Bismillahirrahmanirrahim~
Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t, akhirnya sambutan Maulidur Rasul yang berakhir pada 1 Mac ini telah berjalan dengan lancar. Seperti yang telah diuar-uarkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan Maulidur Rasul ini. Perarakan telah dijalankan pada 27 Februari lepas dan telah disertai oleh pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail sendiri dan juga murid-murid SK IPG Kampus Dato Razali Ismail.
| Pelajar SK IPG KDRI |
| Muslimin segak berbaju melayu |
| Photographer berbakat |
| Muslimat ayu berbaju kurung |
| Pasukan selawat |
| Pelajar SK IPG KDRI |
| Penceramah jemputan |
| Perarakan bermula |
| Sesi ceramah di Dewan al-Farabi |
| Pelajar SK IPG KDRI mendengar ceramah di Dewan Ungku Omar (DUO) |
| Ustaz Mat Nor segak bergaya |
| Tekun 'mendengar' |
| Pertandingan pameran |
| ABAS- Abu Bakar as-Siddiq terbaik |
| Blok Umar |
| Penyertaan dari Blok Siti Aminah |
Alhamdulillah,pertandingan pameran juga telah berjaya dipertandingkan pada pagi tadi, 1 Mac 2011. Terima kasih di atas penyertaan sahabat-sahabat semua dalam segala pertandingan yang berlansung sepanjang sambutan Maulidur Rasul. Sama ada yang telah terlibat secara lansung mahupun tidak lansung. Keputusan akan diumumkan pada Khamis ini di dataran.
Wallahualam~
No comments:
Post a Comment