Undilah Pemimpin Yang Berkarisma!



Menelusuri kembali tujuan diadakan pilihanraya kampus ialah bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan majlis jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP). JPP berfungsi sebagai mata ,telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian disini.Ini bermakna pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar ‘viable’ dan berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus.Berkarisma ialah kata kunci yang paling tepat kepada penulis jika ditanya kriteria yang diperlukan bagi seorang pemimpin pelajar. 



Karisma mempunyai konotasi yang cukup luas yakni merangkumi cara bekerja,pesonaliti,ekspresi idea,berakhlak dan tidak dilupakan interaksi sosial yang baik.Tambahan pula,Falsafah pendidikan negara dan mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia ini mengharapkan untuk menghasilkan pelajar yang versatile dan serba boleh.Pendidikan negara kita bersifat holistik bagi menghasilkan ‘insan kamil’ yang sempurna sifatnya.Agak malang,apabila pendidikan hanya dijadikan alat untuk menghasilkan pekerja mahir sahaja.Persepsi ini salah dan perlu diperbetulkan. 


Justeru,pilihanraya kampus merupakan ruang yang paling sesuai untuk mencapai tujuan tersebut.Golongan pemimpin muda ini diharapkan benar-benar ampuh setelah melalui pelbagai ranjau kepimpinan kampus untuk menerajui kepimpinan negara kelak.Pilihanraya kampus merupakan salah satu proses wajib yang perlu dilalui bagi seorang pemimpin pelajar.Bak kata pepatah,proses kepimpinan ibarat menghasilkan air suling dimana air tersebut perlu melalui pelbagai peringkat proses penapisan dan sulingan sebelum menjadi air tulen. 

 
Karisma menurut Tony Alessandra di dalam bukunya ‘Charisma:Seven Keys To Developing The Magnetism That Leads To Success’ menyatakan bahawa salah satu cirri utama karismatik ialah potensi menyampaikan visi dan idea secara berkesan.Memetik kata beliau “Charismatic people possess a similar,almost childlike faith in their vision and their ability to create change.People will follow leaders whose vision inspires them and makes their lives more meaningful”.Albert Einstein, Eleanor Roosevelt dan Bill Gates ialah antara beberapa orang tokoh pada hemat penulis yang karismatik kerana kekuatan idea dan visi mereka.

 

Tidak syak lagi,pilihanraya kampus sepatutnya menjadi medium yang sesuai untuk tujuan tersebut.Kempen yang begitu singkat dan tiada kebebasan pelajar untuk berkempen bagi menerangkan manifesto dan gagasan mereka sebenarnya, sedikit sebanyak menghakis cirri-ciri karismatik yang penulis nyatakan tadi.Pengundi hanya mampu menilai calon-calon yang bertanding melalui poster hitam putih dan sedikit manifesto berbentuk tulisan yang dilampirkan bersama.Ditakuti pemimpin yang dipilih nanti ialah ‘pemimpin kangkung’ yang hanya timbul dan menampakkan muka hanya semasa musim pilihanraya.Walhal sebelum ini mereka tidak dikenali langsung sebagai mereka yang aktif dan layak digelar sebagai pemimpin.



Pengukuhan kepmpinan mereka hendaklah seperi bunga ‘kiambang bertaut’ yang mempunyai akar yang kukuh dan sedia mantap walaupun selepas hujan.Untuk itu mereka ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai proses kepimpinan seperti yang diyatakan tadi? 

 

Tidak dinafikan politik luar kadangkala mempengaruhi bentuk dan corak undian.Kecenderungan pemimpin pelajar ini ke arah parti politik tertentu ialah suatu yang fitrah dan tidak dapat dielakkan kerana acapkali isu diluar secara kebetulan mempunyai nilai yang sama dengan aspirasi perjuangan pelajar. Sebenarnya,perkara ini tidak perlu dirunsingkan malah digalakkan sebagai adab perbezaan pandangan atau dalam erti kata lain sebagai ‘politics of difference’.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi ,suasana ini amat baik dan membuktikan mahasiswa kita tidak jumud dan idea mereka segar dan kreatif.

2 comments:

HALAQAH IPG said...

kepimpinan menerusi teladan..

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

to HALAQAH IPG:

insyaAllah.