Bismillahirrahmanirrahim~
Tema pada bulan ini: Indahnya Hidup Bersyariat. Ya, memang indah jika hidup dalam peraturan Ilahi, sangat indah jika hidup kita teratur mengikut syariatnya. Peraturan bukan untuk menyekat tapi untuk menyelamat. Sebagai contoh, adakah lampu isyarat merah di jalan raya berfungsi untuk menghalang dan menyusahkan? Akal waras pasti menyatakan ianya untuk menyelamatkan dan membantu untuk menghalang kesesakan lalu lintas. Setiap sesuatu yang tercipta pasti ada munasabahnya.
Syariat Allah penuh hikmah cuma kadang-kadang kita tidak mengerti. Maka, pada bulan ini, tema yang difokuskan ialah Ikhtilat, aurat dan etika pemakaian. Tema setiap minggu adalah berbeza dan pada minggu ini temanya ialah Ikhtilat. InsyaAllah, sedikit peringatan bagi kita yang mungkin terlupa.
Oleh itu, antara objektifnya ialah:
-Melahirkan
guru pelatih yang berprofesionalisma.
-Menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan guru pelatih khususnya dari segi pergaulan
sosial dan etika pemakaian seorang guru.
-Menerapkan
elemen yang terdapat di dalam rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan dan
kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan guru pelatih.
Antara cadangan aktiviti-aktiviti yang bakal berlansung ialah:
-Memperkasakan
papan kenyataan di seluruh institut dengan menampal poster-poster dan artikel
berkaitan .
-Majlis
perasmian di Balai Islam al-Muttaqin (BIAM)
-Mewujudkan
page di facebook “Indahnya Hidup Bersyariat”
-Memasang
bunting di sekitar institut.
Semoga kita dapat sentiasa mempertingkatkan kesedaran tentang peraturan-peraturan Allah ini. Jangan hanya tahu mengikut perauturan sekolah/institut atau duniawi semata-mata sedangkan peraturan Allah terabai. Ingatlah, Allah itu sentiasa menilai setiap perbuatan yang kita lakukan. Setiap detik dan ketika.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment