada Rosafandi atau Aliana di Balai Islam pada hari pertandingan,.....
moh le ramei2 ke sane...

 

blogger templates | Make Money Online