MABIT 10 MAC 2013~

assalamualaikum dan salam sejahtera :)


ceramah yang bertajuk "Online di Langit Illahi" yang telah disampaikan oleh Ustaz Sood pada 10 mac 2013.



antara perkongsian yang telah disampaikan oleh ustaz Sood ialah :


Pembahagian musim cinta manusia :

  • antara umur 1-15 tahun  : cinta kepada ibu bapa, keluarga, belajar mengenal Allah dan Rasul.
  • umur 15-20 tahun : mula cinta pada seseorang/ cinta monyet/ cinta kepada ibu bapa pudar
  • umur 20-40 tahun : kemarut cinta (kahwin), isteri dan anak-anak, cinta kepada kereta, rumah, ibu bapa kadang-kadang semakin pudar.
  • umur 40-60 : cinta kepada harta diteruskan. Mempunyai angan-angan untuk berkahwin lagi. setengah yang lain lebih menumpu kepada cinta hakiki kerana menyedari diri tidak lama lagi akan menuju ke alam yang abadi.


Kisah sahabat mengenai cinta Allah dan Rasul, antaranya 
Kisah Anzalah
Anas bin Nadar
Khabab bin al-arat
Amar bin Jmuh (seorang yang tempang)

Untuk mengetahui tentang kisah sahabat Nabi Hanzalah boleh la klik ini



Mengenai Cinta :
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


Nabi s.a.w juga bersabda :
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

di sini ustaz Sood menyatakan tips CINTA menurut syariah :
  • Cinta kepada Allah
  • minta bantuan daripada Allah
  • Ikhlas dan jujur 
  • Restu Ibu bapa
  • sentiasa menjaga batas syariat.
Dan yang paling penting di sini ialah CINTA KEPADA ALLAH pada awalnya :))


mudah-mudahan kita berada dalam rahmah Allah s.w.t

*moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


syukran & terima kasih :)


3 comments:

Unknown said...

assalam..ilmu yg brmanfaat..mohon utk brkongsi ilmu2 ni ni blog sy..syukran ^^,

Unknown said...

assalam..ilmu yg bermanfaat..mohon dikongsi di blog sy..syukran..^^,

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

tafadal :)