Soalan Kuiz Alam Maya sempena Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim~ *This is sticky post from 20 February till 27 February. For new post, please scroll down.


Salam kepada semua pembaca. Insyaallah, ini 10 soalan kuiz yang para peserta perlu menjawab. Untuk menjawab anda boleh menjawab di ruangan 'comment (s)' di bawah ini. Sila sertakan nama dan unit untuk memudahkan kami menjejak anda. Terbuka HANYA pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. =) Juga boleh dijawab di pautan facebook kami.


*Untuk soalan 1-4, it's MCQ -Multiple choice question. Diberi 4 pilihan jawapan. Untuk soalan 5 hingga 10 dijawab secara subjektif. Soalan 8-10 memerlukan jawapan berbentuk pandangan anda.






1- Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?
A. 10 Rejab Tahun Naga
B. 12 Rabiulakhir Tahun Gajah
C. 12 Rabiulawal Tahun Gajah




2- Siapa wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah SAW?
A. Nurul Halimah
B. Siti Aminah
C. Halimatus Saadiah






3- Dimanakah tempat kewafatan ibu baginda SAW?
A. Padang Midin
B. Mut'ah
C. Abwa'






4- Sila namakan nama bapa saudara Nabi SAW yang menjaga Nabi SAW?
A. Abu Tamim
B. Abu Bakar
C. Abu Talib
D. Abdul Muttalib






5- Namakan isteri Rasulullah SAW yang pernah jadi isteri kepada anak angkat.


6- Apakah 3 peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul Awal?




7- Apakah punca berlakunya peristiwa Baiah Ridhwan?




8- Isu penghinaan kepada Rasulullah SAW semakin menjadi-jadi. Apakah cara terbaik bagi mengatasi isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW? Jelaskan.




9- Dewasa ini, kita lihat gaya hidup kita mula berubah ke arah lebih moden. Perlukah kita mengikuti sunnah Nabi walaupun kita sudah menjalani era globalisasi?




10- Adakah kita layak menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah kepada kita walhal kita sendiri mempunyai Rasul Melayu? Sila nyatakan pandangan anda. 



Insyaallah soalan tak susah. selamat menjawab~ =) 


p/s: Jawapan menjadi kerahsiaan kami, kami hanya akan mengapprove jawapan anda setelah 27 hb. Kepada yang tak dapat jawab di sini, sila jawab di page facebook kami, jawapan anda akan kami semak dari semasa ke semasa. 

28 comments:

Anonymous said...

salam. nak tnye, soalan ni mmg kene jawab ari ni ke. valid tak kalau jawab esok2 je?

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@Anonymous

boleh, tempoh dari 20 feb-27 feb~

Anonymous said...

siti zahira bt mahat,pismp pai 3 sem 1..1.c,2.c,3.c,4.c,5.zainab bt jansyin,6.kelahiran Nabi Muhammad saw,peristiwa hijrah dan kewafatan Nabi Muhammad saw,7.golongan muslimin menerima berita Saidina Uthman ditawan dan dibunuh golongn musyrikin Mekah ketika beliau menjalankan tugas berunding bagi kemasukan kaum mslimin ke kota Mekah.8.Cara terbaik bagi saya ialah kita memboikot barangan dan produk mereka.Misalnya,mengenai kes karikatur Nabi Muhammad sAW,hal ini dpt dilihat melalui boikot secara meluas daripada kaum muslimin kita dapat menjatuhkan ekonomi musuh Islam malah memberikan impak buruk kepada mereka.9.Perlu kerana sunnah Nabi itu relevan sepanjang zaman,boleh digunakan untk zaman moden dan terbukti melalui fakta sains malah buktinya tubuh Rasululullah saw sendiri dan masyarakat zaman Nabi Muhammad saw sendiri sihat:)10.aik,Saya tak mengiktiraf pun adanye rasul Melayu,saya rasa masyarakat pun tak mengiktirafnya,harap2 mcm 2 la..Pandgn saya amat wajar,wjr sgt kita mengiktiraf Nabi sebagai qudwah hasanah sebab akhlak Nabi,akhlakul Quran,Nabi telah membuktikannya dengan teori dan praktikal melalui sunnah atau amlan dan menjalankan perintah al-Quran kedlm politik ,ekonomi,sosial mengikut cr hidup Islam.Jadi sebagai seorang muslim sejati kita kena mgmbil Nabi Muhammad saw sebagai qudwah hasanah:).

Anonymous said...

siti zahira mahat,ppismp pai3 sem 1..
1.c,2.c,3.c,4.c,5.Zainab bt Jahsyi,6.kelahiran Nabi Muhammad saw,peristiwa hijrah dan kewafatan Rasulullah,7.golongan muslimin menerima berita bhw saidina Uthman tlh ditawan & dibnh olh golongn musyrikin Mekah ketika beliau menjlnkn tugas utk berunding bg kemasukan kaum muslimin ke Kota Mekah,8.Cara terbaik ialah dgn memboikot produk keluaran musuh Islam.cthnya,melalui kes karikatur Nabi Muhammad saw,cara ini dilihat berkesan krn dpt memberi impak buruk kpd kedudukn kewangan atau ekonomi mereka,9.perlu,kerana sunnah Nabi relevan sepnjg zaman.Hal ini trbukti melalui fakta sains malah baginda dan masyarakat yang mengamalkan sunnah sihat wal afiat.10,Saya tak mengiktiraf pn Rasul Melayu,rasenya,masyarakat un tak mengiktiraf rasul Melayu.Ya,layak dan amat wajar kerana akhlak Rasulullah akhlakul quran,Rasulullah menjalankan teori dan praktikal al-quran kedalam politik,ekonomi dan sosial malah sunnah dan amalannya mencerminkan nilai Islam yang sebenar.Jadi,sebagai muslim sejati wajar bagi kita menjadikan Rasulullah saw sbg qudwah hasanah sebagaimana tertera dlm Surah al-Ahzab:21.. ;) ~tak tau dh approve ke tak,sori kalo byk sgt tgglkn comment kt ruangan nie..heheh..

Anonymous said...

nak jawab kat sini ke?

Anonymous said...

1.c
2.c
3.c
4.c
5.Zainab bt. Jansyin
6.i)kelahiran nabi Muhammad S.A.W.
ii)kewafatan baginda S.A.W. bersamaan 7 Jun 632 Masihi.
iii)tarikh ketibaan nabi S.A.W. tiba di kota Madinah yang dikenali sebagai Yathrib ketika itu dan pertama kali menunaikan solat Jumaat.
7.punca berlaku baiah Ridhwan ialah, ketika baginda S.A.W. bersama 1400 kaum muslimin ke kota Mekkah untuk menunaikan Haji, baginda didatangi wakil dari pihak musyrikin Mekkah untuk menanyakan tujuan kedatangan baginda S.A.W. Baginda S.A.W. menghantar wakil iaitu Uthman bin Affan untuk membuat rundingan. Uthman ditahan dan tersebar berita yang menyatakan beliau dibunuh. Berita tersebut telah menyebabkan kaum muslimin berikrar untuk menuntut atas kematian Uthman.Ikrar kaum muslimin ini telah dikenali sebagai Baiah Ridhwan.
8.Cara mengatasi isu penghinaan terhadap nabi S.A.W. ialah mengenakan hukuman yang amat berat terhadap mereka yang menjadi dalang terhadap perkara tersebut agar mereka tidak lagi berani melakukan penghinaan terhadap nabi S.A.W..selain itu, umat Islam sendiri perlu mengamalkan sunnah Nabi S.A.W. serta sentiasa menjadikan nabi sebagai ikutan mereka dalam setiap perkara agar mereka yang menghina nabi tidak berani untuk menghina nabi kerana mereka tahu umat Islam amat menyanjung Nabi S.A.W. dan sekiranya mereka tetap melakukan penghinaan, mereka menyedari bahawa diri mereka tidak akan lagi selamat kerana telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Agenda penerangan tentang Nabi Muhammad SAW mesti lebih diperhebatkan, dipelbagaikan supaya semua orang lebih mengenali Nabi Muhammad dengan tepat. tidak tertipu dengan sebaran maklumat yg tidak betul daripada musuh-musuh Islam.
9. ya, kita perlu sentiasa mengikuti sunnah nabi S.A.W. setiap masa dan zaman walaupun kita sekarang berada di era globalisasi.Sunnah Nabi S.A.W sangat sesuai menjadi ikutan sepanjang zaman yang mana jika sekirannya tidak lagi diamalkan, akan menimbulkan pelbagai masalah tidak kira samaada dari aspek ekonomi,politik,sahsiah dan sebagainya. Dalam hadis nabi S.A.W sendiri ada menyebut yang mana kita tidak akan sesat sekiranya kita berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
10.ya, nabi S.A.W. amat layak dijadikan sebagai Qudhwah Hasanah jauh lebih baik berbanding Rasul Melayu yang jauh menyeleweng dari agama islam yang sebenar. kita sendiri sudah sedia maklum bahawa nabi S.A.W. adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak akan ada lagi nabi dan rasul selepas baginda. akhlak nabi S.A.W. sendiri jauh lebih mulia berbanding rasul Melayu tersebut. Akidah kita juga boleh sesat sekiranya kita mengakui bahawa Rasul Melayu itu qudwah Hasanah kita dari mengakui nabi S.A.W. sebagai qudhwah hasanah. Apa yang lebih penting, pengakuan dia sebagai rasul Melayu itu adalah satu pendustaan dan perbuatan yang hina lagi sesat di sisi Islam. Perbandingan peribadi Nabi Muhammad dengan Rasul Melayu tidak patut dibuat. Tiada istilah rasul Melayu.

ASMA' (PPISMP MATEMATIK SEMSTER 2)
019-7067247

Anonymous said...

jawapan:
1)c
2)c
3)c
4)c
5)Zainab Bt Jashyin bekas isteri kepada Zaid Harithah
6)3 peristiwa yang berlaku pada 12 RabiulAwal ialah kelahiran rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W, ketibaan hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat ke Madinah dan kewafatan kekasih ALLAH Nabi Muhammad S.A.W.
7)Baiah Ridhwan berlaku ketika tersebarnya berita bahawa utusan Rasulullah S.A.W iaitu Saidina Uthman telah dibunuh oleh musyirikin Makkah sewaktu ingin membincangkan perjanjian Hudaibiah.
8)cara terbaik untuk mengatasi isu penghinaan terhadap Rasulullah ialah dengan menanamkan perasaan cinta kepada baginda. ini kerana tiadanya perasaan cinta terhadap baginda menjadikan manusia berani menghina baginda. selain itu, kita sebagai umat baginda hendaklah menunjukkan sikap yang mulia supaya makhluk- mahkluk yang menghina kekasih Allah itu sedar bahawa segala penghinaan yang mereka lontarkan kepada Baginda itu tidak benar. fikirkan betapa anehnya orang yang tidak pernah melihat, mengenali dan even berjumpa dengan baginda boleh menghina baginda?
9)Dalam khutbah terakhir Rasulullah telah bersabda bahawa "aku tinggalkan kamu dua perkara dan sekiranya kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat iaitu AlQuran dan Sunnahku" sabda ini menjelaskan kepada kita tidak kira walau era apa yng kita lalui lebih- lebih lagi era yang penuh dengan cabaran dan dugaan seperti era globalisasi ini sunnah nabi tidak sesekali boleh diabaikan. Al Quran adalah tunjang hidup kita dan sunnah yang ditinggalkan Rasulullah adalah pelengkp hidup manusia. sekiranya sunnah Rasulullah dilupakan semata-mata kerana dunia globalisasi adalah amat kesian kepada kita semua. kita harus ingat bahawa Allah menjadikan kita khalifah didunia untuk menjaga dunia daripada kerosakan sekiranya kita mengabaikan bukan sahaja dunia akan rosak tetapi termasuklah seluruh isinya. Allah tidak memerlukan kita tetapi sebagai hamba kita memerlukan pencipta kita untuk mendapat keredhaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
10)rasul melayu? Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman dan selepas baginda tidak ada lagi nabi yang yang diutuskan oleh Allah. Bagaimana pulak boleh muncul nabi melayu? Rasulullah S.A.W merupakan role model umat islam yang utama dan sepatutnya kita sebagai umat baginda menjadikan baginda contoh teladan kita sepanjang zaman. pada pandangan saya la kan hanya rasulullah saja yang layak dijadikan qudwah hasanah kerana baginda adalah semulia mulia manusia yang ada didunia ini.mausia macam kita semua sering kali melakukan kesilapan dan kadang kala kesilapan yang sama berulang kali,jadi kurang sesuai rasanya kita manusia biasa dijadikan qudwah hasanah, akan tetapi tidak dinafikan ada kalangan kita yang baik budi perkertinya yang dapat dijadikan contoh tetapi selayak layak manusia yang dapat dijadikan
teladan ialah Rasulullah S.A.W.kita semua layak untuk menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai qudwah hasanah kita.tetapi mampukah kita semua untuk mencontohi teladan Baginda pada zaman sekarang?
unit : tesl 1 sem 2 ppismp
nama: nur zatil hanan binti md salleh.

nurul said...

assalamualaikumm..sy NURUL IZZA BINTI MOHAMAD..dri UNIT PK SEM1..

1)C
2)C
3)C
4)C
5)zainab binti jahsy
6)a) peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..
b) peristiwa Hijrah, sampainya Baginda ke Kota Madinah atau dikenali Yathrib ketika itu..
c) peristiwa kewafatan Rasulullah..
7) Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam bersumpah setia (Baiah al- Ridwan )
8)Merujuk kepada isu penghinaan kepada nabi Muhammad yang berlaku, umat Islam perlu menjadi lebih praktikal di dalam menangani masalah ini. Sikap emosional hanya akan menyebabkan umat Islam dipandang lemah serta keanak-anakana paling menyedihkan umat Islam dilabel sebagai golongan yang membuta tuli, fanatik,dan hanya tahu menggunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan akidah mereka.oleh yang demikian, langkah yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan memberikan kefahaman sebenar tentang tugas serta fungsi pengutusan Baginda S.A.W kepada manusia. orang yang menghina dan menentang baginda s.a.w sebenar golongan yang berada dalam kejahilan.oleh itu, cara terbaik ialah kejahilan mereka ini perlu diubati dengan diskusi ilmiah kerana hanya ilmu yang mampu mengubat jiwa yang jahil.Benar kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Cinta mereka terhadap Baginda S.A.W sebenar terhalang oleh kejahilan atau salah faham mereka.
9)ya.. kita perlu mengikut sunnah nabi walaupun semoden mana dunia yang kita nikmati sekarang...hal ini kerana..kemodenan dalam era globalisasi hanyalah mainan dan syurga dunia semata-mata..umat Islam akan selamat dunia akhirat sekiranya kita mengikut dua panduan utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W..selain itu, tanpa ajaran dan sunnah Rasulullah, mana mungkin akan ada apa yang kita capai sekarang...
10)ya..kita layak menjadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah yakni contoh teladan yang terbaik kerana ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan serta kepimpinan Baginda. Kesemua sifat dan sikap Rasulullah S.A.W adalah kesan daripada didikan Al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh Baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah Al-Quran. Setiap nilai Al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah S.A.W sehingga baginda dianggap sebagai Al-Quran hidup.berlainan dengan istilah Rasul Melayu yang baru wujud dek kerana kehilangan rasa percaya dan yakin tentang kewujudan serta sifat-sifat terpuji Baginda Nabi Muhammad S.A.W..

Anonymous said...

assalamualaikumm..sy NURUL IZZA BINTI MOHAMAD..dri UNIT PK SEM1..

1)C
2)C
3)C
4)C
5)zainab binti jahsy
6)a) peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..
b) peristiwa Hijrah, sampainya Baginda ke Kota Madinah atau dikenali Yathrib ketika itu..
c) peristiwa kewafatan Rasulullah..
7) Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam bersumpah setia (Baiah al- Ridwan )
8)Merujuk kepada isu penghinaan kepada nabi Muhammad yang berlaku, umat Islam perlu menjadi lebih praktikal di dalam menangani masalah ini. Sikap emosional hanya akan menyebabkan umat Islam dipandang lemah serta keanak-anakana paling menyedihkan umat Islam dilabel sebagai golongan yang membuta tuli, fanatik,dan hanya tahu menggunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan akidah mereka.oleh yang demikian, langkah yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan memberikan kefahaman sebenar tentang tugas serta fungsi pengutusan Baginda S.A.W kepada manusia. orang yang menghina dan menentang baginda s.a.w sebenar golongan yang berada dalam kejahilan.oleh itu, cara terbaik ialah kejahilan mereka ini perlu diubati dengan diskusi ilmiah kerana hanya ilmu yang mampu mengubat jiwa yang jahil.Benar kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Cinta mereka terhadap Baginda S.A.W sebenar terhalang oleh kejahilan atau salah faham mereka.
9)ya.. kita perlu mengikut sunnah nabi walaupun semoden mana dunia yang kita nikmati sekarang...hal ini kerana..kemodenan dalam era globalisasi hanyalah mainan dan syurga dunia semata-mata..umat Islam akan selamat dunia akhirat sekiranya kita mengikut dua panduan utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W..selain itu, tanpa ajaran dan sunnah Rasulullah, mana mungkin akan ada apa yang kita capai sekarang...
10)ya..kita layak menjadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah yakni contoh teladan yang terbaik kerana ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan serta kepimpinan Baginda. Kesemua sifat dan sikap Rasulullah S.A.W adalah kesan daripada didikan Al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh Baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah Al-Quran. Setiap nilai Al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah S.A.W sehingga baginda dianggap sebagai Al-Quran hidup.berlainan dengan istilah Rasul Melayu yang baru wujud dek kerana kehilangan rasa percaya dan yakin tentang kewujudan serta sifat-sifat terpuji Baginda Nabi Muhammad S.A.W..

: husna : said...

NOR KHAIYISAH HUSNA BINTI AMRAN
PISMP TESL 4, SEM 1

permintaan khas: jangan diapprove komen ini boleh tak. saudara/i boleh view dibahagian komen itu sendiri. terima kasih semua :)


1. C
2. C
3. C
4. C
5. Zainab bt. Jansyin

6.
-kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.(12 rabiu'awal)
-pelantikan Nabi menjadi Rasul semasa baginda berusia 40tahun
-wafatnya junjungan besar kita (12 rabiu'awal)
- hijrah org Islam Mekah ke Madinah

7.trdapatnya berita angin tentang kematian Usthman Bin Affan.

8.mengecam sehebat- hebatnya penghinaan yang dilemparkan disamping memberi penjelasan tentang riwayat hidup Rasullulah agar masyarakat lebih memahami dan menghayati serta menghormati peribadai Rasullulah SAW. selain daripada itu, kita juga boleh memboikot negara- negara yang menyokong penghinaan ini dengan alasan hak kebebasan bersuara sesuai dengan pendirian Dr. Mohammad Syed Tantawi. hal yang berkaitan dengan penghinaan Rasullulah SAW tidak boleh dipandang remeh kerana hal ini telah berlaku sejak zaman dulu lagi.oleh itu, wajarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat agar mereka insaf dan menghormati baginda.


9. perlu, kerana mengikuti sunnah adalah sesuai tidak mengira zaman. sebagaimana yg kita tahu, Islam itu sesuai sehingga ke hari kiamat. namun pemikiran kita yang dicemari oleh dakyah barat telah menyebabkan ramai diantara orang Islam merasakan sunnah Nabi tidak sesuai lagi diguna pakai dalam zaman moden ini.

10.haha. rasul Melayu? apakah kita mahu mengikuti sesorang yang tidak waras menjadi qudwah hasanah buat kita. melihat kepada peribadi dan percakapannya yang terpesong jauh dari agama Islam, apakah wajar dia digelar rasul? sesungguhnya Nabi Muhammad Saw merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir, tiada lagi Nabi dan Rasul sesudahnya melainkan dusta dan penipuan semata- mata. baginda merupakan contoh terbaik utk kita ikuti sepanjang zaman. peribadi dan akhlak baginda amat terserlah baik kepada umatnya, musuh dan orang bukan Islam sendiri. ya, Muhammad Rasullulah merupakan Qudwah hasanah, idola terunggul buat kita :) "ummati, ummati, ummati"- sehingga ke akhir hayat baginda, kita sentiasa dihati baginda. I love Rasullullah.

Anonymous said...

Jawapan:
1.C-12 rabiulawal tahun gajah
2.C-Halimatus Saadiah
3.C-Abwa'
4.C-Abu Talib
5.- Zainab binti Jahsy radiallahu anha.
6.-kelahiran Rasulullah SAW, hijrah umat Islam ke Madinah dan kewafatan Rasulullah SAW.
7.-Nabi SAW dan 1400 umat Islam ingin mengerjakan umrah tetapi disekat kaum Quraisy.Baginda SAW mengutus Uthman b. Affan untuk berunding dengan mereka tetapi mendapat khabar mengatakan Sayyidina Uthman dibunuh oleh kaum musyrikin.Oleh itu jadilah baiah ridhwan.
8.-Imam Asy-Syaukani menyatakan pendapat Imam Malik bahawa kafir zimmi sama seperti Yahudi dan Nasrani dalam masalah menghina RasulullahSAW. Mereka dikenakan hukuman mati kecuali apabila mereka bertaubat dan masuk Islam.Imam Asy-Syaukani menyatakan pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal.Sebagaimana diungkapkan oleh Syeikh Hassan Nasruallah, ulama Lubnan "sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Kho,eini berkenaan isu Salman Rushdie (hukuman bunhu) sudah tentu tiada yang berani lagi menghina Rasulullah kerana protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk menghina Rasulullah SAW. Oleh itu, rakyat perlu menyokong pemimpin yang sanggup melaksanakan hukum Allah SWT.
9.- Sunnah Nabi Muhammad SAW perlu di ikuti. Sabda Rasulullah SAW, barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.'" (Bukhari dan Muslim). Semestinya umat Islam tetap perlu mengamalkan sunnah Rasulullah SAW serta menghidupkan dan memperkembangkan lagi sunnah Rasulullah SAW tambahan lagi pada era globalisasi ini.
10.- Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik ikutan.Perlu bagi umat menjadikan baginda sebagai qudwah hasanah dan mengikut sunnah baginda SAW.Layak atau tidak bukan menjadi persoalan tetapi bagaimana kita berusaha menjadikan baginda sebagai qudwah hasanah.
ASMA’ BT ZAINUL MUKHTAR
PISMP PAI3 SEM 1

Anonymous said...

1)C 2)C 3)C 4)C
5) Zainab bt. Jahsyin
6) 3 peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiulawal:
a)api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi telah terpadam dengan sendirinya, setelah seribu tahun tidak terpadam.
b)ibu Rasulullah SAW, Aminah, menyaksikan nur cahaya yang keluar dari tubuh badan Rasulullah. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke istana Busra di Syria.
c) gegaran berlaku di istana Kisra, menyebabkan retak dan runtuh.
7) Punca berlakunya Baiah Ridhwan adalah disebabkan oleh kematian Saidina Uthman yang telah dibunuh oleh orang-ornag Quraisy. Rasulullah SAW memanggil semua pengikutnya mengadakan Baiah Ar-Ridhwan di bawah pohon kayu yang bernama Samrah.
8) Langkah terbaik untuk menangani isu penghinaan Rasulullah SAW adalah dengan memberi kefahaman sebenar tentang tugas serta fungsi perutusan baginda kepada manusia. Saya percaya bahawa orang-orang yang menghina dan menentang Rasulullah SAW ini sebenarnya golongan yang sakit jiwanya kerana kejahilan. Oleh itu, kejahilan mereka perlu diubati dengan diskusi ilmiahkerana hanya ilmu yang mampu mengubat jiwa yang jahil dan sakit.Cinta mereka terhadap Rasulullah terhalang oleh karat kejahilan dan salah faham mereka. Untuk itu, pihak berwajib seperti JAKIM atau mana-mana pihak lain yg terlibatperlu menghantar 'penghina' ini ke klinik ilmu. Sejarah jelas membuktikan bagaimana para pembesar Quraisy yang dahulunya menentang Rasulullah SAW, telah menjadi pencinta baginda setelah benar-benar mengenali baginda SAW. Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya orang yang membencikan engkau (wahai Muhammad SAW) terputus dari mendapat rahmat dan sebarang perkara yang diingininya.(AL-KAUTHAR 108:3)
9) Sunnah Rasulullah SAW sangatlah perlu diikuti tidak kira kita berada pada era globalisai sekalipun. Seperti yang kita ketahui, pada zaman ini tiada lagi Rasulullah yang dapat membimbing manusia ke jalan yang benar. Jika kita tidak mahu mengikut sunnah baginda, maka cara hidup yang bagaimana yang perlu kita ikut? Oleh sebab itu, Rasulullah telah meninggalkan sunnah-sunnahya kepada umatnya(umat Islam) sebagai panduan serta piawai hidup yang mesti dicontohi. Semua sunnah baginda SAW amat sesuai diamalkan oleh manusia terutama pada zaman sekarang, ia langsung tidak membebankan kita, malah dapat membentuk diri kita menjadi insan yang mulia di sisi Islam. Anas R.A meriwayatkan: Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku, dia akan memasuki syurga bersama-samaku.
10) Pada pendapat saya, semestinya kita layak menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah. Seperti yang sedia maklum, tiada peribadi yang lebih indah melainkan Rasulullah SAW.Jika ingin dibandingkan dengan pemimpin kita pada hari ini jauh sekali perbezaannya. Tidak dinafikan, sememangnya mereka ini tegas dalam mentadbir negara, tetapi apa yang saya lihat sekarang,pemimpin kita pada hari ini lebih mementingkan pembangunan, ekonomi, pangkat dan hal-hal keduniaan yang lain, sementara perkara ke arah keakhiratan ( hal yang berkaitan Islam) diketepikan. Seolah-olah Islam tiada kena mengena dengan kita walhal, perkara ini lah yang wajib kita lebih-lebihkan. Jadi, walaupun baginda SAW tiada di depan mata kita sekarang, kita masih ada sunnah-sunnahnya untuk dijadikan aturan hidup serta segala perlakuan dan akhlaknya boleh sahaja kita contohi dan amalkan. Rasulullah SAW sangantlah mulia, tidak mampu untuk saya ceritakan semuanya di ruangan ini.Peribadinya terlalu bersih dan amat menawan yang harus dicontohi oleh pemimpin kita pada zaman ini.
~sekian terima kasih~

-Wan Noor Farrahheda Bt Wan Mohamad
-PPISMP Matematik SEM 2.

zaki said...

Jawapan

1- c
2- c
3- c
4- c

5- Zainab Binti Jahsy

6- Nabi Muhammad dilahirkan,,Tentera bergajah abrahah dikalahkan oleh burung ababil,,Nabi Muhammad wafat..

7- org kafir quraisy bimbang dengan kekuatan islam dan mereka terasa maruah mereka tercabar

8-Semua umat islam perlu bersatu padu demi menegakkan ajaran yang disampaikan oleh Rasullullah S.A.W agar pejuangan yang telah disampaikan oleh baginda S.A.W tidak sia-sia dan kita akan mendapat syafaat dri baginda S.A.W diakhirat kelak.

9- Seperti yang kita tahu,dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara,adalah wajib bagi kita mengikut dan mentaati apa yang disampaikan oleh baginda S.A.W..Sunnah baginda adalah perkara yang paling terbaik untuk dijadikan panduan hidup seperti mana ada beberapa sunnah nabi yang diakui oleh para sainstis moden pada harini ini sebagai contoh cara makan,jenis makanan,ibadat yang dilakukan dan pelbagai lagi..

10- Rasullullah S.A.W ialah ikutan ummat sepanjang zaman.tiada erti kata rasul melayu kerana dalam al-quran juga telah menyebut diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik kerana baginda mempunyai akhlak yang agung..


Nama: MOHD ZAKI BIN MOHD YUSOF
UNIT: PPISMP TESL 2 SEMESTER 2
NO TELEFON : 012-3714084

Anonymous said...

1.C
2.C
3.C
4.C
5.Hafsah binti Umar
6.kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Pelantikan Nabi sebagai Rasulullah
Hijrah
7.kerana mendengar khabar angin kematian Uthman bin Affan .
8.memberi didikan agama yang tinggi kepada umat isalam sejak dari kecil.menerapkan semangat cinta akan agama dan Rasulullah kepada golongan muda.dan mendedahkan tentang kebaikan rasulullah S.A.w.
9. sunnah Rasulullah harus diamalkan supaya menjadi pegangan hidup kerana sunnah baginda relevan dan sesuai untuk diamalkan pada masa kini.
10.ya kerana baginda adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk membimbing umat islam ke jalan yang benar sedangkan rasul melayu adalah mereka yang melantik diri sendiri sahaja .

unit : PISMP TESL2 .
(SAIDATUL ATIKAH BINTI ZABIDI.)

may still be what is said...

1.C
2.C
3.C
4.C
5.Zainab r.a

6.I)Padamnya api sembahan di biara
Majusi.
ii)Berhala-berhala mengalami
kerosakan dan kemusnahan.
III)Berlaku goncangan di Mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai
itu retak.

7. Baiah Ridhwan terjadi kerana
peristiwa tersebarnya khabar
angin bahawa Uthman bin Affan
telah dibunuh. Orang Islam pun
berikrar untuk menuntut bela
atas kematian itu.

8) Cara terbaik kita menangani isu
penghinaan terhadap rasulullah
ialah dengan umat Islam perlu
bersatu padu.Apabila umat Islam
telah bersatu, maka senanglah
untuk kita merancang agenda-
agenda untuk mematahkan serangan
psikologi daripada barat.
Contohnya, kita boleh memboikot
mana-mana negara yang menghina
Nabi Muhammad yang secara
automatiknya menghina
Islam.wajib bagi setiap individu
muslim, memboikot mana-mana
negara yang terlibat dengan
penghinaan terhadap Rasulullah
s.a.w., demikian menurut Sheikh
Abdul Hamid Al-Atrasy (ketua
Laknah Fatwa Al-Azhar).

9. Jika kita lihat, sunnah membawa
maksud “cara” atau “kebiasaan”,
dan dengan itu, sunnah nabi
bererti “cara nabi”, atau apa
yang biasa dikenali sebagai
kebiasaan Rasul. Secara bahasa,
As Sunnah adalah "ath-thariqah"
yang bererti perkaedahan,
kebiasaan, perjalanan hidup,
atau perilaku.Rasulullah ialah
teladan sepanjang zaman. Sunnah
Nabi tetap releven selama
lamsnya merentas zaman.

10)kita layak menjadikan Nabi
Muhammad sebagai qudwah hasanah
kerana akhlak nabi adalah Al-
Quran.

Anonymous said...

1.C
2.C
3.C
4.C
5.Zainab r.a

6.I)Padamnya api sembahan di biara
Majusi.
ii)Berhala-berhala mengalami
kerosakan dan kemusnahan.
III)Berlaku goncangan di Mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai
itu retak.

7. Baiah Ridhwan terjadi kerana
peristiwa tersebarnya khabar
angin bahawa Uthman bin Affan
telah dibunuh. Orang Islam pun
berikrar untuk menuntut bela
atas kematian itu.

8) Cara terbaik kita menangani isu
penghinaan terhadap rasulullah
ialah dengan umat Islam perlu
bersatu padu.Apabila umat Islam
telah bersatu, maka senanglah
untuk kita merancang agenda-
agenda untuk mematahkan serangan
psikologi daripada barat.
Contohnya, kita boleh memboikot
mana-mana negara yang menghina
Nabi Muhammad yang secara
automatiknya menghina
Islam.wajib bagi setiap individu
muslim, memboikot mana-mana
negara yang terlibat dengan
penghinaan terhadap Rasulullah
s.a.w., demikian menurut Sheikh
Abdul Hamid Al-Atrasy (ketua
Laknah Fatwa Al-Azhar).

9. Jika kita lihat, sunnah membawa
maksud “cara” atau “kebiasaan”,
dan dengan itu, sunnah nabi
bererti “cara nabi”, atau apa
yang biasa dikenali sebagai
kebiasaan Rasul. Secara bahasa,
As Sunnah adalah "ath-thariqah"
yang bererti perkaedahan,
kebiasaan, perjalanan hidup,
atau perilaku.Rasulullah ialah
teladan sepanjang zaman. Sunnah
Nabi tetap releven selama
lamsnya merentas zaman.

10)kita layak menjadikan Nabi
Muhammad sebagai qudwah hasanah
kerana akhlak nabi adalah Al-
Quran.

Adibah Ibrahim said...

1. C
2. C
3. C
4. C
5. Zainab Binti Jahsyi
6. i. Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
ii . Tarikh Nabi Muhammad S.A.W sampai di Madinah
iii. Tarikh Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
7. Timbulnya kemarahan kaum muslimin disebabkan desas- desus yang mengatakan bahawa Sayyidina Uthman Bin Affan telah dibunuh, kaum muslimin bersedia untuk menuntut bela dan mengadakan Bai’ah[sumpah setia]
8. cara terbaik bagi saya untuk mengatasi isu penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ialah dengan mengenakan/menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap si pelaku. Selain itu, sistem pendidikan perlu menitikberatkan pendidikan berkaitan dengan Sirah Rasulullah supaya setiap murid dapat mengenal sekaligus mencintai Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Guru-guru serta ibu bapa bertanggungjwb dalam menanamkn penghayatan yg sebenar mengenai Sirah Rasulullah.

9. Bagi saya, bkn setakat perlu tp sememang dan seharusnya kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W walaupun kita kini berada di era globalisasi. Hal ini kerana telah mempunyai bukti yg kukuh iaitu berdasarkan sabda Nabi yg bermaksud sesungguhnya ku tinggalkan kamu akan 2 perkara, berpeganglah kepada kedua-dua perkara tersebut nescaya kamu tak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitabullah dan Sunnah ku. Di sini dapat kita simpulkan bahawa betapa perlunya bg setiap individu mengikut sunnah Nabi utk hidup aman dan selamat di dunia lebih-lebih lg di akhirat.

10. Di sini saya tidak ingin jwb layak atau tidak, tp saya ingin jawab sewajibnya bg setiap org Islam menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai qudwah hasanah. Seperti yg kita tahu akhlak Rasulullah S.A.W merupakan akhlak yg terpuji. Akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W adalah sehebat nama Baginda, subhanAllah. Walaupun kita x pernah bertemu dan bersua muka dgn Rasulullah S.A.W tetapi sebagai org Islam kita wajib percaya dan yakin dgn Rukun Iman. Rasul melayu??? Jelas2 tertulis dlm Kitabullah, Al-Qur'an Al-Karim iaitu tiada Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W, Dalilnya dlm Surah Al-Ahzab ayat 40 yg bermaksud Muhammad itu bukanlah bapa dari seseorang di antara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Org Islam wajib percaya dan yakin dgn Al-Qur'an, sesungguhnya tidak ade Nabi selepas daripada Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada :
Adibah Ibrahim
PISMP PAI 2 SEM 1.

Unknown said...

1- Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?
C. 12 Rabiulawal Tahun Gajah

2- Siapa wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah SAW?
C. Halimatus Saadiah

3- Dimanakah tempat kewafatan ibu baginda SAW?
C. Abwa'

4- Sila namakan nama bapa saudara Nabi SAW yang menjaga Nabi SAW?
C. Abu Talib

5- Namakan isteri Rasulullah SAW yang pernah jadi isteri kepada anak angkat.
Zainab binti Jahsy

6- Apakah 3 peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul Awal?
1. Kelahiran Rasulullah s.a.w
2. Kewafatan Rasulullah s.a.w
3. Hijrah ke Madinah



7- Apakah punca berlakunya peristiwa Baiah Ridhwan?
Desas desus yang mengatakan telah dibunuh Saidina Uthman ibnu Affan apabila beliau telah ditahan tanpa ada berita, kemudian tersebarlah desas desus mengatakan beliau telah dibunuh oleh orang Quraisy Mekah. Beliau telah menjadi wakil untuk berunding dengan orang Quraisy Mekah bagi membenarkan orang Muhajirin dan Ansar masuk semula ke Mekah untuk menunaikan haji dn menziarahi sanak saudara.
Lalu, apabila terdengar khabar angin yang disampaikan, kaum Muslimin telah berjanji setia untuk membela kematian Saidina Uthman dengan Rasulullah s.a.w di bawah pohon Ridhwan.
Kaum musyrikin yang berasa gerun dengan peritiwa ini telah membebaskan Saidinia Uthman dan menghantar wakil mereka iaitu Suhail bin Amru untuk berunding dengan kaum Muslimin. Perundingan ini kemudiannya membawa kepada perjanjian Hudaibiyah pada 628 Masihi.

8- Isu penghinaan kepada Rasulullah SAW semakin menjadi-jadi. Apakah cara terbaik bagi mengatasi isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW? Jelaskan.
Kembali kepada sunnah Rasulullah.
Dan bermuhasabah kembali tentang cintakah kita kepada Nabi dan sejauh manakah pengamalan sunnah Rasulullah melingkari dalam hidup kita. Usahakan dengan doa kepada Allah jua.
Kerana, tiadalah Allah menciptakan segalanya dengan sia-sia, malahan mungkin untuk mendidik hamba-hambaNya untuk kembali bermuhasabah tentang sejauh manakah cinta kita kepada kekasihNya. Mungkin bagi saya, tidak perlulah berarak menentang isu ini sedangkan solat berjemaah Subuh pun kita tak mampu nak kalahkan nafsu dari bangkitnya ke surau@masjid.
Kalahkan nafsu dahulu barulah diikuti dengan segala sunnah dan selawat kepada baginda yang dicintai. InsyaAllah.

9- Dewasa ini, kita lihat gaya hidup kita mula berubah ke arah lebih moden. Perlukah kita mengikuti sunnah Nabi walaupun kita sudah menjalani era globalisasi?
Ya perlu selamanya untuk mengikuti sunnah Nabi. Seperti yang saya nyatakan di atas, mungkin sekadar pandangan peribadi, akhlak Nabi adalah akhlak Al-Qur'an. Bahkan, Baginda s.a.w pernah berkhutbah di akhir hayatnya supaya tetaplah merujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah agar kita tidak sesat selamanya.
Islam itu sendiri pun adalah agama yang flexible, malahan juga cara hidup yang terbaik telah ditentukan oleh Allah.
Menjalani kehidupan dalam era globalisasi bukanlah halangan untuk umat Islam mengamalkan kehidupan yang dituntut dalam Islam, dan ketetapan dari Allah jualah yang terbaik dan mempunyai hikmah yang tersendiri.

10- Adakah kita layak menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah kepada kita walhal kita sendiri mempunyai Rasul Melayu? Sila nyatakan pandangan anda.
Layak kerana Nabi Muhammad adalah pilihan daripada Allah.
Sedangkan Rasul Melayu itu hanyalah mengiktiraf dirinya sendiri.
Dan Nabi Muhammad bukan pula Rasul untuk orang-orang Arab juga bahkan baginda adalah Rasul yang terakhir sehinggalah hari kiamat menjelang.
ini dibuktikan lagi dengan firman Allah dalam Kalamullah pada surah As-saff 9,
Maksudnya : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Sekian Wallahualam
Nur Diyana binti Shaiful Bahri
PISMP PAI 2 SEM 1

zety_panda said...

1. C
2. C
3. C
4. C
5. Zainab r.a

6. i) kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
ii) Rasullullah sampai di Kota Madinah dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
iii) Rasulullah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.

7. Pemergian Sayidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya pelbagai berita menyatakan bahawa beliau dibunuh oleh kafir Quraisy sehingga membawa kepada baiah al-Ridhwan dibawah sebatang pokok di Hudaibiyah bagi menyatakan kesangupan umat Islam untuk membela Islam dan Sayidina Uthman walaupun terpaksa menumpahkan darah.

8. Memberikan kefahaman sebenar tentang tugas dan fungsi pengutusan Rasullullah s.a.w kepada manusia.

9. ya,sangat perlu. Dalam era globalisasi, sunnah rasullullah perlu dituruti juga bertepatan dengan hadis -
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Al-quran dan Assunnah”.

10. Kita sememangnya perlu menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah. Rasulullah merealisasikan akhlak yang terkandung dalam ajaran al Quran. Firman Allah:
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik” (al Ahzab:21)

zety_panda said...

1. c
2. C
3. C
4. C
5. Zainab r.a

6. i) Kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
ii) Rasullullah sampai di Kota Madinah dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
iii) Rasulullah juga wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.


7. Peristiwa Baiah Ridhwan berlaku apabila umat Islam ingin menunaikan Ibadat haji dihalang oleh kafir Quraisy. Rasulullah SAW mengutuskan Sayidina Uthman bin Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu juga. Pemergian Sayidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya pelbagai berita menyatakan bahawa beliau dibunuh oleh kafir Quraisy sehingga membawa kepada baiah al-Ridhwan bagi menyatakan kesangupan umat Islam untuk membela Islam dan Sayidina Uthman walaupun terpaksa menumpahkan darah.

8. Memberikan kefahaman sebenar tentang tugas dan fungsi pengutusan baginda rasullullah s.a.w kepada manusia.

9. Ya, perlu, Dalam era dunia tanpa sempadan kini, sunnah rasullullah perlu dituruti bertepatan dengan hadis –
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Al-quran dan Assunnah”.

10. Kita sememangnya perlu menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah. Rasulullah merealisasikan akhlak yang terkandung dalam ajaran al Quran (khuluqul Quran). Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik” (al Ahzab:21)




NAMA : NUR AZYYATI AWNIS BINTI MISPAN
UNIT : PISMP PAI 1 SEM 1

Anonymous said...

Jawapan Kuiz Alam Maya
1. C. 12 Rabiulawal Tahun Gajah

2. C. Halimatus Saadiah

3. C. Abwa'

4. C. Abu Talib

5. Zainab Bt Khuzaimah

6. - Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan hari Isnin
-Rasulullah menyelesaikan Peristiwa pertelingkahan meletakkan Hajarul Aswad di
Kaabah, Mekah
-Rasulullah dilantik menjadi Rasul
-Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah
-Rasulullah tiba di Madinah selepas berhijrah dari Mekah
-Rasulullah wafat

7. Rasulullah telah menerima berita bahawa Saidina Uthman telah dibunuh. Oleh itu Rasulullah & rombongannya telah bermesyuarat & bersetuju membuat Sumpah Setia untuk menuntut bela kematiah Saidina Uthman. Sumpah Setia ini dinamakan Baiah Ridhwan sempena tempat janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok bernama "Ridhwan" ( Surah al Fath , ayat: 10)

8. Saya syorkan supaya kita mengkaji kembali sejarah Nabi iaitu melalui periwayatan sejarah contohnya Ibnu Ishak, kita perlu merujuk serta bersandarkan sumber yang sohih iaitu Hadis Bukhari. Cara yang terbaik ialah ada ayat yang mengatakan jangan kita berlebih-lebihan mencaci agama lain kerana nanti mereka (orang kafir) akan mencaci agama Islam semula dengan lebih teruk berdasarkan dalil Al-Quran “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10])”. Bimbang apabila berlaku agresif dan terlalu mencaci agama mereka, berkemungkinan umat Islam akan dilabel sebagai golongan yang membuta tuli, fanatik, emosional dan hanya tahu menggunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan akidah mereka. Langkah terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan memberikan kefahaman sebenar tentang tugas serta fungsi perutusan baginda Rasulullah kepada manusia. Kita mengharapkan agar penghina Nabi Muhammad S.A.W akan bertukar kelak menjadi pencinta sebenar Baginda setelah penyakit jiwa dan mental mereka diubati oleh ilmu pengetahuan yang sebenar tentang Rasulullah.
Akan tetapi sekiranya mereka masih berdegil dengan pemikiran kotor untuk menghina Nabi Muhammad SAW, umat Islam perlu yakin dengan janji Allah di dalam al-Quran tentang kemuliaan yang berkekalan terhadap baginda SAW;
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau (wahai Muhammad SAW), dialah yang terputus (dari mendapat rahmat dan sebarang perkara yang diingininya). (al-Kawthar [108.3]).

*Sambungan di comment seterusnya..

MUHAMMAD FAIDH AMNAN BIN ZAHKAI
PPISMP PAI 2 AMBILAN JUN 2010
013-9083871
920610-11-5393

Anonymous said...

*Sambungan Jawapan Kuiz

9. Sunnah Nabi S.A.W sesuai sepanjang zaman sampai kiamat Tiada istilah tidak sesuai walaupun zaman sudah moden. Tanda kita cinta Nabi S.A.W ialah kita bersungguh-sungguh untuk ikut dan mengamal Sunnah Nabi S.A.W. Kejayaan kita dalam Agama, iaitu taat perintah Allah dan ikut Sunnah Nabi S.A.W. Untuk makluman kita semua, sunnah yang Nabi S.A.W lakukan itu semuanya merupakan jalan terbaik jika kita mengkaji tersebut dengan ilmu sekarang ini contohnya ilmu Sains, berapa banyak pembuktian dilakukan oleh saintis Islam malahan juga terdapat saintis bukan Islam. Setiap Sunnah Nabi S.A.W ada hikmah yg tersembunyi. Kajian Sains dah banyak yang membuktikan, cumanya ada 'tangan-tangan' nakal yang sanggup 'musnahkan' kelebihan Sunnah tersebut, dari makan guna jari hinggalah segala perbuatan Rasulullah, semuanya hendak dihapuskan,sebabi tu barat ajar makan guna sudu dgn garfu untuk hapuskan segala Sunnah Rasulullah.

10. Rasulullah adalah uswah hasanah (teladan yang baik) dan qudwah hasanah (ikutan dan kepemimpinan terbaik) bagi umat Islam. Semua sifat Nabi adalah keutamaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Allah berfirman bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu satu contoh yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia selalu menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan senang” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21) Rasulullah diutus untuk menyebarkan risalah Allah, mendaulatkan ilmu dan membina peradaban manusia. Falsafah ‘iqra’ melahirkan peradaban berstatus dunia pada zaman keemasan Islam hingga orang Barat banyak belajar daripada cendekiawan dan peradaban Islam. Kita bukan saja harus menjadikan peradaban Islam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu, bahkan membentuk sahsiah masyarakat. Mungkin segelintir sahaja orang Melayu yang mengikut Rasul Melayu itu, itu mungkin kerana mereka kurang memahami agama Islam itu sendiri. Kita sebagai umat Islam perlu berada pada landasan yang betul-betul benar iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi. Kita perlu beramal dengan Islam sepenuhnya contohnya mengapa kita sebagai negara yang bergelar negara Islam kononnya kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud terhadap Rasul Melayu itu sedangkan pada Zaman Saidina Abu Bakar sudah berlaku penyelewengan akidah ini serta beliau telah mengistiharkan perang terhadap mereka, apakah tindakan Malaysia? Kita sebagai penegak Agama Allah marilah kita bersatu hati membersihkan Islam dari fitnah.

MUHAMMAD FAIDH AMNAN BIN ZAHKAI
PPISMP PAI 2 AMBILAN JUN 2010
013-9083871
920610-11-5393

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@Anonymous

ye, tapi jawapan tak akan dipublish lagi~ =)

fadhlinsakina said...

salam.saya kasi kat emel banafsajiyu sbb panjang sangat.syukran.

zety_panda said...

1. c
2. C
3. C
4. C
5. Zainab r.a

6. i) Kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
ii) Rasullullah sampai di Kota Madinah dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
iii) Rasulullah juga wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.


7. Peristiwa Baiah Ridhwan berlaku kerana pemergian Sayidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya pelbagai berita menyatakan bahawa beliau dibunuh oleh kafir Quraisy sehingga membawa kepada baiah al-Ridhwan bagi menyatakan kesangupan umat Islam untuk membela Islam dan Sayidina Uthman walaupun terpaksa menumpahkan darah.


8. Memberikan kefahaman sebenar tentang tugas dan fungsi pengutusan baginda rasullullah s.a.w kepada manusia.

9. Ya, perlu, Dalam era dunia tanpa sempadan kini, sunnah rasullullah perlu dituruti bertepatan dengan hadis –
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Al-quran dan Assunnah”.

10. Kita sememangnya perlu menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah. Rasulullah merealisasikan akhlak yang terkandung dalam ajaran al Quran (khuluqul Quran). Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik” (al Ahzab:21)





NAMA: NORLIZA BT KAMAT
UNIT: PISMP PAI1 SEM1

zety_panda said...

1. c
2. C
3. C
4. C
5. Zainab r.a

6. i) Kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
ii) Rasullullah sampai di Kota Madinah dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
iii) Rasulullah juga wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.


7. Peristiwa Baiah Ridhwan berlaku kerana pemergian Sayidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya pelbagai berita menyatakan bahawa beliau dibunuh oleh kafir Quraisy.

8. Memberikan kefahaman sebenar tentang tugas dan fungsi pengutusan baginda.

9. Ya, perlu, bertepatan dengan hadis –
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Al-quran dan Assunnah”.

10. Kita sememangnya perlu menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik” (al Ahzab:21)



NAMA : NURDIYANA ATIQAH BT CHE HUSIN

UNIT : PISMP PAI1 SEM1

Anonymous said...

jawapan di wall facebook x pe ker?
sbb post kat sini x di publishkan, tapi di facebook di publishkan..

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

terima kasih kpd semua peserta yg telah menjawab di belog ini & facebook; jawapan anda sedang kami nilai, sebarang hebahan mengenai keputusan pertandingan akan diberitahu dari semasa ke semasa~

syukran jazilan kathiran =)