Program anjuran BADAMD sempena Hari Terbuka IPG KDRI

Bismillah. 

Assalamualaikum.InsyaAllah pada 3-6 Oktober 2012, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, akan mengadakan Hari Terbuka dan terdapat banyak program yang akan berlangsung. Antara program yang BADAMD bakal anjurkan ialah Kursus Imam & Bilal, Pameran 'Air mata Syria & Rohingya & Jangan Hina Nabi Kami!' serta Talk Show bersama Imam Muda Nuri. Sama-sama kita memeriahkan lagi Hari Terbuka IPG KDRI. Dijemput juga orang luar untuk bersama-sama kami ^^



Terbuka kepada semua warga IPG KDRI yang berminat untuk menyertai KURSUS IMAM DAN BILAL, anda boleh memberikan nama (*BUTIRAN PENDAFTARAN) kepada saya, Farah Diana Abu Bakar boleh PM saya atau msg ke 0135984374.

*Butiran pendaftran :
Nama, Unit, Sem, No. Tel.

* PENCERAMAH
al-Fadhil Ustaz Tarmizi bin Taha

*TENTATIF:

7.30- Pendaftaran
7.45- Ketibaan VIP & Ucapan alu-aluan
8.00- Slot 1 (teori)
9.30- Rehat & solat Dhuha
10.00- Slot 2 (Praktikal Imam & Bilal)
12.00- Majlis Penutup
12.15- Bersurai

*TEMPAT:
BALAI ISLAM AL-MUTTAQIN

*MAKANAN disediakan - (sarapan pagi shj)
100 Peserta terawal akan mendapat sarapan pagi.


PAMERAN "AIR MATA SYRIA & ROHINGYA & JANGAN HINA NABI KAMI"

Pameran akan berlangsung pada 3 hingga 6 Okt 2012 dan bertempat di Dataran Perhimpunan IPG KDRI. semua dijemput hadir. ^^


Dan tak lupa juga, program Talk Show bersama Imam Muda Nuri. Tajuk yang bakal dikupas ialah Kupasan Isu Filem Penghinaan Rasulullah SAW. Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu! ^^ Moga Allah nilai.

Wallahu'alam.