Bismillahirrahmanirrahim~
Binnabil huda; Unique ft Inteam
Alhamdulillah, semalam bersamaan 22 Februari 2011, Malam Manifestasi Cinta Rasul telah berjaya dijalankan anjuran Biro Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Lajnah Usrah & Tarbiyyah BADAM. Pelbagai persembahan telah diadakan pada malam itu antaranya persembahan nasyid oleh 3 kumpulan terkemuka, persembahan puisi oleh pelajar muslimat dan YDP sendiri, serta persembahan selawat di akhir program.
Semoga majlis seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang cinta Rasulullah itu sendiri. Bukan sekadar berhibur tapi semoga kita sendiri sentiasa mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar suka-suka, tapi intipati dan isi majlis itu sendiri membawa kita kembali menyemai cinta kepada pencinta kita sejak dari dahulu kala lagi. Dari saat kita masih belum dilahirkan di dunia ini, cinta Baginda telah pun tersemat rapi menjadi milik kita walau direntasi oleh zaman. Bukan sekadar menyatakan rasa cinta melalui lisan semata, tapi zahirkan dengan perbuatan dan ketaatan. Cintailah Baginda s.a.w, cintakan perjuangan Baginda s.a.w, dan segala-galanya tentang idola kita yang satu ini.
Aku pun rindu; YDP, Nor Hafizu Adha
Subhanallah
Jika inilah rindu
Maka tekakku terlalu haus
Untuk dibasahi dengan kenikmatan
Kerana terlalu rindu padanya
KekasihMu jua
Pada pipi yang bercabang merah
Di situ mengalir mutiara yang cair
Saat termanggu dan termenung
Ada masalah mengikat belikat
Rindunya aku pada nasihat
Dari insan semulia Muhammad
Rasanya ingin sahaja aku berlari
Mendapatkan susuknya yang kekar
Peluk dengan kejap
Dan bertanya
“Ya Rasulullah..
ajarkan daku ketabahan,
ajarkan daku kesabaran,
ajarkan daku kekuatan,
ajarkan daku kehidupan,
ajarkan daku perjuangan,
ajarkan daku cara mengubat kerinduan.”
Kalau boleh
Aku ingin menjadi si Samurah
Pohon yang taat pada perintahmu
Merengek merinduimu
Kalau boleh
Aku ingin menjadi Uwais al Qarni
Hidup untuk merinduimu
Setiap saat
Hamburan debu padang pasir
Tidak mungkin mengilangkan
Rintih dan kesayuan
Degup cintanya padamu
Maka citra mengenai ingatan
Pada kisah yang membuatkan pipiku basah
Suaraku bersedu sedan
Sabda mu:
Saudaraku ialah ialah mereka yang belum pernah melihatku
tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan
mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku
melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.
Dan
Dikau ditanya oleh sahabatmu lagi
Siapakah yang benar-benar beriman
Malaikat pun bukan
Sahabatpun bukan
Maka siapa yang benar-benar beriman?
Sabda mu:
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku
tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap dirimu bernada sayu.
Demi Allah
Hari ini daku menjawab
Aku pun rindu
Ya Rasulullah
Jangan tinggalkan kami di Mahsyar nanti
Pada saat harta bumi tidak berharga
Kauthar dan kemurahanmu
Menjadi peneduh
Buat kami sekalian ummatmu
Persiapan tempat |
YDP tersenyum gembira |
Kumpulan nasyid |
Para muslimin yang hadir semalam |
YDP berucap |
Kumpulan Nasyid Harmony |
Solo Harmony |
Sesi soal jawab bersama penonton yang hadir |
Pelajar yang membuat persembahan |
Pembacaan puisi oleh saudari adibah dan Farah Syahirah |
Kumpulan nasyid serba hitam |
Menyanyi dengan bersemangat sekali |
YDP membaca puisi dengan penuh penghayatan |
sekali lagi membuat persembahan |
p/s: sebarang penambahan gambar akan ditambah dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini. Semoga diberkati Allah. Insyaallah~
No comments:
Post a Comment