'Kerana Mu, Aku dan Dia bertemu'. Apa yang tersirat di sebalik tajuk ini?



Panel Pertama oleh Ustaz Luqman Daud

Tafsiran pertama:
Kerana Rasulullah, aku dan Allah bertemu dalam erti kata melalui pengorbanan Rasulullah kita dpt mengenali Allah.

Tafsiran kedua:
Sepasang kekasih,lebih kepada hubungan antara manusia. :)

Tafsiran ketiga:
Pertemuan dengan haiwan kesayangan.

Panel memilih tafsiran pertama:
Rasulullah dan para sahabat telah berkorban spenuh harta dan jiwa mereka dalam menyampaikan Islam sehingga agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia hingga ke hari ini. Banyak sirah yang menceritakan tentang pengorbanan mereka.
 



Panel Kedua oleh Ustazah Nurul Atiliana

Menafsirkan tajuk dengan erti kata 'Bulatan gembira' atau Usrah kerana di dalam bulatan tersebut hati-hati yang ingin memahami Islam bertemu. Dalam bulatan gembira tersebut, hati-hati disatukan, ikatan ukhuwah terjalin, dan banyak ilmu yang dipelajari.

Kedua - kedua panel menyentuh mengenai usrah yang merupakan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semasa permulaan dakwah baginda, usrah merupakan wasilah untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Institusi usrah yang pertama adalah di rumah al-Arqam
 
Antara kepentingan usrah yang di kupas:

1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur islam.
2.Meningkatkan penghayatan 'amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam.
3.Menjalinkan dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekrja secara jemaah.

 


Usrah bosan? Tidak menarik? Apa puncanya?

- Ahli-ahli dlm usrah tersebut mempunyai peranan untuk menjdikan usrah tersebut mnarik.
- Ahli usrah boleh mencadangkan kepada naqib atau naqibah untuk melaksanakn aktiviti-aktiviti menarik seperti futsal, masak-masak dan sebagainya.


Kesimpulan:

Usrah merupakan wasilah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t ;)


4 comments:

انا الفقير said...

Tahniah atas penganjuran pelbagai aktiviti. Refleks balik menggunakan metodologi dakwah dlm setiap pelaksanaan sebelum,semasa n selepas program. Moga BADAMD terus mengembangkan sayap dakwah Islam. Pelbagaikan aktiviti yg mempunyai roh samada di dalam or luar kampus. Ramai insan yg dahagakan roh kerohanian di luar sana. Siiru 'ala barokatillah...

Mantan JPP 2012/2013

انا الفقير said...

Tahniah atas penganjuran pelbagai aktiviti. Refleks balik menggunakan metodologi dakwah dlm setiap pelaksanaan sebelum,semasa n selepas program. Moga BADAMD terus mengembangkan sayap dakwah Islam. Pelbagaikan aktiviti yg mempunyai roh samada di dalam or luar kampus. Ramai insan yg dahagakan roh kerohanian di luar sana. Siiru 'ala barokatillah...

Mantan JPP 2012/2013

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah atas penganjuran. terus suburkan dengan biah solehah

action speaks louder than words

walk the talk !

sollu 'alan Nabiy

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

insyaAllah :)