Bismillahirrahmanirrahim~ hari ni kita dah baca al-Quran? Alhamdulillah, if kita cuba meluangkan masa untuk membaca ayat-ayat dari-Nya.
Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Jom kita check apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa.
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
(minit ke 0:45)
************
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu, seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung) na.
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
**********
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.
Rujuk link:
(minit ke 3:05)
**********
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii.
Bukannya
Uk-tuu-nii.
Rujuk link:
(minit ke 0:51)
p/s : insyaAllah kita perbetulkan apa yg tersalah, tambahkan ilmu apa yang kita tidak tahu =)
credit here.
10 comments:
nice share...
menarik !!
x pnah sedar pun pasal ni sblm ni..
thanks 4 the info ^^
to jelah:
syukran :)
to a.s.m.a:
insyaAllah sama2 kita perbaiki bacaan kita :)
tma kasih atas perkongsian
Alhamdulillah, pencerahan yang sangat berguna.
teruskan berkongsi, semoga Allah merahmati.
to نورّالعينِ:
sama2 :) insyaAllah semoga ianya bermnfaat
to musafir kehidupan:
insyaAllah :)
perkongsian yg mntap..kep writing (^_^)
to محمد حذوان بن حميدان:
InsyaAllah. syukran. :)
Post a Comment