Bismillah. Alhamdulillah, semakin hampir :')
Tanam azam untuk jadikan Ramadhan tahun ini bermakna. Jadikan puasa yang biasa-biasa (hanya menahan lapar dan dahaga) kepada puasa yang luar biasa (berpuasa kerana kecintaan kepada-Nya) Tak dilupa, latih diri untuk menjadikan Ramadhan sebagai medan latihan untuk anjakan paradigma. Moga Allah redha.
Jadikan diri semakin akrab dengan al-Quran. Bersahabatlah dengan al-Quran. kawan mana lagi yang nak teman kamu dalam kubur, al-Quran bukan? kalau dulu, kamu sedar yang kamu dalam sehari tu lansung tak bukak al-Quran, sekarang, cubalah berjinak-jinak membaca al-Quran. kalau dulu kamu tak rajin berjemaah di masjid/surau/balai islam, rajin-rajinkan mengunjungi rumah Allah. kamu tak suka datang ke rumah Allah? Jadikan diri sebagai tetamu Allah :') bagi yang muslimin, latih diri untuk memimpin diri sendiri dahulu sebelum terfikir untuk memimpin pasangan kamu satu hari nanti. Jadilah pemuda bervisikan Akhirat. Ini penting kerana kalau kita punya visi Akhirat yang jelas, kita tak akan malas beribadah. Sangat suka untuk mengikut perintah Allah. Ya, itulah keindahan cinta yang sebenar.
Selamat melatih diri pada bulan Ramadhan ini ^^
1 comment:
InsyaAllah...
Post a Comment