Jawatan: Anugerah atau amanah?

Bismillahirrahmanirrahim~


Ini adalah tinta sulung dari pihak admin sendiri. Menerima tanggungjawab ini bukanlah satu tanggungjawab yang mudah sebenarnya, tapi insyaallah, usaha ke arah pencapaian yang lebih baik akan cuba dilaksanakan meskipun diri sendiri masih dipimpin oleh cahaya kasih dari-Nya, masih lagi mengharapkan tunjuk ajar serta bimbingan dari sahabat handai, masih bertatih mencari redha Illahi, dan masih kekurangan sana sini.



Sedikit bicara sulung dan madah yang sebentar cuma ini, diharapkan dapat membuka mata hati yang mungkin selama ini ada yang tertutup dan membuka minda kita yang selama ini mungkin terjumud. Barangkali. Semuanya berlaku tanpa kita sedar.



Apakah perasaan anda andai anda menerima satu tanggungjawab? Berada dalam satu saf kepimpinan; anda bangga? anda teruja kerana dapat memenangi pilihan raya kampus (PRK), anda seronok senyum hingga ke telinga? anda bahagia kerana dapat menewaskan calon-calon yang lain? Sedikit, mesti ada.... kerana kita hanyalah manusia, hanyalah hamba Allah yang banyak kurang sana sini. Perasaan itu tetap ada.

[Apresiasi]

Cuma, tidak takutkah kita? Itu tandanya bermulalah satu tanggungjawab yang perlu kita galas, sejak itu banyak masalah yang perlu kita kendalikan, sejak dari kita memikul tugas itu, banyak perkara yang harus kita titik beratkan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kepimpinan merupakan satu amanah dari Allah, bahkan ini merupakan satu tanggungjawab yang maha berat kepada manusia. Yang paling utama; jangan pernah mengeluh untuk terus berjuang di jalan Allah dan pimpinlah orang-orang dibawahmu dengan agamamu. Jangan buat sesuka hati.


Jadilah orang yang bertakwa dalam kepimpinanmu, semoga Allah merahmati kepimpinan kalian.

“Allah menjadi pembela orang yang bertakwa” (al-jasiah: 19)


Usah berbangga dengan jawatan, yang penting laksanakanlah amanah itu dahulu. Jika jawatan dilihat sebagai satu amanah, insyaallah kita akan sentiasa berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan takut dan bimbang kepada Allah, tetapi jika jawatan dilihat sebagai satu anugerah, lambat laun kepimpinan akan pincang sendiri dengan kepentingan kendiri. 


Rasulullah s.a.w bersabda;

“Setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya”



Yang pasti; matlamat tidak menghalalkan cara. Bijaklah dalam menguruskan, jangan campurkan yang halal dan haram bersama, dibimbangi Allah murka. Pimpinlah sebaik-baik mungkin kumpulan sasaranmu dengan redha Allah bukan hiburan semata. Ingatlah setiap apa yang kita perbuat ini akan ditanya kembali oleh Allah di sana. Kehidupan di dunia ini tidaklah kekal seperti yang kita tahu, bahkan negeri Akhirat di sana jauh lebih kekal.


Umar Ibn Aziz sering berdoa; “ Ya Allah, jauhkanlah jawatan khalifah daripadaku seperti dijauhkan timur dari barat.”


p/s: berhati-hati dalam kepimpinan~ =) tanzim; coming soon...

10 comments:

FaDie said...

subhanallah.. entry yang bgus dari orang yg mantop..

satu teguran untuk diri sendiri.. amanah yang diberi bukan dicari..

Kata-kata dari ustaz ana, Ustaz Kamal..
- sesiapa yg ingin letak jawatan dari tugas dakwah.. sila bgi surat perletakan jawatan tersebut kepada Rasulullah kalau mampu.. kerana jawatan tersebut adalah untuk menyambung perjuangan Rasulullah.. kalau mampu bgi la surat tu..

Ibrah dri sini - cuba kita berikan yg terbaik semampu kita dalam melakukan amanah ini... jgn terus melenting dan mengatakan tidak pada amanah...

~nasihat untuk ana sendiri...

Saya said...

bersama menjadi pemimpin yang memperjuangkan Islam...
Jangan terlalu mengharapkan orang lain menjadi pemimpin, jangan terlalu merendahkan diri dengan alasan takut, xnak amik risiko, senang masuk neraka dll...
Jangan satu hari nanti kita menyesal kerana membiarkan orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin...

Walaubagaimanapun...renungkan pesanan dari ust Zulkhairi:
pemimpin itu sebelah kakinya di SYURGA, sebelah lagi kakinya di NERAKA. Di samping dirinya sendiri yang menentukan arah tuju kakinya, SAHABAT-SAHABAT di sekelilingnya juga bertanggungjawab menentukan gerak langkahnya.

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

to fadie;

sangat setuju dengan kata2 tersebut; sebagai khalifah tugas kita adalah amar makruf nahi mungkar.


jangan pernah putus asa dari jalan dakwah-Nya meskipun kita pernah lelah dan letih melalui jalan dakwah~

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

to saya:


semoga kita bijak memimpin & moga Allah redha~

Anonymous said...

satu enty yg ckup kuat memberi kesan pada hati...semoga dipermudahkan oleh Allah segala-galanya..insyaAllah

محمد حذوان بن حميدان said...

Subhanallah..post yg mmbwa isu pntg utk dbncgkn..soal kpmpinan msa kni mnjd 1jwtn yg sntiasa dikejr srta dprdagangkn,siapa yg brkuasa mka dialh yg dpt mnguasai dunia,falsafah srta pghayatn sbnr tntg kpimpinn xprnh diambl endah..kesedarn mmegang kmpinn ats tggjwb sbagai khalifah itulh yg spatutnya mnjd dasar..hkktnya KUASA adalh tggjwb&buknlh kmuliaan..(^_^)

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

to anonymous;

insyaallah~

to ustaz hazwan;

KUASA itu satu tanggungjawab yang maha berat, jika disalahgunakan, nantikan sahaja persoalan dari DIA di sana~

AMIERA said...

mohon share. :)

AMIERA said...

suatu yang mnarik.
mohon share :)

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

to amiera: boleh je. :)