MALAM INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Assalamualaikum :)

sempena Bulan Indahnya hidup bersyariah, mari la sama-sama kita mentadabur kitab Syamail Muhammadiah dan  memperkasakan al-Mulk. 



mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kandungan kitab Syamail Muhammadiah?
kitab ini menceritakan tentang keperibadian Rasulullah s.a.w..

di mana hari ini kita umat Islam merasakan terlalu jauh dengan Rasulullah S.A.W. kerana tidak dapat membayangkan peribadi Baginda secara dekat. Tambahan pula kita tidak ada foto dan lukisan wajah dan susuk tubuh badan Baginda. Melalui hadis dalam kitab ini kita dapat mengenal Rasulullah S.A.W. dengan lebih terperinci lagi.
____________________________________________________________________________

"Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah S.A.W. ini ialah karya Imam Al-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia".
- Syeikh Al-Qari Dalam Jam'ul-Wasa'il

Allahuma solli ala muhammad..
...

Di sini, diselitkan sedikit perkongsian tentang membaca Al- Mulk
nak tahu lebih lanjut boleh klik ini. 

Surah ini menyelamatkan seseorang daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

Ulama' berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


JOM AMALKAN SUNNAH RASULULLAH tanda kita 
CINTA RASULULLAH

syukran dan terima kasih :)

MABIT 10 MAC 2013~

assalamualaikum dan salam sejahtera :)


ceramah yang bertajuk "Online di Langit Illahi" yang telah disampaikan oleh Ustaz Sood pada 10 mac 2013.



antara perkongsian yang telah disampaikan oleh ustaz Sood ialah :


Pembahagian musim cinta manusia :

  • antara umur 1-15 tahun  : cinta kepada ibu bapa, keluarga, belajar mengenal Allah dan Rasul.
  • umur 15-20 tahun : mula cinta pada seseorang/ cinta monyet/ cinta kepada ibu bapa pudar
  • umur 20-40 tahun : kemarut cinta (kahwin), isteri dan anak-anak, cinta kepada kereta, rumah, ibu bapa kadang-kadang semakin pudar.
  • umur 40-60 : cinta kepada harta diteruskan. Mempunyai angan-angan untuk berkahwin lagi. setengah yang lain lebih menumpu kepada cinta hakiki kerana menyedari diri tidak lama lagi akan menuju ke alam yang abadi.


Kisah sahabat mengenai cinta Allah dan Rasul, antaranya 
Kisah Anzalah
Anas bin Nadar
Khabab bin al-arat
Amar bin Jmuh (seorang yang tempang)

Untuk mengetahui tentang kisah sahabat Nabi Hanzalah boleh la klik ini



Mengenai Cinta :
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


Nabi s.a.w juga bersabda :
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

di sini ustaz Sood menyatakan tips CINTA menurut syariah :
  • Cinta kepada Allah
  • minta bantuan daripada Allah
  • Ikhlas dan jujur 
  • Restu Ibu bapa
  • sentiasa menjaga batas syariat.
Dan yang paling penting di sini ialah CINTA KEPADA ALLAH pada awalnya :))


mudah-mudahan kita berada dalam rahmah Allah s.w.t

*moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


syukran & terima kasih :)


Sedetik Bersama Nuqaba' dalam Bengkel Nuqaba'~

Assalamualaikum :)

Sepanjang 2 hari bengkel nuqaba' dijalankan adalah untuk memberi nilai kesedaran kepada para Nuqaba’ mengenai tanggungjawab dan amanah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail secara khususnya. 

Ini merupakan satu langkah permulaan bagi mewujudkan bi’ah solehah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail bagi menjadikan setiap warga IPG  menghayati Islam sebagai cara hidup yang sebenar. 

Kronologi "Bengkel Nuqaba'  2013"

HARI PERTAMA

Pendaftaran para Nuqaba' 

Warta Disiplin telah disampaikan oleh Ustaz Fathi Ramli serta pembahagian barang amanah.

Ucapan mas'ul Bengkel Nuqaba'

salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwwah dengan makan bersama-sama dalam talam. :)))


slot 1 : Pengenalan Usrah oleh Puan Maimunah Ropar


HARI KEDUA

Riadah : Futsal Mahabbah


Slot 2 : Ukhuwah dalam Usrah oleh Ustaz Sood


LDK : zero to hero.
di mana para nuqaba' diminta untuk mencari mad'u untuk memberi kefahaman tentang usrah dan sebagainya.
* ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang terlibat :) moga Allah merahmati kalian. 


Syukran kathir :)

MALAM BINA IMAN & TAQWA (MABIT) 2013

assalamualaikum :)

Pihak Badamd akan mengadakan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) pada hari Ahad 10 Mac 2013
di Balai Islam Al-Muttaqin.

ceramah yang bertajk "Online di Langit Illahi" yang akan disampaikan oleh Ustaz Sood.
persoalannya, apakah yang maksud yang bakal disampaikan? jom sama-sama memeriahkan majlis dan 
luangkan sedikit masa untuk mengetahui lebih lanjut.

moga beroleh manfaat dan barakah Allah s.w.t :)
 
Tentatif program adalah tertera di bawah :





syukran dan terima kasih :)

Bengkel Nuqaba'


Pada hari Khamis hingga Jumaat (7-8 March 2013) akan diadakan Bengkel Nuqaba'. Bengkel ini dianjurkan oleh Biro Kerohanian, Moral & Disiplin (BADAMD) IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Semua naqib dan naqibah diwajibkan untuk menyertai bengkel ini. Diharapkan semua peserta dapat mengikuti bengkel ini dengan penuh semangat dan azam dalam diri untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga objektif yang ingin dicapai melalui bengkel ini tercapai dengan jayanya. Amin
~ Usrah Tunjang Tarbiyyah ~