Pengurusan cuti

Bismillahirrahmanirrahim~
 
Cuti semester masih banyak berbaki. Bagaimana pengurusan cuti anda? Cuti semester bukan semata-mata kita bercuti, bukan semata bercuti belajar, bercuti emosi dan sebagainya, ianya juga dapat menggambarkan bagaimana seseorang itu menguruskan cutinya, adakah masa cutinya hanya sia-sia atau pun bermanfaat. Sesetengah dari kita mungkin akan memanfaatkan cuti ini dengan:







dan banyak lagi. =)



Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah s.a.w: 

"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."
(Riwayat Bukhari.)

2 nikmat yang sering kita gagal untuk manage. Nikmat sihat dan nikmat kelapangan waktu. Kita jarang sekali bersyukur di atas nikmat sihat yang kita perolehi, walhal sewktu sakit baru kita mensyukuri betapa indahnya hidup dalam kesihatan yang baik. Nikmat masa lapang pula jarang sekali kita uruskan dengan baik. Masa-masa lapang jarang kita gunakan untuk sesuatun yang bermanfaat.


Waktu cuti semester inilah, sesuai untuk kita:


@berbakti dan berkhidmat untuk keluarga

Kita boleh membantu ayah dan ibu kita di rumah. Jarang sekali kita berada di rumah (err, yang duduk jauh je) inilah masa yang sesuai untuk kita membantu ahli keluarga kita dan merapatkan hubungan sesama famili. Ziarahlah ahli keluarga yang mungkin lama kita tak tengok.



@mengasah bakat

Banyak sangat yang kita mampu buat untuk mengasah bakat ini, contohnya, bagi yang berminat dengan sesi fotografi, boleh mengasah bakat dengan menghadiri kelas fotografi, memahirkan lagi skill memasak, menghadiri kelas tarannum, qiraat, kuliah di masjid ataupun surau, kelas seni mempertahankan diri, bersukan dan sebagainya.



@menambahkan ilmu pengetahuan

Cuti bukan bermakna kita harus bercuti untuk mendapatkan ilmu. Ilmu haruslah dituntut sehingga ke akhir nyawa.Kita juga boleh membaca pelbagai buku-buku yang dapat menambahkan pengetahuan kita, ataupun melihat-lihat matapelajaran apa yang bakal kita belajar untuk sem depan. Membaca buku cerita juga dapat mengasah skill bahasa dan penulisan. Di samping dapat memberi info-info baru. =)



@meningkatkan keimanan dan kualiti ibadah

Jangan sampai kita bercuti iman. Iman harus sentiasa dibajai selalu dan diupgradekan. Jika sewaktu kuliah kita terlalu sibuk dengan tugasan harian, assignment, kuliah, masa cuti inilah sangat sesuai untuk kita beribadah di samping meningkatkan lagi kualiti iman kita. Antaranya, solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghafaz surah-surah, membaca al-Quran setiap hari, qiamullail. Subhanallah, inilah yang harus kita lakukan untuk memanfaatkan cuti kita. =)




banyak lagi sebenarnya...

Bak kata bijak pandai;
‘Belajar melalui pengalaman lebih mendalam dan berkesan daripada belajar melalui buku’


So, kawan-kawan, marilah kita mencipta pengalaman sewaktu cuti semester ini. selamat beramal~ =)

"Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu."
(Ditakhrij Al Hakim)

Owh lastly, diucapkan selamat pengantin baru kepada semua warga IPG KDRI yang baru bergelar suami/isteri.


Waallahu’alam.

8 comments:

aishahmanan said...

suka sangat aktiivti yang boleh kita lakukan semasa cuti ini,, terima kasih :D

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@aishahmanan

syukran kathir. =)

محمد حذوان بن حميدان said...

moga cuti kita ini dpt kita manfaatkan dgn sbaik mgkin.. (^_^)

nice post!

api_islam said...

moga cuti kita ini memberi manfaat setiap apa yang kita buat mendapat nilai disisi ALLAH swt....post yang baik...terima kasih..=)

KiTaORaNG AdaLaH.... said...

Salam w.b.t Kepada semua guru pelatih PISMP Sem 2/2011 Ambilan Januari 2011, kami PISMP KS Jan 2011 ingin mengwara-warakan ttg kwujudn sbuah blog nota2 PISMP Jan 2011 di URL http://notapismpks.blogspot.com kalian boleh dptkn plbgai nota2 lepas dn akn kite blaja spt nota English, FPK, PKK, GERKO dsb, ini merupakan inisiatif kami utk bkongsi nota2 dgn kalian kerna nota2 yg kami upload di SCRIBD tdk smua dpt layari kerna di'block', smoga bmanfaat, wslm

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@محمد حذوان بن حميدان

insyaallah~ =)

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@api_islam

insyaallah and welcome back~ =)

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

@KiTaORaNG AdaLaH....

syukran.