Ibrah Seorang Pemimpin





Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah tidak lama, kira-kira dua setengah tahun sahaja. Namun begitu pemerintahan Khalifah Umar memberikan impak yang besar kepada rakyat dan negara. Malah kepimpinan yang ditunjukkan Umar menjadi contoh kepada pemimpin masa kini dalam kekehidupan bernegara.

Dia meninggalkan dunia ini dalam kemiskinan setelah memakmurkan dan meninggalkan rakyatnya dalam keadaan senang, sehingga dikatakan pada zaman pemerintahannya sukar dicari orang yang layak menerima zakat.

Pernah suatu ketika, salah seorang puteranya meminta untuk berkahwin kali kedua dan pembiayaan perkahwinan diambil dari khazanah kewangan negara. Dengan nada yang agak marah, beliau mengutus surat kepada puteranya itu,
" Demi Allah, aku telah membaca permintaanmu yang amat bodoh itu. hendaklah kamu tahu masih ramai lagi anak cucu sahabat muhajirin yang belum bersiteri kerana ketidakmampuan mereka. Kamu jual sahaja sebahagian tanah yang kumiliki, lalu wangtersebut kamu gunakan buat memenuhi keperluanmu itu. pantang bagiku mengambil harta Allah buat kepentingan peribadi mahupun keluarga!"

Khalifah Umar juga menentang sebarang bentuk pembaziran, bermula daripada kegiatan peribadi dan keluarga beliau yang berorientasikan anti pembaziran. Beliau pernah mengungkapkan kata - kata..

"aku lebih suka membiayakan wang untuk membantu fakir miskin yang sedang kelaparan daripada membiayainya untuk memperindah dinding - dinding dan perabot - perabot itu"

SubhanAllah.
Moga akan lahir pemimpin yang hebat seperti beliau ini.

No comments: