Ceramah Israk Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim~



Click for larger image

Ceramah Israk Mikraj;

TARIKH: 30 Jun 2011
TEMPAT: Balai Islam
WAKTU: 7.50-9.15 malam
PENCERAMAH: Ustaz Ismail bin Yusof

Anda dijemput hadir! =)

Ahlan Wasahlan kepada pelajar baru

Bismillahirrahmanirrahim~


Selamat datang diucapkan kepada adik-adik PPISMP yang baru sahaja menjejakkan kaki ke IPG kampus Dato' Razali Ismail. Semoga keazaman yang tinggi untuk belajar ditambah dengan niat yang suci semasa mempelajari ilmu-ilmu baru di sini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Adik-adik, utamakan Allah dalam segala-galanya. =)

Bicara Allah: Surah at-Takaatsur

Bismillahirrahmanirrahim~ 

(Percutian semakin melabuhkan tirai.)


Menghayati setiap kata-kata Allah benar-benar memberikan ketenangan, namun bukan semuanya bicara Allah itu dapat kita fahami secara jelas. Ayat-ayat Allah berupa peringatan jelas tanda Dia cinta kepada hamba-hambaNya. Maka, para pencari cinta Allah ini akan tetap berusaha untuk menggapai cinta-Nya walau dengan apa jua cara sekalipun. 


Jom kita hayati tafsir surah at-Takaatsur ayat 1-8.






Peringatan dari Allah yang begitu jelas, maka amat rugilah bagi mereka yang menolaknya.

(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


Waallahu'alam~

Pengurusan cuti

Bismillahirrahmanirrahim~
 
Cuti semester masih banyak berbaki. Bagaimana pengurusan cuti anda? Cuti semester bukan semata-mata kita bercuti, bukan semata bercuti belajar, bercuti emosi dan sebagainya, ianya juga dapat menggambarkan bagaimana seseorang itu menguruskan cutinya, adakah masa cutinya hanya sia-sia atau pun bermanfaat. Sesetengah dari kita mungkin akan memanfaatkan cuti ini dengan:







dan banyak lagi. =)



Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah s.a.w: 

"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."
(Riwayat Bukhari.)

2 nikmat yang sering kita gagal untuk manage. Nikmat sihat dan nikmat kelapangan waktu. Kita jarang sekali bersyukur di atas nikmat sihat yang kita perolehi, walhal sewktu sakit baru kita mensyukuri betapa indahnya hidup dalam kesihatan yang baik. Nikmat masa lapang pula jarang sekali kita uruskan dengan baik. Masa-masa lapang jarang kita gunakan untuk sesuatun yang bermanfaat.


Waktu cuti semester inilah, sesuai untuk kita:


@berbakti dan berkhidmat untuk keluarga

Kita boleh membantu ayah dan ibu kita di rumah. Jarang sekali kita berada di rumah (err, yang duduk jauh je) inilah masa yang sesuai untuk kita membantu ahli keluarga kita dan merapatkan hubungan sesama famili. Ziarahlah ahli keluarga yang mungkin lama kita tak tengok.



@mengasah bakat

Banyak sangat yang kita mampu buat untuk mengasah bakat ini, contohnya, bagi yang berminat dengan sesi fotografi, boleh mengasah bakat dengan menghadiri kelas fotografi, memahirkan lagi skill memasak, menghadiri kelas tarannum, qiraat, kuliah di masjid ataupun surau, kelas seni mempertahankan diri, bersukan dan sebagainya.



@menambahkan ilmu pengetahuan

Cuti bukan bermakna kita harus bercuti untuk mendapatkan ilmu. Ilmu haruslah dituntut sehingga ke akhir nyawa.Kita juga boleh membaca pelbagai buku-buku yang dapat menambahkan pengetahuan kita, ataupun melihat-lihat matapelajaran apa yang bakal kita belajar untuk sem depan. Membaca buku cerita juga dapat mengasah skill bahasa dan penulisan. Di samping dapat memberi info-info baru. =)



@meningkatkan keimanan dan kualiti ibadah

Jangan sampai kita bercuti iman. Iman harus sentiasa dibajai selalu dan diupgradekan. Jika sewaktu kuliah kita terlalu sibuk dengan tugasan harian, assignment, kuliah, masa cuti inilah sangat sesuai untuk kita beribadah di samping meningkatkan lagi kualiti iman kita. Antaranya, solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghafaz surah-surah, membaca al-Quran setiap hari, qiamullail. Subhanallah, inilah yang harus kita lakukan untuk memanfaatkan cuti kita. =)




banyak lagi sebenarnya...

Bak kata bijak pandai;
‘Belajar melalui pengalaman lebih mendalam dan berkesan daripada belajar melalui buku’


So, kawan-kawan, marilah kita mencipta pengalaman sewaktu cuti semester ini. selamat beramal~ =)

"Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu."
(Ditakhrij Al Hakim)

Owh lastly, diucapkan selamat pengantin baru kepada semua warga IPG KDRI yang baru bergelar suami/isteri.


Waallahu’alam.