Monolog : Kasih sayang Allah bersatu dalam takdir-Nya (Hikmah Musibah)

Bismillahirrahmanirrahim~

`
Ada hati-hati yang bersedih di sini? tenangkan... 
 
Saujana ; Padamu Selamanya


Mangsa bencana alam-sekolah kehidupan



Sebak

Engkau terduduk. Terkedu. Melihat runtuhan bangunan rumahmu. Hilangnya ahli keluargamu menambah syahdu. Satu persatu hilang. Tiada satu pun kini yang engkau punya. Tidak tegar lagi untuk meyakini seluruh hati. Allah! Engkau beriman kembali. 


Seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata;

‘Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya.’


Setiap yang pahit tetap terselit kebaikannya, itu pasti. Engkau harus meyakini. Engkau harus tahu satu hal. Kehidupan itu satu ujian, dan ujian adalah pendekatan Dia untuk mendidik kamu dan aku mengenal dunia. Apabila engkau sanggup hidup, maka engkau juga harus tahu bahawa engkau sanggup diuji!


Allah telah berkata;

‘Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya’ (al-Mulk 67:2)


Bencana ini engkau tidak pernah minta. Maka itu jadi musibah buat dirimu. Aku yang kejauhan hanya mampu memanjangkan doa buatmu sahabat di sana. Terselit hidayah keimanan di sudut hatimu. Allah sedang mengujimu dengan sesuatu yang tidak engkau gemari.


Kanan dan kiri kau menilai kembali.

Rumah teduhanmu runtuh dimamah bumi.

Tak siapa sudi mengasihi lagi saat keluargamu meninggalkan duniawi.

Lalu engkau bersendiri meniti hari.


‘Manusia yang paling kuat diuji adalah para Rasul kemudian yang mengikutinya, kemudian yang mengikutinya sesuai dengan tahap iman masing-masing’ (Riwayat Ahmad no.1481)


Kita tak mampu mengukur tahap keimanan kita tanpa diuji. Ujian tanda sayang. Ujian tanda mengingatkan. Ujian tanda cinta. Mengertilah.



Mangsa bencana hati-sekolah iman


Engkau merasakan sangat tersiksa dengan ujian hati. Bertimpa-timpa. Sedarlah hikmah termanis sedang menantimu di belakangmu. Masih berselindung.


Mungkin akan terserlah sebentar lagi atau lama lagi. Sabar. Kunci keimanan.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." (2:155-156)



Engkau sedang terlupa. Masih ramai insan yang ditimpa musibah menyayat hati. sedangkan engkau? Sedang meniti ujian terkecil antara ujian-ujian lain. Ujian tanda menyedarkan. Ujian tanda anjakan paradigma. Ujian itu terselit sejuta hikmah. Bangkitlah wahai insan yang bermuram durja kerana tak mampu menanggung beban ujian.

[Apresiasi] Pencarian, la tahzan!

Peluang untuk engkau (dan aku) untuk bermuhasabah. 

Bermuhasabah dengan musibah. 

Cuba mencari hikmah, kembali mencari cinta-Nya yang pernah tertinggal di belakang. 

Berdoalah sepertimana Rasulullah s.a.w:

‘Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.” (Riwayat Muslim no. 2165)

You lost good, you got BETTER


Kenyataan.

Engkau akan mendapat yang lebih baik dari apa yang pernah engkau punya. Kembali bermusabah. Menilai diri. Mengenal cinta hakiki. Mencari erti sabar. Engkau dan aku tahu, Dia tidak akan pernah meninggalkan kita walau apa pun jenis ujian yang menimpa.


Engkau putus kasih dengan manusia?

Engkau kehilangan orang tersayang?

Engkau kehilangan harta benda tersayang?

Engkau ditimpa bencana alam?

Engkau ditimpa bencana hati?

[Apresiasi] Engkau tak sendirian


Walau apa pun yang terjadi pada dirimu, Dia disebelahmu. Bersamamu. Di sisimu. Dia ingin kembali meluruskan jalanmu yang bengkok. Belajar dari musibah!


‘Orang mukmin tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali’ (Riwayat Muslim no. 2998)


Mukminkah kita? Taubat sebaik solusi. Dia sebaik-baik pendengar. Jangan lagi mengulangi kesilapan lalu.


Ingatlah kita ada Dia, kerana kasih sayang-Nya akan sentiasa bersatu dalam apa jua takdir yang telah Dia tetapkan buatmu dan buatku jua. =)

2 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

moga musiabah yg dilalui rkyt jepun mnjadi 1 titik muhasabah buat msyarakat kita akn waktu kmatian yg xkn diketahui wktunya..

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@محمد حذوان بن حميدان

kerana ajal menjemput tak kira masa