“Syahid.. Syahid..
Syahid”. Perkataan mulia yang meniti sentiasa di bibir seorang ibu muda. Ibu
kepada dua orang anak. Mesir bertumpah darah. Semarak syahid membara di dada
ibu muda itu.
Suatu hari, usai
menidurkan kedua anaknya, isteri solehah itu menemani suaminya ke Dataran
Rabiatul Adawiyah.
“Bang!” Satu das tembakan
mengenai kaki si suami. Lantas si isteri memapah suaminya ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Di tingkat 4 hospital berkenaan, si isteri dikawal rapi
oleh suaminya kerana dia tahu isterinya boleh sahaja melakukan apa pun perkara
demi memburu syahid. Suatu ketika, ayah wanita tersebut pernah menasihatinya :
Namun apa yang dibalas
wanita berkenaan?
“Ayah, adakah disebabkan 2
orang anak saya itu, maka saya perlu mensia-siakan peluang syahid ini?” Sebak
si wanita itu.Sungguh kecintaannya untuk
menemui Tuhan dalam keadaan mulia jauh mendalam di dadanya.
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya :
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya :
Maksudnya : “Tidak ada
seorang pun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun
seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid.
Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di
dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya
orang yang mati syahid.”
“Worshhh!” Tiba-tiba bunyi
deraian yang kuat di tingkat empat bangunan hospital tersebut. Sebuah peluru
mencari kepala wanita yang teringin untuk menemui Tuhannya dalam keadaan mulia.
Ya, wanita itu syahid akhirnya, doanya termakbul. Cita-citanya terlaksana.
Syahid bukan untuk semua, ia khas untuk yang dipilih dan terpilih sahaja.
Justeru, perlukah aku
sedih untuk melihatnya menemui kecintaannya dalam keadaan mulia? Sekali lagi
ingin dilontarkan, perlukan aku untuk bersedih? Perlukah untuk menitiskan air
mata melihat mereka memahami Islam sepenuhnya? Samada hidup dalam keadaan mulia
atau mati dalam keadaan syahid yang menjadi pegangan mereka. Ya! Aku tidak
sedih, malah aku bangga kerana mereka faham kenapa mereka dijadikan. Mereka
sedar mereka adalah hamba.
Ya. Demi Allah aku tidak
sedih melihat mereka. Malah kecemburuan atas keberanian dan kefahaman mereka
mengatasi segalanya. Allah… hebatnya mereka.
Dimana kita hari ini?
Sekadar solidariti membara di facebook, kerana itu yang menjadi tatapan kita
sehari-hari?
::Syeikh Ahmad Yassin::
Seorang yang lumpuh dan
hampir buta, namun cukup digeruni oleh lawannya. Zionis durjana. Malah
masyarakat seantero dunia menggaguminya. Adakah kerana statusnya di facebook hebat
atau “profil picture nya” yang menarik? Tidak, sekali kali tidak. Hebatnya
kerana ketinggian ilmunya, hebatnya kerana istiqamah yang subur di dalam
dirinya. Meskipun ditemani kerusi roda saban hari. Namun, beliau masih tetap
digeruni. Tidakkan kita ini menjadi orang yang berfikir? Mengapa setakut itu
musuh kepadanya, sehingga dua buah bom khusus untuk kesyahidannya?
Ya. Jawapannya kerana
musuh takut kepada kefahamannya terhadap Islam. Musuh takut melihat dirinya
mampu meniupkan roh kefahaman Islam kepada manusia. Musuh takut melihat
ramainya manusia tersedar dari tidur bahawa selama ini mereka hanya bermimpi
menjadi manusia yang bebas dari dunia.
Persoalannya. Adakah musuh
sudah sangat menggeruni diri kita? Baik kerana ketinggian ilmu mahupun
ketinggian akhlak juga istiqamah beribadah? Pelaksaanan kita sejauh mana dalam
hal ehwal Islam? Kita lantang di facebook namun menikus di alam realiti. Jadi
bagaimana? Adakah kita munafik? Nauzubillah (Moga kita tidak tergolong).
Jalan keluarnya ada,
jangan terlalu kecewa :
1. Dekati
mereka yang taqarrub billah (dekat dengan Allah).
2. Dekati
rumah Allah.
3. Tuntutlah
ilmu semampu kita.
4. Bukalah
ruang menerima hidayah Allah.
Jom! Dekati Balai Islam.
Di sini pusat kita menerima dan memahami Islam. Bukan sekadar hidup dengan nama
muslim, namun kita perlu menjalani kehidupan dengan cara muslim. Berbanggalah
dengan cara hidup kita. Berhentilah ditipu oleh dunia. Berhentilah.
Mari kita suburkan
kefahaman kita, agar musuh gerun melihat kebangkitan Islam. Ubat untuk semua
ini hanya satu, iaitu memahami Islam secara keseluruhan.
PERCAYALAH. Aku tidak sedih
melihat mereka, Namun, Aku sedih melihat KITA!
Sedarlah Ummat! Kita
diakhir zaman. Jika kemalasan yang mahu dihadam ketika ini, maka terimalah
derita kejahilan dalam mendepani dunia akhirat suatu hari nanti.
Sedarlah.. sedarlah.
# Semua ini kerana sayang.
..by : SF..
No comments:
Post a Comment