Bismillah. Assalamualaikum wbt :)
“Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.” Bahkan, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyebut: “Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya.”
“Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.” Bahkan, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyebut: “Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya.”
kehidupan yang amat singkat |
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat
dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang
bernyawa. Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan
lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang
yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk
Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan
yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali
menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai (nama diri sendiri) , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk
ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai (nama diri sendiri),
apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau
serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai (nama diri sendiri), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menundukkan kamu dan menyoal kamu.
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu
menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang,
tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan
janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kau jawab dengan fasih apabila ditanya untuk pertama, kedua dan terakhirnya kalinya.
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah
itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".
Wahai (nama diri sendiri), tetapkanlah
hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu
sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu
masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang
Mahsyar.
Insaflah wahai (nama diri sendiri),
bahawa mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam
kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan
semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah
benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di
kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa
hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami
ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi
sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami
sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang
liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang
diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu
dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan
penghulu kami Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment