Dia Imamku~


Assalamualaikum :))

alhamdulillah Lajnah Usrah dan Tarbiyyah BADAMD telah berjaya mengadakan satu forum yang agak menarik. melihat dari tajuknya "DIA IMAMKU".

mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah konsep yang ingin dibawa oleh Lajnah ini. adakah mengenai cinta? ya, cinta itu merupakan fitrah manusia. Tetapi yang penting ialah bertanggungjawablah dengan cinta yakni  Pemimpin. 

ahli panel dan moderator bagi forum "dia Imamku"
definisi imam itu sendiri ialah pemimpin. pemimpin yang mempunyai ilmu amat penting untuk memimpin orang lain. boleh dibuat analogi seperti pemandu teksi, dimana pemandu teksi itu perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang jalan untuk menghantar penumpangnya ke tempat yang dituju dengan tepat dan betul. jika pemandu teksi itu tidak tahu selok belok jalan, pasti akan sesatlah mereka. 

begitulah juga dengan pemimpin. andai seseorang pemimpin itu tidak mempunyai ilmu atau kurang nya ilmu, bagaimanakah beliau boleh memimpin? nampak kan..

imam juga boleh didefinisikan dengan maksud lain iaitu suami. ramai wanita impikan suami yang baik. tipulah jika ada yang ingin bersuamikan seorang lelaki yang tidak berakhlak. jika ketua keluarga, mereka (wanita) inginkan yang baik-baik supaya keluarga aman dan bahagia, begitu juga dengan pemimpin yang mentadbir alam ini, pasti kita semua inginkan keamanan dan kebahagiaan bukan? jom renung-renungkan :)

dan banyak lagi perkongsian yang disampaikan oleh mereka-meraka ini..


 

"amanah itu satu taklifan bukan tasyrifan"

waallahua'lam
jzkk..



 

No comments: