Kisah Hebat di Pasaran : SSIP [Sebenarnya Saya Ini Pemimpin !]

              Kita semua adalah pemimpin bagi diri masing-masing. Tiada orang yang dapat memimpin diri kita melainkan kita sendiri. Sebagai contoh, pada suatu ketika kita berasa malas dan lemah semangat. Apa tindakan kita? Katakan kita berjumpa dengan pakar motivasi untuk meyelesaikan masalah kita itu. Pakar motivasi itu, walau yang terbaik di dunia sekalipun, mereka tetap tidak dapat menghapuskan dan melenyapkan sikap malas dan lemah semangat kita. Dalam contoh situasi yang digambarkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa, diri kita adalah pemimpin kepada kita sendiri. Pakar motivasi ataupun orang yang di sekeliling kita adalah sebagai pembantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Selebihnya adalah merupakan usaha kita sendiri, inshaa Allah dengan keizinan daripada Dia, Yang Maha Kuasa.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Ketua adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya”.
(Hadis Riwayat imam bukhori dan muslim)

Sudah terang lagi bersuluh apabila kenyataan bahawa kita semua adalah pemimpin setelah didatangkan dengan dalil al-sunnah.

                Dalam segenap aspek kehidupan, Rasulullah s.a.w adalah contoh ikutan yang terbaik. Baginda merupakan al-quran bergerak. Mulianya sikap Rasulullah s.a.w. Cantiknya peribadi baginda, akhlak baginda sangat memikat hati. Tidak dinafikan ramai yang terpikat dengannya, baik kawan mahupun lawan. Bagaimana agaknya baginda bergaul dengan sahabat? Bagaimana agaknya beliau melayan keluarga baginda. Bagaimana, dan bagaimana? Pelbagai persoalan yang meniti di benak kita tapi apa yang pasti adalah Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik manusia.

               Sungguh kita tidak sempat bersua dengan baginda, Rasulullah s.a.w.
Sedarlah, kitalah yang dirindui oleh baginda. Ambil sedikit masa, letakkan tangan di dada. Tarik nafas dalam-dalam dan sebut perlahan-lahan >>




          Apa yang kita dapat rasa? Nak tahu, cubalah alaminya sendiri. Berbaloi-baloi.
Sebagai umat Islam, kita mestilah menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.
Dalam soal kepimpinan, Islam menjelaskan bahawa ia bukanlah kemuliaan yang dikejar, tetapi ia merupakan amanah yang mesti ditunaikan.

          Berbalik kepada perbincangan utama, iaitu soal kepimpinan. Dalam kepimpinan, Islam menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kemuliaan yang dikejar, sebaliknya ia adalah amanah yang mesti dilaksanakan dan akan dipersoalkan di akhirat nanti.

          Kepimpinan bukanlah satu kedudukan yang perlu direbut, tetapi ia adalah amanah yang perlu dipikul oleh mereka yang layak dan mampu melaksanakannya dengan baik. Jika seseorang menguasai tampuk kepimpinan melalui jalan yang salah seperti berbohong dan melakukan rasuah, sedangkan sebenarnya dia tidak layak, sesungguhnya di akhir hidupnya, dia akan menyesal akibat perbuatan yang buruk itu.  
Sesungguhnya, pemilihan dalam membawa risalah-risalah yang agung bukanlah berdasarkan kepada impian dan cita-cita seseorang. Sebaliknya ia berdasarkan kepada kemampuan untuk memikulnya.

Betapa ramai dalam kehidupan ini, orang besar keinginan, tetapi tidak memiliki apa-apa kecuali keberanian untuk bercita-cita sahaja. Betapa ramai pula orang yang mantap dan berpotensi, tetapi tidak menonjolkan diri kerana lebih suka berdiam diri sehingga apabila diberi tugas, mereka dapat menghasilkan kerja yang sangat mengagumkan.

Tidak sesiapa yang mengetahui tahap keupayaan manusia kecuali Pencipta-Nya. Tuhan yang mahu memberi hidayah kepada seluruh alam, memilih satu jiwa yang agung untuk matlamat yang agung tersebut.

Sedarilah, kita adalah pemimpin. Sematkan dalam diri sendiri, dan bisikkan pada diri ‘Sebenarnya Saya ini Pemimpin!’


Salam demam Pilihanraya Kampus. Buatlah pilihan yang terbaik untuk ‘memangkah’ pada esok hari... :)