MESIR : Aku tidak sedih

“Syahid.. Syahid.. Syahid”. Perkataan mulia yang meniti sentiasa di bibir seorang ibu muda. Ibu kepada dua orang anak. Mesir bertumpah darah. Semarak syahid membara di dada ibu muda itu.
Suatu hari, usai menidurkan kedua anaknya, isteri solehah itu menemani suaminya ke Dataran Rabiatul Adawiyah.

“Bang!” Satu das tembakan mengenai kaki si suami. Lantas si isteri memapah suaminya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Di tingkat 4 hospital berkenaan, si isteri dikawal rapi oleh suaminya kerana dia tahu isterinya boleh sahaja melakukan apa pun perkara demi memburu syahid. Suatu ketika, ayah wanita tersebut pernah menasihatinya :
“Tidak perlulah kamu terlalu kehadapan di dataran. Cukuplah hanya sekadar di belakang, kerana mungkin syahid akan memburu mu. Sedangkan anak-anak mu masih memerlukan diri kamu.” Pesan si ayah.

Namun apa yang dibalas wanita berkenaan?
“Ayah, adakah disebabkan 2 orang anak saya itu, maka saya perlu mensia-siakan peluang syahid ini?” Sebak si wanita itu.Sungguh kecintaannya untuk menemui Tuhan dalam keadaan mulia jauh mendalam di dadanya. 

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya :
Maksudnya : “Tidak ada seorang pun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.”

“Worshhh!” Tiba-tiba bunyi deraian yang kuat di tingkat empat bangunan hospital tersebut. Sebuah peluru mencari kepala wanita yang teringin untuk menemui Tuhannya dalam keadaan mulia. Ya, wanita itu syahid akhirnya, doanya termakbul. Cita-citanya terlaksana. Syahid bukan untuk semua, ia khas untuk yang dipilih dan terpilih sahaja.



Justeru, perlukah aku sedih untuk melihatnya menemui kecintaannya dalam keadaan mulia? Sekali lagi ingin dilontarkan, perlukan aku untuk bersedih? Perlukah untuk menitiskan air mata melihat mereka memahami Islam sepenuhnya? Samada hidup dalam keadaan mulia atau mati dalam keadaan syahid yang menjadi pegangan mereka. Ya! Aku tidak sedih, malah aku bangga kerana mereka faham kenapa mereka dijadikan. Mereka sedar mereka adalah hamba.

Ya. Demi Allah aku tidak sedih melihat mereka. Malah kecemburuan atas keberanian dan kefahaman mereka mengatasi segalanya. Allah… hebatnya mereka.
Dimana kita hari ini? Sekadar solidariti membara di facebook, kerana itu yang menjadi tatapan kita sehari-hari?

::Syeikh Ahmad Yassin::
Seorang yang lumpuh dan hampir buta, namun cukup digeruni oleh lawannya. Zionis durjana. Malah masyarakat seantero dunia menggaguminya. Adakah kerana statusnya di facebook hebat atau “profil picture nya” yang menarik? Tidak, sekali kali tidak. Hebatnya kerana ketinggian ilmunya, hebatnya kerana istiqamah yang subur di dalam dirinya. Meskipun ditemani kerusi roda saban hari. Namun, beliau masih tetap digeruni. Tidakkan kita ini menjadi orang yang berfikir? Mengapa setakut itu musuh kepadanya, sehingga dua buah bom khusus untuk kesyahidannya?

Ya. Jawapannya kerana musuh takut kepada kefahamannya terhadap Islam. Musuh takut melihat dirinya mampu meniupkan roh kefahaman Islam kepada manusia. Musuh takut melihat ramainya manusia tersedar dari tidur bahawa selama ini mereka hanya bermimpi menjadi manusia yang bebas dari dunia.

Persoalannya. Adakah musuh sudah sangat menggeruni diri kita? Baik kerana ketinggian ilmu mahupun ketinggian akhlak juga istiqamah beribadah? Pelaksaanan kita sejauh mana dalam hal ehwal Islam? Kita lantang di facebook namun menikus di alam realiti. Jadi bagaimana? Adakah kita munafik? Nauzubillah (Moga kita tidak tergolong).
Jalan keluarnya ada, jangan terlalu kecewa :
1.      Dekati mereka yang taqarrub billah (dekat dengan Allah).
2.      Dekati rumah Allah.
3.      Tuntutlah ilmu semampu  kita.
4.      Bukalah ruang menerima hidayah Allah.

Jom! Dekati Balai Islam. Di sini pusat kita menerima dan memahami Islam. Bukan sekadar hidup dengan nama muslim, namun kita perlu menjalani kehidupan dengan cara muslim. Berbanggalah dengan cara hidup kita. Berhentilah ditipu oleh dunia. Berhentilah.
Mari kita suburkan kefahaman kita, agar musuh gerun melihat kebangkitan Islam. Ubat untuk semua ini hanya satu, iaitu memahami Islam secara keseluruhan.


PERCAYALAH. Aku tidak sedih melihat mereka, Namun, Aku sedih melihat KITA!
Sedarlah Ummat! Kita diakhir zaman. Jika kemalasan yang mahu dihadam ketika ini, maka terimalah derita kejahilan dalam mendepani dunia akhirat suatu hari nanti.

Sedarlah.. sedarlah.


# Semua ini kerana sayang.

..by : SF..