Kem Kefahaman Islam: Mendidik Mahasiswa Mencintai Budaya Ilmu

Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Multimedia





Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, program Kem Kefahaman Islam anjuran Lajnah Tamrin Dan Kepimpinan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ana melihat program ini adalah satu proses pembentukan sahsiah diri mahasiswa perguruan IPG KDRI demi menghasilkan guru yang serba boleh dari segi akademik bahkan tidak melupakan agama sebagai cara hidup. 









Para peserta kelihatan teruja dengan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Sebenarnya kejayaan program ini bukan bergantung kepada sejauhmana hebatnya publisiti atau perlaksanaan program ini, tetapi ia dilihat hasilnya selepas ini sama ada peserta Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) istiqomah dalam mengejar ilmu agama disamping tidak melupakan ilmu duniawi. Ana mendoakan kalian semua dapat istiqamah dalam mewarisi legasi dakwah Rasulullah SAW. Akhir kalam, ana berharap para peserta mencintai budaya ilmu agar slogan yang senantiasa dilaung-laungkan oleh Ketua Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah lain iaitu 'Apa bila orang tanya di manakah tempat untuk mencari guru terbaik? Jawabnya di IPG KDRI!' dapat direalisasikan.

No comments: