ADA APA DENGAN USRAH? [AADU]

Assalam. :)

 baru-baru ini diadakan satu usrah umum khusus untuk pengenalan tentang usrah kepada adik-adik yang baru memasuki ke bumi IPG KDRI.


antara isi-isi tentang AADU ialah pengertian usrah iaitu
 Usrah kumpulan individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Usrah juga keluarga yang diikat
dengan ikatan aqidah

seterusnya ialah berkaitan dengan sejarah usrah 
  1.  Bermula Pada Zaman Rasulullah S.A.W
  2. Rumah Al- Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat
  3. Seruan ini telah berjaya mengislamkan ramai masyarakat Quraisy
  4. Kebanyakkan daripada mereka adalah dari golongan fakir miskin dan hamba




ADAB-ADAB DALAM USRAH

1.Niat kerana Allah (ikhlas)
2.Datang tepat pada waktu
3.Berwuduk dan berpakaian sopan
4.Bawa quran dan buku catatan
5.Berazam untuk dapatkan ilmu

6.Datang dengan niat hendak kukuhkan ukhwah
7 .  Duduk dengan penuh adab
8.  Mendahului majlis dengan tahmid dan selawat
9.Beri tumpuan sepenuhnya .
10.Tidak mencelah ketika naqib/ah atau sahabat memberi penjelasan.
11.Tidak meninggikan suara
12.Tidak banyak ketawa atau bergurau.
13.Tidak mempersoal arahan yang telah diberikan yang jelas dan menepati syarak.
14.Minta izin sebelum keluar kerana sesuatu keperluan


Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman
dalam AD-DIN”

TERIMA KASIH :)