Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Kazoku Umum Muslimat yang bertempat di DUO pada jam 9 malam tadi. Pada minggu ini, tema yang telah dipilih ialah Sakaratul Maut. Tema kali ini adalah bertujuan untuk mengajak para hadirin agar dapat bersedia menghadapi ajal yang datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jenazah sebentar |
Para hadirin yang datang |
Muhasabah |
Jenazah benaran yang dilakonkan |
Terima kasih kepada AJK |
Sesi majlis zikir |
Majlis diteruskan dengan lakonan dari pelajar muslimat; lakonan mengenai seorang manusia yang pengakhiran hidupnya suul khatimah. Hidup dengan penuh sosial dan menjadi anak derhaka telah mengheret satu pengakhiran buruk buat kehidupannya di sebelah sana. Berlatarkan suara dari video alam barzakh; satu perjalanan kehidupan baru bermula di sini. Babak seterusnya diteruskan dengan penghantaran jenazah ke alam kubur. (dari belakang dewan/DUO) Penggunaan jenazah yang dilakonkan oleh pelakon terhandal benar-benar membuat hati menjadi insaf, sedetik mengingati kematian.
Video yang berdurasi selama 10:50 minit ini tetap membuatkan hati bergetar di saat lantunan-lantunan suara seram yang menggigit perasaan. Perasaan takut dan insaf saling bergabung menjadi satu. Lakonan ini bukan untuk menakut-nakutkan para hadirin tetapi ianya cumalah secebis didikan hati buat semua yang hadir agar kita sentiasa menginsafi kesalahan diri. Aktiviti kali ini dijalankan dalam masa 45 minit sahaja; biarpun ringkas tetapi harapnya padat dan penuh didikan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin kerana masih sudi datang walaupun dihimpit dengan pelbagai komitmen dan tugasan. Semoga Allah meredhai kalian.
Ajal itu datang menjemput kita tak kira masa dan di mana~
Wallahu'alam~
1 comment:
Post a Comment