Online Buletin: Maulidur Rasul vs Valentine (Rabiulawal-Rabiulakhir edisi 1 2011)

Bismillahirrahmanirrahim~



Alhamdulillah, buletin untuk bulan Rabiulawal-Rabiulakhir telah siap diedarkan, ya, mungkin ada yang masih belum dapat. Buletin edisi 1 2011 ini bertemakan Maulidur Rasul vs Valentine. Kepada masa yang belum dapat buletin ini, boleh segera berurusan dengan mana-mana ahli BADAM. Firstly, maaf atas kualiti gambarnya yang sudah anda dapat tu, mungkin ada yang blur and so on.



Front & back





Isu





Valentine’s Day. Itu yang selalunya orang gelar buat hari itu. Hal cinta paderi bernama Valentine yang menginspirasikan masyarakatnya akan cinta.Walaupun itu adalah sambut orang Kristian, tetapi nampaknya orang-orang Islam turut menyambutnya seakan-akan hari itu adalah hari mereka juga, dan seakan-akan Paderi Valentine itu adalah contoh mereka juga dalam bercinta. Maka hari ini, saya suka hendak ketengahkan satu susuk peribadi unggul, bersama cinta baginda buat kita. Sebagai motivasi bukan sahaja untuk menjadi seorang pencinta yang unggul, tetapi juga sebagai motivasi untuk kuat meneruskan kehidupan, dan motivasi untuk terus gigih mencapai kejayaan akhirat. Itulah dia cinta Rasulullah SAW.

Cinta Baginda yang ikhlas.

Pertamanya kita pulang melihat akan akar umbi cinta baginda. Ya, akar umbi. Apakah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW? Keimanan baginda kepada Allah SWT. Itulah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW. Allah SWT mendidik baginda untuk menjadi seorang yang ‘caring’ dan bertanggungjawab.


Daripada seorang manusia yang hanya beruzlah menyelamatkan diri sendiri daripada kerosakan masyarakat, selepas mendapat wahyu, baginda menjadi seorang yang terjun ke tengah masyarakat untuk menyelamatkan mereka. Apakah yang mengubah baginda? Keimanan baginda kepada Allah SWT.


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)” Surah Al-Muddaththir ayat 1 dan 2.


Jika bukan kerana baginda beriman kepada Allah SWT, maka baginda tidak akan berani bersusah payah menerima risiko diperangi. Baginda tidak akan mengambil risiko untuk dipulau dan dihalau. Tetapi keimanan baginda kepada Allah SWT, mengasuh cinta baginda menjadi kebal, menyebabkan baginda menerima semua risiko, untuk menyelamatkan ummatnya.


Baginda tidak mengharapkan yang lain, selain kebahagiaan ummatnya. Baginda tidak mengharapkan balasan harta, selain ketaatan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan puja-pujaan, selain ketundukan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan pangkat dan takhta, selain kepatuhan ummatnya kepada Allah SWT. Kerana ketaatan ummatnya kepada Allah SWT, menjamin keselamatan setiap diri ummatnya. Tidakkah kita melihat?


Cinta Baginda yang teramat utuh.

Lihat sebentar dalam satu peristiwa baginda yang menyayat hati kita. Ketika baginda berusaha berdakwah di satu tempat bernama Taif, baginda dibaling batu hingga cedera dan berdarah-darah. Apabila Allah menghantar malaikat untuk menawarkan diri menghapuskan kaum Taif itu, Rasulullah melarang.


“Harapnya nanti, muncul dari tulang belakang mereka, orang yang beriman kepada Allah.”


Hingga begitu sekali. Bahkan, tidak cukup dengan kata-kata itu, baginda berdoa pula mengadu kepada Allah SWT. Bukan mengadu akan sikap kaum Taif yang kurang ajar, tetapi mengadu akan kemungkinan bahawa kelemahan dirinya yang menyebabkan Kaum Taif tidak menerima hidayah Allah SWT.


“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”


Cinta baginda langsung tidak terpadam dengan hinaan, makian, cacian. Sedikit pun cinta baginda tidak bertukar menjadi benci hanya dengan seksaan. Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya cinta baginda, yang terbina atas keimanan kepada Allah SWT tadi. Memang bukan harta yang diminta baginda, memang bukan pujaan yang dicari, tetapi baginda hanya mahu ummatnya kembali kepada Ilahi, menjamin keselamatan mereka sendiri.


Cinta Baginda tiada tolok bandingnya

Semasa pembukaan Makkah, pada hari kemenangan Rasulullah SAW, kaum musyrikin Makkah ketakutan kerana risau. Risau Rasulullah SAW membalas dendam ke atas mereka, kerana mereka tahu apa yang mereka pernah lakukan terhadap Rasulullah adalah amat menyakitkan hati sesiapa yang melihatnya.

Tetapi apabila baginda ditanya akan nasib Musyrikin Makkah, apakah jawapan baginda? Baginda memulangkannya dengan soalan: “Apakah yang kamu sangka, aku akan lakukan?”Kaum Musyrikin Makkah menjawab: “Kau akan mengampunkan kami.”Rasulullah SAW tersenyum, dan menjawab: “Hari ini, aku maafkan kamu semua.” Dan membaca satu ayat daripada Surah Yusuf:


“Yusuf berkata: Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.” Surah Yusuf ayat 92.


Baginda bukanlah pendendam. Cinta baginda melangkaui segala kesukaran yang ditimpakan ke atas baginda. Sedikit pun cinta itu tidak tergoyah. Sedikit pun cinta itu tidak tergoyang. Asalkan ummat baginda kembali kepada Allah SWT, tidaklah baginda akan mengungkit dosa mereka yang lama.


Maka pada peristiwa Fathu Makkah itu juga kita dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW mengampunkan Hindun binti Utbah, isteri kepada Abu Sufyan yang memakan hati Hamzah RA, paman kecintaan Rasulullah SAW. Kita lihat juga bagaimana Rasulullah SAW mengampunkan Wahsyi yang membunuh Hamzah RA. Dan kita lihat juga bagaimana Rasulullah SAW menerima kembali Ikrimah bin Abu Jahal yang menentang kemasukan baginda pada peristiwa Fathu Makkah itu.Cinta siapakah lebih unggul daripada cinta baginda ini?Cinta siapa? 


Cinta baginda kepada kita

Dan ramai yang tidak tahu, betapa cintanya baginda kepada ummat selepasnya.
Satu hari, Rasulullah SAW bersabda: “Aku merindui ikhwanku.” Para sahabat yang mendengar menjawab: “Bukankah kami ini ikhwanmu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kalian adalah sahabatku. Ikhwanku adalah mereka yang hidup selepasku, tetapi mereka beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah bertemu denganku.” – Hadith Riwayat Bukhari.


Kita sorot kembali perjuangan baginda. Sekiranya baginda tidak bersusah payah dahulu, kita hari ini jadi apa? Dapatkah kita merasai nikmat iman dan nikmat Islam yang merupakan kunci kepada syurga? Sekiranya bukan darah baginda yang tumpah, sekiranya bukan peluh baginda yang terperah, adakah mungkin Islam akan tersebar hingga kita hari ini dapat merasainya? Rasulullah SAW nyata mengajar kita bagaimana menjadi pencinta yang sebenar bukan?


Pencinta yang sebenar adalah seperti Rasulullah SAW. Yang cintanya ikhlas. Tidak mengharapkan balasan. Yang diketahui hanyalah keselamatan orang yang dicintai. Maka apakah yang lebih selamat berbanding mendapat syurga Ilahi? Kita perhatikan semula.Baginda merindui kita. Islam itu, baginda harapkan agar sampai kepada kita.Tetapi apakah kita merindui baginda?Cinta baginda ini, ke mana kita lemparkan?Kita letak di dalam hati, atau kita buang entah ke mana-mana?


Penutup: Tetapi hari ini, baginda yang mencintai kita itulah yang kita tinggalkan
Hari ini, kita lebih ingat Paderi Valentine daripada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW yang mencintai kita, itulah yang kita tinggalkan. Sedangkan baginda mengajak kita ke syurga Allah SWT. Sedangkan baginda risaukan kita. Sedangkan kita ini, amat dekat di dalam hati baginda hingga baginda merindui kita.Tetapi kita?


Kita melupakan baginda. Kita ambil cara hidup lain. Kita ambil cinta lain selain yang diajarkan oleh baginda. Baginda bukan contoh kita. Kisah baginda tidak kita ketahui. Sirah baginda malas kita selak. Sunnah baginda kita campak ke tepi.Ummat jenis apakah kita ini?Tahun ini Allah menyusun Valentine’s Day berhampiran dengan Maulid Rasulullah SAW. Sambutan yang manakah lebih teruja untuk disambut oleh kita?


Inilah dia garisan. Sama ada kita ummat Rasulullah SAW, atau kita hakikatnya tunduk kepada cara hidup yang bukan Rasulullah SAW anjurkan.Cinta. Apakah cinta kalau melempar ke neraka.Dan lihatlah Rasulullah SAW. Ke manakah baginda membawa kita?Adakah sama tempatnya dengan ke mana cinta Valentine membawa kita?




English Corner




I sat in the car that night, after the blessed day of Eid, and watched you while my heart tore to shreds. You were so pretty, so confident, so relaxed as you strolled across the street while your "boyfriend" casually rested his arm on your shoulder. How I longed to get out of the car, take anything I could get my hands on, and cover you with it, that I might conceal some of what you deemed prudent to reveal and save you from being the object of lustful gazes.


Sure, your jeans fitted well, like a second skin, and your bare shoulders glistened beneath the street lights. No doubt, the effect you had aimed to achieve had been realized, but was Allah pleased with the effect you produced?


That "look" that you spend such a lot of time cultivating — tell me, what will be its end? All of us at last will enter a dark and lonely earth-filled grave, where your body that you spent so much time trying to perfect for the eyes of others will be food for the worms and ants. The music that blared from the speakers of the car that you had emerged from shook the very earth beneath me, but undoubtedly an earthquake from Allah would have shook the ground even more. Where would that have left us, my dearest sister? Are you ready to meet your Lord? And then the Adhan rang out. Not one of your friends switched off their thumping music. The call, sent to us by Allah since the time of His blessed Prophet, fell on deaf ears that were accustomed to the voice of Shaytan alone.


And I cried as I thought of our Prophet (peace and blessings of Allah upon him) wandering the streets of Ta'if, calling towards the Oneness of God, towards a path that you have been blessed with, without any effort on your part. I cried as I pictured the stones from street urchins hitting his blessed body. Could you imagine yourself to be one of those who cast stones at the beloved of Allah and said to him, "Your way is not for me. Go, for I am at peace with what I have found. My desires reign supreme." Could it be that you are thinking like them — those who drew blood from his blessed body and caused his shoes to stick to his feet because of the excessive blood flowing into them?


I had to stifle the urge to get out of the car, stand in the middle of the street, and shout at all of you to stop! For Allah's sake — stop! My dearest sister, I love you. More than anything, I desire success for you. And what is success? Is it attracting the glance of men who desire you for nothing more than your body? Is it going out and having a "good time"? I would never want to see you suffer. But time has taught me that the path you are on is a slippery one that leads to nothing more than misery.


Once upon a time, I too believed that there was nothing more to life than having "fun." I too reveled in male attention that gave me a sense of self-worth — until I found purpose. "What is purpose?" you ask. One word — Allah and following His way. That means leading a life filled with service to mankind and spreading goodness. No amount of male attention is going to fill that emptiness, the void left by not having Allah in your life.


I will pray for you and keep hoping that we will someday be friends in Paradise. Ameen. Until then, I'm ready to help you in any way. I am your sister in Islam.




Muhasabah


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.”

Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)




Motivasi


Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya. Biji benih pertama berkata: "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."


Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."


Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya. Kesian...



Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak. Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.


Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!




Cerpen



Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan."Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.


"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang canggih. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara.


Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka..."Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr. Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya; teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.



Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Lekir putih. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitik beratkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.



Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku? "Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.



"Oh, oh... maafkan kami pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Proton Lekir yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas.


Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."



"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti di Darul Taqwa ini." Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.



"Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan.



Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.



"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.



"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan akhirat..."Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.


"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di akhirat!" rayu lelaki itu.Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"



Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga."Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."



"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. "Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya."Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad ,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.


"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."


"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu." keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.


Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan."Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

"Ya! Apa peliknya?",


"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu.


Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang."Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!" Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.


"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. "Ya Allah, apa musibah yang menimpa saya Subuh tadi. Saya masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh," ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. "Awak tak cuba tampung dengan amal kebajikan yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.


Datuk Dr. Johar pasang telinga saja."Saya nak sedekahkan lima ribu ringgit.. malang nasib saya.. saya tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah saya," keluhnya."


"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita," keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.


"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.


Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran."Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan... berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.


"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"


"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini?" leternya perlahan-lahan."Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya.."


"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?" tanyanya."Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma."


Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan.



Dalam skrin timbul tajuk besar - KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. Oh...Oh... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi,"protes hati Datuk Dr. Johar.


Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..
 

Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya."Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.



"Eh.. ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema :

"Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta
stanza hati merindu Ilahi!"


Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..."Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."


"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"Darul Taqwa tak ada pencuri, Tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH." Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan bersert anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.


"Isy,meluatnya!"Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum."Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?" Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.


"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu."Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam?" keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

***


sumber


Insyaallah, walaupun ada yang tak dapat buletin ni lagi, anda juga boleh mengikuti buletin ini dalam versi online. Bersama-sama lah kita menambahkan ilmu di dada. =)


Waallahu'alam~

4 comments:

Anonymous said...

Salam da bace.~tahniah ye~
byk input, selama ni, mmg jarang bace pun yang lepas punye buletin~

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@Anonymous

syukran~ teruskan menambah ilmu ~ =)

api_islam said...

alhamdulillah...semoga penulisan yang dihasilkan dpt mengikat dan membuka hati-hati di bumi IPG kDRi cinta pada AGAMA....amiin

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@api_islam

berdakwah dgn mata pena~